Saturday, September 27, 2014

Info Kesihatan Anda

Info Kesihatan Anda

Tanpa tubuh yang sihat, apalah maknanya harta dan kekayaan kerana kesihatan adalah kekayaan yang tiada bandingannya.

healthy

Informasi berkaitan kesihatan dari segenap aspek, mental, fizikal, diet pemakanan, rohani, sosial dan masyarakat.

Ruangan Info Kesihatan ini bertujuan untuk berkongsi maklumat berkaitan kesihatan dalam usaha membentuk tubuh yang sihat.

Jangan lupa kongsikan info kesihatan ini dengan rakan-rakan anda di Facebook, Twitter, Google+ dan dimana saja, terima kasih kerana sudi membaca.. :)

INFO KESIHATAN ANDA UPDATE: 16/MAC/2016

  1. 10 Makanan Yang Membakar Lemak Dengan Pantas
  2. Makan Coklat Boleh Menjadikan Anda Lebih Bijak!
  3. Saintis Temui ‘Achilles Heel’ Titik Mati Kanser Sebagai Penawar
  4. Penyakit Alahan Tiada Penawar!
  5. Kesan Buruk Akibat Tekanan Kerja Yang Anda Patut Tahu
  6. Manfaat Vitamin B Complex Dan Kenapa Anda Harus Mengambilnya Setiap Hari
  7. Punca Penyakit Paru-paru Berair, Pencegahan Dan Rawatan
  8. Cahaya Telefon Bimbit Boleh Menyebabkan Buta!
  9. Azan Sebagai Terapi Perubatan Paling Berkesan
  10. Garis Panduan Mencegah Virus Zika
  11. Senarai Penuh Produk Kosmetik Yang Diharamkan KKM Tahun 2016
  12. Kesalahan Yang Sering Dilakukan Selepas Makan
  13. Rahsia 10 Jenis Makanan Anti-Kolesterol
  14. Rawat Tiroid Dengan Minyak Kelapa Dara
  15. Coklat Gelap Kurangkan Risiko Hidap Barah Pankreas
  16. Debu Bauksit Boleh Menyebabkan Alzheimer!
  17. 10 Fakta Buah Delima Yang Anda Tidak Tahu!
  18. 7 Perkara Wanita Bertudung Selalu Abaikan Tentang Penjagaan Kulit!
  19. Tinggi Kandungan Asid Punca Diserang Penyakit Kanser
  20. Asap Lilin Lebih Berbahaya Daripada Rokok!
  21. Sindrom Williams, Penyakit Terlebih Mesra
  22. Rawatan dan Pencegahan Penyakit Gout
  23. Bahaya Virus Zika Kepada Bayi Dan Kesihatan
  24. Migrain Bukan Sakit Kepala
  25. Risiko Penyakit Jika Letak Dompet Di Poket Seluar!
  26. Penggunaan Keterlaluan Antibiotik ‘Lahirkan’ Kuman Kebal Penyakit!
  27. Menurut Kajian, Tekanan Membuatkan Wajah Hodoh!
  28. Makan Ikan Untuk Atasi Tekanan!
  29. Acromegaly, Penyakit Misteri Menjadikan Manusia Menjadi Gergasi!
  30. Derita Hidap Sindrom Bunuh Diri
  31. Anak Yang Dikongkong Tidak Bahagia
  32. Bahaya Jangkitan Penyakit Anjing Gila
  33. Susah Tidur Malam? Cuba Minuman Ini Dan Rasai Hasilnya
  34. Minyak Zaitun Mencegah Penyakit Kronik
  35. Makanan Pedas Mampu Panjangkan Hayat!
  36. Herba Ubat Penawar Kencing Manis
  37. Benarkah Kafein Boleh Mencegah Rambut Gugur?
  38. 8 Manfaat Kesihatan Air Mani Kepada Wanita Menurut Sains
  39. Ekstrak Daun Betik, Ubat Penawar Denggi Kini Di Pasaran
  40. Manfaat Buah Ceri Untuk Kesihatan Yang Anda Perlu Tahu
  41. Jangan Ambil Mudah Jika Anda Ada Asma
  42. Wap Rokok Elektronik Tidak Beri Kesan Pada Sel
  43. Selalu Buang Angin, Sihat Atau Penyakit?
  44. Manfaat Makan Tembikai Untuk Kaum Lelaki
  45. Cara Menurunkan Berat Badan Dalam Masa 5 Saat Sahaja!
  46. Apa Sebenarnya Penyakit Paru-paru Berair?
  47. Khasiat Buah Tunjuk Langit Sebagai Penawar Mujarab
  48. Bahaya Bakteria Kebal Antibiotik, Perkara Yang Anda Wajib Tahu!
  49. Apa Sebenarnya Kelebihan Buah Kurma Berbanding Buah-buahan Lain?
  50. Apa Yang Akan Terjadi Jika Anda Minum Air Kelapa Setiap Hari?
  51. Tips Berpuasa Bagi Ibu Dan Wanita Hamil
  52. Ketahui Khasiat Hebat Buah Kurma, Jangan Buang Biji Selepas Makan
  53. 5 Tips Yang Membantu Anda Berhenti Berdengkur Semasa Tidur
  54. Petua Merawat Demam Selsema Tanpa Memakan Ubat
  55. Memakan Telur Bantu Tubuh Serap Nutrisi
  56. Diet Terbaik Mencegah Penyakit Batu Karang
  57. Punca Penyakit Gout Dan Cara Mencegahnya
  58. Herba Penawar Mujarab Penyakit Gout
  59. Panduan Mengelak Sembelit Pada Kanak-kanak
  60. Herba Rawatan Terbaik Merawat Penyakit Tiroid
  61. Makanan Tambahan Kolagen Pembunuh Dalam Senyap!?
  62. Saintis Jerman Dedah Kebaikan Buang Air Mencangkung
  63. Habbatus Sauda, Ubat Penawar Semua Penyakit Kecuali Mati
  64. Daun Ketum, Herba Penawar Mujarab Penyakit Kencing Manis
  65. Penyakit Parasomnia, Tabiat Pelik Makan Ketika Tidur
  66. Kenapa Bayi Menghidap Penyakit Kuning Selepas Dilahirkan?
  67. Sindrom Anak Patung Kain Buruk
  68. AWAS! Bisa Semut Selangor Membawa Maut!
  69. Wanita Pakai Kasut Tumit Tinggi Cepat Tua!
  70. Kaedah Dan Pemakanan Untuk Kecerdasan Minda
  71. Resepi Ubat Batuk Paling Mudah Dan Mujarab
  72. Bahaya Alahan Kepada Tubuh Manusia
  73. Kontroversi Penyalahgunaan Dadah Dalam Sukan
  74. Penawar Gout, Mudah Dan Murah
  75. Apa Itu Penyakit Tiroid Dan Cara Merawatnya
  76. Air Liur Anjing Penyebab Kanser Payudara!
  77. Makanan Terbaik Untuk IQ Tinggi
  78. Minum Kopi Mampu Menguatkan Gigi
  79. Makanan Terbaik Untuk Kecerdasan Otak
  80. Awas Bahaya Vita-Lea Shaklee!
  81. Awas! Getah Loom Band Penyebab Kanser?
  82. Virus Ebola, Mudah Berjangkit Dan Tiada Penawar
  83. Sari Buah Dan Sayuran Penyembuh Ajaib
  84. Benarkah Epal Mampu Tingkatkan Seksual Wanita?
  85. Gadis Cantik Ketagih Picit Jerawat!
  86. Mengapa Lebih Letih Jika Tidur Selepas Subuh?
  87. Kunyit Penawar Penyakit Kencing Manis?
  88. Buah Dan Sayuran Segar Penghalau Penyakit
  89. Tahukah Anda Betapa Berkhasiatnya Biji Tembikai?
  90. Buah Petai Mampu Cegah Angin Ahmar
  91. Makanlah Sebiji Oren Supaya Kenyang Lebih Lama!
  92. Bahaya Makanan Ringan Kepada Tubuh
  93. 1,001 Rahsia Khasiat Madu
  94. Kanak-kanak Kurang Vitamin D Rendah IQ
  95. Obesiti, Padah Ingkar Ajaran Agama?
  96. AWAS! Bahaya Penggunaan ‘Headphone’ Dan ‘Earphone’
  97. Rahsia Penawar Ajaib Daripada Kunyit
  98. Bakar Kulit Untuk Kelihatan Cantik!
  99. Derita Hidap Penyakit Misteri Dermatografia
  100. Bahaya Pakaian Berwarna Kuning?
  101. Makanan Yang Sesuai Mengikut Jenis Darah
  102. Sayur Kobis Mampu Elak Barah
  103. Penemuan Saintifik Susu Ibu Bukti Kebenaran Al-Quran
  104. Lima Makanan Bantu Kesuburan Wanita
  105. Adakah Mulut Anda Berbau Sampah?
  106. Tahukah Anda Golongan GAY Adalah Penghidap Pertama Penyakit HIV/AIDS
  107. 8 Khasiat Air Kelapa Yang Anda Perlu Tahu
  108. Manusia Yang Menderita Kerana Penyakit Yang Luar Biasa!
  109. Makanan Manis Penyebab Jadi Pelupa!
  110. Benarkah Kolesterol Telur Membahayakan Kesihatan?
  111. Merawat Penyakit Beguk Anak Anda
  112. 8 Makanan Rahsia Kekal Sihat Dan Awet Muda
  113. AWAS! Tabiat Pemakanan Yang Menggemukkan Tanpa Disedari!
  114. Khasiat Buah Betik Yang Anda Perlu Tahu
  115. Awas! 10 Tabiat Yang Boleh Merosakkan Otak!
  116. Fakta Kenapa Makanan Segera Bahaya Untuk Kesihatan
  117. Makanan Yang Tidak Elok Dimakan Sebelum Tidur
  118. Vaksin Imunisasi Kanak-kanak Tiada Bahan Haram
  119. Makanan Yang Baik Untuk Dimakan Sebelum Tidur
  120. Kenapa Minum Sambil Berdiri Bahaya Untuk Kesihatan?
  121. Makanan Yang Mampu Mengurangkan Tekanan
  122. Makanan Terbaik Untuk Kesihatan Seksual Lelaki
  123. Bahayakah Onani Berlebihan Kepada Lelaki Dan Wanita?
  124. Bagaimana Mengubati Penyakit Strok Dengan Ayat Al-Qur'an?
  125. Makanan Terbaik Khusus Untuk Kesihatan Wanita
  126. Makanan Yang Boleh Membantu Anda Tidur Lena Pada Waktu Malam
  127. Khasiat Memakan Pisang Yang Anda Tidak Tahu
  128. Ketahui Bahaya Ajinomoto Jika Dimakan Berlebihan
  129. Benarkah Susu Rendah Lemak Tidak Menyihatkan?
  130. Bahaya Penyakit Gastrik Dan Cara Merawatnya
  131. Kenapa Kita Di Larang Meniup Air Minuman Atau Minum Dengan Satu Nafas?
  132. Timun Berkesan Merawat Kanak-kanak Yang Mengalami Kecacingan
  133. Rahsia Kelebihan Zat Masam Epal Hijau Sebagai Pembersih Tubuh
  134. Awas Bahaya Ruam Pada Badan Anak Anda
  135. Tahukah Anda Berapa Lajukah Racun Nikotin Di Pam Ke Otak Perokok?
  136. Faktor Penyebab Rambut Beruban Di Usia Muda
  137. 14 Suntikan Pelalian Yang Wajib Untuk Anak Anda
  138. Awas! Shisha 400 Kali Lebih Bahaya Dari Rokok!
  139. Mitos Bahaya Deodoran Penyebab Kanser
  140. Awas! Ketahui Bahaya Membunuh Lipas
  141. Benarkah Rambut Botak Bahaya Kepada Kesihatan?
  142. Bahaya Asap Nikotin Rokok Elektronik
  143. Beruntungnya Orang Yang Mandi Pada Awal Pagi
  144. Bahaya Merokok Selepas Bangun Tidur
  145. Adakah Rokok Elektronik Selamat Digunakan?
  146. Makanan Yang Menyebabkan Kita Pelupa
  147. Rahsia Khasiat Garam Sebagai Penawar Kepada Penyakit
  148. Daging Burung Puyuh Mampu Ubati Penyakit Lelah
  149. Tahukah Anda Bahaya Minuman Pek 3 in 1?
  150. Jenis-jenis Penyakit Leukemia
  151. Ciri-ciri Penghidap Penyaki Anorexia Nervosa
  152. Tahukah Anda Shisha Lebih Bahaya Daripada Rokok!
  153. Ketahui Tanda-tanda Awal Leukemia Pada Anak Anda
  154. Penyakit Berbahaya Yang Mampu Di Sembuhkan Dengan Berjalan Kaki
  155. Penggunaan E-rokok Sebenarnya Meningkatkan Ketagihan
  156. Benarkah Mengunyah Gula-gula Getah Baik Untuk Otak?
  157. Kenapa Membuang Air Besar Mencangkung Lebih Baik Dari Duduk?
  158. Lelaki Tidak Berkhatan Punca Kanser Serviks Kepada Wanita
  159. Tahukah Anda Betapa Pentingnya Protein Untuk Kesihatan Kita
  160. Awas! Bahaya Penyakit Akibat Cakaran Kucing
  161. Hormon Oxytocin Mampu Buat Lelaki Setia

Friday, September 26, 2014

Hadis Palsu Dalam Kitab Ihya Ulumuddin Imam al-Ghazali

Hadis Palsu Dalam Kitab Ihya Ulumuddin Imam al-Ghazali

Al-Imam al-Ghazali adalah seorang tokoh umat Islam yang dihormati. Jasa dan sumbangannya dalam sebahagian bidang agama tidak dapat dilupakan.

Kitab Ihya Ulumuddin

Beliau adalah ahli fikir yang besar. Namun bidang hadis bukanlah pengkhususan beliau. Ini diakui oleh mereka yang alim dalam bidang hadis.

Dan bagi masyarakat Islam di negara ini yang ingin mendalami ilmu agama terutama dalam kalangan bangsa Melayu, kitab Ihya Ulumuddin karangan Sheikh Al Ghazali (Imam al-Ghazali) antara yang amat popular.

Bagaimanapun pakar hadis dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Datin Paduka Dr Jawiah Akhir mendedahkan, kajiannya menemui terdapat hingga 265 hadis palsu atau mawdu ditemui dalam kitab tersebut.

Dr Jawiah mendedahkan, kajiannya turut mendapati 285 daripada 825 hadis yang sering dipetik oleh masyarakat Melayu adalah mawdu.

Selain Ihya Ulumuddin, kitab lain yang dikesan mengandungi hadis palsu adalah Durrah al Nasihin oleh Al-Hindi, Irshah ‘Ibad’ Ila Sabil Al Rashad (Sheikh Zayn Al-Din Al Malabari), Matla Al Badrayn dan Al Jawhar Al Mawhub wa Munabbihat Al Qulubby (Sheikh Ali Abd Al-Rahman Al Kelantani).

Antara punca hadis palsu menyelinap masuk ke dalam kitab karangan ulama terkenal menurut Dr Jawiah adalah kepentingan politik apabila tercetus konflik antara Sunni dan Syiah bagi mencapai maksud tertentu, kepentingan peribadi penglipur lara untuk mendapatkan imbuhan apabila memperdengarkan sesuatu yang disukai pendengar dan boleh jadi juga berlaku ketika proses terjemahan Bahasa Arab ke Bahasa Melayu.

Apa yang meresahkan, hadis palsu ini telah sebati dalam masyarakat kita dan sering diungkap dengan yakin baik oleh orang yang tidak mempunyai kelayakan agama di kedai kopi mahu pun pendakwah terkenal di kaca TV sebagai mana diajarkan guru mereka.

Walau pun kedengaran agak kontroversi, sebenarnya ini bukan kali pertama kitab Ihya Ulumuddin ditegur oleh ulama seluruh dunia mempunyai hadis meragukan.

Profesor Datin Paduka Dr Jawiah Akhir

Kita lihat apa yang dikatakan oleh tokoh-tokoh hadis mengenai kitab Ihya‘ Ulumiddin, antaranya:

1. Kata al-Hafizd al-Imam Ibn Kathir (meninggal dunia 774H) dalam kitab Al-Bidayah wa Al-Nihayah: “Ketika berada di Damsyik dan Baitulmaqdis, al-Ghazali mengarang kitabnya Ihya ‘Ulumiddin.

Ia sebuah kitab yang ganjil. Ia mengandungi ilmu yang banyak berkaitan syarak, bercampur dengan kehalusan tasawuf dan amalan hati.

Namun dalamnya banyak hadis yang gharib, mungkar dan palsu.’’ (Rujukan: Ibn Kathir, Al-Bidayah wa al-Nihayah, 12/186, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.)

2. Kata al-Hafizd al-Imam Ibn Jauzi (wafat 597H): “Kemudian datang Abu Hamid al-Ghazali menulis untuk golongan sufi kitab al-Ihya Ulumiddin berdasarkan pegangan mereka.

Dia memenuhi bukunya dengan hadis-hadis batil yang dia tidak tahu kebatilannya.’’ (Rujukan: Ibn Jauzi, Talbis Iblis, hlm 190, Beirut: Dar al-Kutub al-ilmiyyah).

3. Kata al-Hafizd al-Imam al-Zahabi (wafat 748H), “"Adapun kitab al-Ihya padanya ada sejumlah hadis-hadis yang batil.

Sekiranya tidak ada padanya adab, cara dan zuhud yang diambil daripada ahli falsafah dan golongan sufi yang menyeleweng, padanya ada kebaikan yang banyak. Kita memohon daripada Allah ilmu yang bermanfaat.

Tahukah anda apa itu ilmu yang bermanfaat? Ia apa yang dinyatakan al-Quran dan ditafsirkannya oleh Rasulullah s.a.w. secara perkataan dan perbuatan".” (Rujukan: Al-Zahabi, Siyar ‘Alam al-Nubala’, 19/339, Beirut: Dar al-Risalah.)

4. Kata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (wafat 728H): “Abu Hamid (Al-Ghazali) tidak mempunyai kepakaran dalam hadis-hadis Nabi dan riwayat-riwayat salaf seperti mana yang dimiliki oleh ahli-ahli yang mengetahui perkara itu.

“Mereka dapat membezakan antara yang sahih dan yang tidak sahih. Oleh itu, al-Ghazali menyebut dalam kitab-kitabnya hadis dan athar yang palsu dan dusta, yang mana kalau mengetahuinya tentu dia tidak menyebutnya.” (Rujukan: Ibn Taimiyyah, Dar’u Ta’arud al-‘Aql wa al-Naql, 7/149, Riyad: Dar al-Kunuz al-Adabiyyah.)

Sebagai langkah penyelesaian bagi mengatasi masalah hadis-hadis palsu dan daif yang terlalu banyak dalam Ihya maka kitab tersebut hendaklah dibaca bersama dengan takhrij (penilaian dan semakan) yang dibuat oleh Al-Hafizd al-‘Iraqi (wafat 806H).

Al-Hafizd Abd. al-Rahim bin al-Husain al-‘Iraqi telah menyemak hadis-hadis Ihya dengan menyebut sumber hadis-hadis yang disebut dalamnya serta kedudukan hadis-hadis tersebut.

Banyak hadis Ihya telah dihukum tidak ada asal-usul dalam kitab-kitab hadis.

Takhrij al-Hafizd al-‘Iraqi telah dicetak bersama dengan kitab Ihya. Maka hendaklah kita berhati-hati ketika memetik hadis-hadis daripada kitab tersebut dengan cara merujuk kepada takhrij berkenaan.

Kata seorang muhaqqiq yang terkenal di zaman ini, al-Syeikh Syu’ib al-Arnaud: Al-Hafizd Abu Fadl Abd al-Rahim al-‘Iraqi (wafat 806H) telah menyemak hadis-hadis Ihya ‘Ulumiddin kesemuanya dalam semua kitab yang dinamakan Al-Mughni ‘an haml al-Asfar fi al-Asfar fi Takhrij ma fi al-Ihya min al-Akhbar. Ia dicetak bersama dengan Ihya. Beliau telah menunjukkan setiap hadis kepada sumbernya serta menyatakan kedudukannya.

Kebanyakan hadis tersebut beliau menghukumnya sebagai daif (lemah) atau palsu, atau ia tidak ada asal daripada ucapan Rasulullah s.a.w.

Maka hendaklah para penulis, khatib, guru dan penceramah berhati-hati dalam memetik dan berhujah dengan hadis-hadis Ihya selama mereka tidak jelas tentang kesahihannya menerusi semakan al-Hafizd al-‘Iraqi.

Sesungguhnya seorang ulama hadis Syam, Badr al-Din al-Hasani telah berkata, “"Tidak harus menyandarkan sesebuah hadis kepada Rasulullah kecuali apabila dinyatakan kesahihannya oleh salah seorang huffaz (yang amat pakar dalam hadis) yang dikenali.

Sesiapa yang berkata, “Rasulullah telah bersabda” sedangkan dia tidak tahu kesahihan hadis tersebut menerusi salah seorang huffaz, dibimbangi dia termasuk dalam hadis “Sesiapa yang berdusta ke atasku apa yang aku tidak ucapkan, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka".” (Rujukan: Syu’ib al-Arnaud, nota kaki tahqiq Siyar ‘Alam al-Nubala’, 19/340.)

Kata al-Syeikh Abu Syahbah pula, “"Aku nasihatkan kepada sesiapa yang membaca Ihya agar tidak berpegang dengan hadis-hadis yang disebutkan kecuali setelah melihat takhrij al-‘Iraqi.

Jika tidak dia akan terjatuh dalam dosa berdusta sedangkan dia tidak sedar".” (Rujukan: Muhammad Abu Syahbah, Al-Wasit fi ‘Ulum wa Mustalah al-Hadis, hlm. 254, Kaherah: Dar al-Fikr.)

Antara hadis yang al-Ghazali dikritik hebat kerana menyebutnya dalam Ihya ialah hadis Solat Raghaib iaitu solat yang dilakukan pada malam Jumaat pertama bulan Rejab.

Hadis cara dan fadilat solat ini disebut dan digalakkan dalam Ihya sedangkan ia dinilai sebagai palsu oleh para ulama hadis.

Al-Hafiz al-‘Iraqi yang menilai hadis ini adalah pakar besar dalam bidang hadis. Beliau menyatakan beliau mendapati tiada asal usul bagi hadis ini.

Al-Imam al-Nawawi (meninggal dunia 676H) ketika mensyarah hadis Muslim daripada Abi Hurairah memetik Baginda bersabda, "Jangan kamu mengkhususkan malam Jumaat dengan solat yang berbeza dengan malam-malam yang lain. Jangan kamu mengkhususkan hari Jumaat dengan puasa yang berbeza dengan hari-hari yang lain, kecuali ia dalam (bilangan hari) puasa yang seseorang kamu berpuasa)".

Al-Imam al-Nawawi berkata, "“Pada hadis ini larangan yang nyata mengkhususkan malam Jumaat dengan sesuatu solat yang tiada pada malam-malam lain dan puasa pada siangnya seperti yang telah dinyatakan".

Sepakat para ulama dalam kemakruhannya. Para ulama berhujah dengan hadis ini mengenai kesalahan solat bidaah yang dinamakan solat al-Raghaib.

Semoga Allah memusnahkan pemalsu dan pereka solat ini. Ini kerana sesungguhnya ia adalah bidaah yang mungkar daripada jenis bidaah yang sesat dan jahil.

Padanya kemungkaran yang nyata. Sesungguhnya sejumlah para ulama telah mengarang karangan yang berharga begitu banyak dalam memburukkan dan menghukum sesat orang menunaikan solat tersebut dan perekanya.

Para ulama telah menyebut dalil-dalil keburukan dan kebatilannya dan kesesatan pembuatnya. (Rujukan: Al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 3/211, Beirut: Dar al-Khair.)

Beliau pernah berkata, "Bidaah yang buruk lagi sangat mungkar, jangan terpengaruh dengan ramai yang melakukannya di banyak negeri. Juga jangan terpengaruh disebabkan ia disebut dalam Qut al-Qulub dan Ihya Ulumiddin". (Rujukan: petikan daripada Ali Hasan Ali, Kitab al-Ihya fi Mizan al-Ulama, hlm. 21.)

Al-Imam al-Sayuti (meninggal dunia 911H) menyatakan, "Ketahuilah olehmu, semoga Allah merahmatimu, sesungguhnya membesarkan hari tersebut dan malamnya (hari dan malam Jumaat pertama Rejab) hanya perkara baru yang dibuat dalam Islam selepas 400 tahun. Diriwayatkan mengenainya hadis yang palsu dengan sepakat ulama yang mengandungi kelebihan berpuasa pada siangnya dan bersolat pada malamnya. Mereka menamakan solat Raghaib".

Katanya juga, ketahuilah sesungguhnya solat yang bidaah ini menyanggahi kaedah-kaedah Islam dalam beberapa bentuk. (Rujukan: Al-Sayuti: Abd al-Rahman bin Abi Bakr, Al-Amr bi al-Ittiba wa al-Nahy an al-Ibtida hlm. 52-54, Beirut: Dar al-Fikr al-Lubnan.)

Demikian juga kitab-kitab kerohanian kesufian lain yang kebanyakan penulisnya tidak mengambil berat soal kesahihan hadis-hadis.

Ini seperti kitab Tanbih al-Ghafilin yang banyak dibaca di masjid dan surau. Demikian juga Bustan al-Arifin dan lain-lain.

Kata al-Syeikh Abu Syahbah, "Kitab Tanbih al-Ghafilin karangan al-Samarqandi; wajib pembaca berhati-hati terhadap hadis-hadis palsu dan Israiliyyat di dalamnya. Juga kitab Bustan al-Arifin yang juga karangannya patut pembaca berjaga-jaga". (Rujukan: Muhammad Muhammad Abu Syahbah, Al-Wasit fi Ulum wa Mustalah al-Hadis, hlm. 354, Kaherah: Dar al-Fikr.)

Mengkritik hadis-hadis lemah dan palsu dalam kitab Ihya Ulumiddin tidaklah bermaksud menghina atau melupakan jasa dan sumbangan al-Ghazali. Namun, kita harus berkata benar dan jujur dalam segala perkara.

Menghargai seseorang tidak boleh membawa kita mengatakan kesilapannya sebagai kebenaran. Jasanya dikenang.

Namun kesilapan dinilai agar mereka yang membaca kitab tersebut tidak membuat kesalahan dengan menganggap riwayat yang tidak layak dinilai sebagai hadis dikatakan hadis.

Firman Allah yang bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu". (al-Nisa’: 135)

Justeru, para pembaca kitab-kitab ini hendaklah berhati-hati ketika memetik hadis-hadis daripada kitab-kitab tersebut.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Kisah Umar Al-Khattab Menahan Bebelan Isterinya

Kisah Umar Al-Khattab Menahan Bebelan Isterinya

Dikisahkan, pada zaman Saidina Umar Al-Khattab, terdapat pasangan suami isteri yang selalu bertengkar, berpunca dari tabiat isteri yang terlalu kuat membebel terhadap suaminya.

Isteri membebel

Sehinggalah suami tidak lagi dapat menahan kesabaran mendengar leteran isteri saban hari, lalu si suami memarahi isterinya. Isteri pula tidak hanya berdiam diri ketika dimarahi, berlakulah pergaduhan dan pertengkaran hampir saban hari.

Pada suatu hari, suami merasakan keadaan rumah tangga mereka sudah tidak bahagia lagi. Suami memutuskan untuk berjumpa dengan Khalifah Umar Al-Khattab dengan niat untuk mendapatkan tips atau nasihat dari beliau, bagaimana cara untuk mengatasi masalah tabiat isterinya yang suka membebel di samping untuk mengadu kelakuan isterinya kepada Khalifah Umar Al-Khattab.

Setibanya dirumah Khalifah Umar Al-Khattab, suami mendengar suara isteri Khalifah Umar Al-Khattab sedang membebel kepada beliau. Tetapi tidak pula kedengaran suara Khalifah Umar menjawab.

Bila mendapati isteri Khalifah Umar pun mempunyai tabiat yang sama dan mengenangkan Khalifah Umar juga mengalami nasib yang serupa dengan dirinya, suami membatalkan sahaja hasratnya untuk bertemu Khalifah Umar untuk mengadu hal rumah tangganya.

Ketika suami tadi berpaling untuk pulang, tiba-tiba Khalifah Umar memanggilnya dan bertanya, “Apa hajat kamu datang kemari?”

Lalu suami tadi menjawab, “Tujuan saya kemari untuk mengadu hal isteriku yang kuat membebel, tapi bila mendapati dirimu juga mengalami nasib yang sama, saya batalkan saja hasrat itu.”

Mendengar jawapan dari suami itu, Khalifah Umar tersenyum lalu menjawab, “Tidak patut sekiranya aku tidak bersabar dengan kerenahnya.

Bukankah dia telah memasak, membasuh pakaian untukku, menyabung nyawa melahirkan zuriat-zuriatku, membesarkan anak-anakku, dan tempat aku mendapat hajatku?

Sabarlah, kerana sesungguhnya keadaan itu tidak lama. Pasti akan pulih sendiri.”

Begitulah hebatnya peribadi seorang insan yang mulia disisi Allah dan Rasul, seorang panglima yang sangat digeruni di medan peperangan dalam menegakkan panji Islam, tetapi demi kasih kepada isterinya dan untuk mengekalkan kebahagiaan rumahtangga, beliau sanggup berdiam diri dan bersabar melayan kerenah isterinya.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA: Apabila Bersuara, Adakah Anda Menegur Atau Mengutuk?

Informasi Dunia

Informasi Dunia

Informasi adalah maklumat yang boleh dijadikan panduan dan rujukan buat ramai individu atau syarikat dalam mendapatkan maklumat berkaitan untuk menentukan hala tuju dan perancangan dimasa depan.

Informasi

Anda mahukan informasi yang seronok dan bermanfaat untuk dibaca? Blog sentiasapanas menyediakan kepada anda artikel-artikel berinformasi mengenai peristiwa, sejarah, asal-usul dan banyak lagi yang berlaku diseluruh dunia.

Jika anda suka dengan apa yang dibaca, jangan lupa kongsikan artikel-artikel ini kepada rakan-rakan di Facebook, Google+, Twitter dan dimana saja.

Terima kasih dan selamat membaca..

INFO UPDATE: 16/MAC/2016

  1. 6 Pulau Buatan Manusia Paling Mengagumkan Di Dunia!
  2. Scott Kelly, Angkasawan Paling Lama Tinggal Di Angkasa
  3. Gula-gula Lolipop Sempena Nama Seekor Kuda!
  4. 'Kuasa' Wanita Menjadikan Lelaki Dungu!
  5. 9 Nama Pulau Paling Pelik Di Malaysia
  6. Komik Edisi Pertama Spiderman Berharga RM1.9 Juta!
  7. Sejarah Nombor Jersi Bola Sepak Yang Anda Tak Tahu
  8. Tsingy de Bemaraha, Hutan Batu Kapur Paling Luas Di Dunia
  9. Sun Eating, Berjemur Untuk Kurus!
  10. Hyperion, Pokok Paling Tinggi Di Dunia
  11. Maksud Gong Xi Fa Cai Yang Ramai Tak Tahu
  12. Keunikan Air Terjun Hitam Svartifoss
  13. Saintis Sahkan Najis Manusia Mengandungi Emas!
  14. Tradisi Sambutan Tahun Baru
  15. Son Doong, Misteri Gua Terbesar Di Dunia Yang Bersiul!
  16. Tahukah Anda Maksud Sebenar 'Hospitality'?
  17. Kenapa Kita Memandu Disebelah Kiri dan Kanan Jalan?
  18. Oymyakon, Perkampungan Paling Sejuk Di Dunia!
  19. Kenapa Air Hujan Tawar?
  20. 'Sesiapa Yang Ingin Melihat Syurga Dunia, Datanglah Ke Dubrovnik!'
  21. Oshiya, Pekerja 'Pemadat' Keretapi
  22. Kisah Kolonel Sanders (KFC) Yang Ramai Orang Tak Tahu
  23. Kipas Tangan Bahasa Komunikasi Cinta
  24. Kenapa Bintang Berkelip?
  25. 1 Gram Bisa Katak Neraka Brazil Mampu Membunuh 80 Orang!
  26. Watak Animasi Shrek Adaptasi Daripada Kisah Benar?
  27. 7 Hantu Lagenda Amerika Latin Paling Menakutkan
  28. 7 Lapangan Terbang Paling 'Menyeramkan' Di Dunia
  29. Siapa Pencipta Kod Bar?
  30. Kisah Sedih Angkasawan Pertama Yang Terkorban Dalam Misi Ke Bulan
  31. 10 Kepercayaan Karut Paling Popular Di Korea Selatan
  32. Perkampungan 'Isteri Air'
  33. Sambutan Hari Kopi Antarabangsa
  34. Sambutan Hari Sungai Sedunia
  35. Apa Itu Matawang Digital Bitcoin?
  36. Kenapa Manusia Takut Gelap?
  37. Kisah Di Sebalik Kenapa 7 Eleven Dibuka 24 Jam
  38. Kenapa Kulit Jari Berkedut Apabila Berendam Dalam Air?
  39. 16 Jenis Nasi Di Malaysia, Semua Sedap!
  40. 8 Haiwan Hodoh Yang Diancam Kepupusan!
  41. Gambar Terakhir Regina Kay, Mangsa Pembunuh Bersiri
  42. Belle Star, Penjenayah Wanita Paling Liar Dalam Sejarah Barat
  43. 5 Rahsia Kegunaan Kulit Pisang Tiada Siapa Tahu!
  44. 10 Perkara Anda Perlu Tahu Mengenai Pengeboman Hiroshima dan Nagasaki
  45. Keindahan Perkampungan Giethoorn Yang Sangat Mengagumkan
  46. 5 Jenis Spesis Ikan Tilapia Terbaik Untuk Diternak
  47. Gambus, Alat Muzik Warisan Mesir Purba
  48. Sejarah Facebook Yang Anda Mungkin Belum Tahu!
  49. Makhluk Asing Dari Marikh Serang Bumi!
  50. 5 Makam Wanita Purba Paling Terkenal
  51. Frano Selak, Manusia Paling Bertuah Di Dunia
  52. NML Cygni, Bintang Paling Besar Di Alam Semesta
  53. 5 Ibu Mertua Paling Menakutkan Di Dunia
  54. Kaviar, Hidangan Paling Mahal Di Dunia
  55. Kenapa Kucing Takut Air?
  56. Kisah Benar Novel Yang Mencari Penulisnya!
  57. Merekalah Yang Telah Menjatuhkan P. Ramlee
  58. Chrysopelea, Keunikan Ular Terbang Di Sabah
  59. Tahukah Anda Asal-usul Tarian Joget?
  60. Rahsia Puak Hunza Hidup 140 Tahun
  61. Istiwa’ Utama Matahari, Petunjuk Arah Kiblat Paling Tepat
  62. Tiket Konsert Paling Mahal Selebriti Terkenal
  63. The Devil's Breath, Pohon Durjana Nafas Syaitan
  64. Benarkah Syaitan Punca Manusia Menguap?
  65. Ayam Cemani, Pengeras Upacara Memanggil Syaitan
  66. Asal-usul Budaya Skinheads
  67. Mereka Terselamat Dari Maut Kerana Gemuk!
  68. Ibn Firnas, Manusia Pertama Terbang Di Udara
  69. Lesung Pipit, Kecantikan Akibat Kecacatan Gen!
  70. Pernahkah Anda Terfikir, Kenapa Adanya Cincin Perkahwinan?
  71. Tahukah Anda Bagaimana Hot Dog (Sosej) Mendapat Nama?
  72. Awas! Ini Petanda Terakhir Anda Bakal Disambar Petir!
  73. Ladang Giza, Pengeluar Kapas Terbaik Di Dunia
  74. Keindahan Gunung Pelangi Di China Membuktikan Kebenaran Al-Qur'an
  75. Asal-usul Bedak Muka, Penghalau Roh Jahat!
  76. 10 Lelaki Kacak Yang Dilahirkan Sebagai Wanita
  77. Ibnu Al-Haitham, Ilmuwan Islam Pencipta Pertama Kamera
  78. Bunga Siti Zubaidah, Tumbuhan Yang Pelik Tapi Unik
  79. Penemuan Bandar Tertua Di Eropah
  80. Sejarah Dan Proses Pembuatan Kiswah, Kain Penutup Kaabah
  81. 9 Kereta Paling Jimat Minyak Di Pasaran
  82. Sekeluarga Bunuh Diri Kerana Takut Kiamat!
  83. Asal-usul Sambutan April Fool Yang Ramai Tak Tahu!
  84. Kena Tangkap Jika Kentut Di Khalayak Ramai!
  85. Kubur Tanpa Nama, Pusara Mesra Alam!
  86. Kisah Simbolik Disebalik Logo Sakae Sushi
  87. Siapa Manusia Hebat Itu Yang Mencipta Tulisan Braille?
  88. Tugu Patung Ultraman Dan Asal-usul Kuasa Silang!
  89. Apa Perbezaan Antara Ubat Dan Supplement (Vitamin)?
  90. Tristan da Cunha, Pulau Berpenghuni Paling Terpencil Di Dunia
  91. Bliss, Gambar Potret Paling Terkenal Di Dunia!
  92. Ketahui Rahsia Tahi Lalat Anda
  93. Coco De Mer, Buah Kelapa Paling Besar Di Dunia
  94. Asal-usul Bandar Tun Razak Yang Ramai Tak Tahu
  95. Keajaiban 190 Juta Tahun Bukit Gelombang Merah!
  96. Amalan Menampar Untuk Membesarkan Payudara!
  97. 5 Rahsia Kejayaan Laman Sosial Instagram
  98. Durian Gondol, Spesis Buah Tanpa Duri
  99. Penerbangan Komersial Paling Singkat Di Dunia
  100. Maharajas' Express, Perkhidmatan Keretapi Paling Mewah India
  101. Bagaimanakah Rupa Bangunan Di Planet Makhluk Asing?
  102. YAKS! Pengutip Muntah Profesional
  103. Kanak-kanak Paling Berani Dalam Sejarah
  104. Rekod Baru Lukisan Termahal Di Dunia
  105. Kenapa Pesawat Perlu Habiskan Bahan Bakar Sebelum Mendarat?
  106. Kisah Benar Tippi Degre Bersahabat Dengan Binatang Buas
  107. Lady Dai, Mumia Paling Sempurna
  108. Kezaliman Manusia-manusia Vampire
  109. Makanan Yang Sangat Ekstrim Di Dunia
  110. Ebenezer Place, Jalan Raya Paling Pendek Di Dunia
  111. Pelbagai Perisa Aiskrim Yang Pelik Dan Luarbiasa!
  112. Pokok Krismas Paling Tinggi Di Dunia
  113. 5 Duit Syiling Paling Mahal Di Dunia
  114. Benarkah Burung Cenderawasih Berasal Dari Syurga?
  115. Dracula, Kisah Benar Yang Cuba Disembunyikan
  116. Tahukah Anda Betapa Luasnya Alam Semesta?
  117. Asal-usul Sambutan Halloween
  118. Lelaki Atau Wanita, Siapa Paling Curang?
  119. Pasangan Penjenayah Kejam Yang Sangat Terkenal
  120. Watak Pahlawan Islam Dalam Filem Pirates of The Carribean
  121. Gambar-gambar Terakhir Selebriti Terkenal Dunia
  122. Pengutip Gula-gula Getah Profesional
  123. Resepi Kejayaan Luar Biasa Filem James Bond
  124. Di Sebalik Tabir Romantis Kota Venice
  125. Cinta Berakhir Di Kerongkong Syaitan
  126. Briged Al-Qassam, Perjuangan Atas Nama Allah
  127. Yaks! Hidangan Lazat Keju Berulat!
  128. The Island Race, Tragedi San Diego
  129. Pengantin Yang Mahu Bahagia Selamanya
  130. Adakah Komplot 'Men In Black' Benar-benar Wujud?
  131. Frozen Ice Cutter, Pekerjaan Yang Telah Pupus!
  132. 'Sekeping' Ciuman Untuk Terus Bernyawa
  133. 11 Bahan Makanan Yang Boleh Digunakan Untuk Mencuci
  134. 68 Fakta Tentang Kucing Yang Anda Tidak Tahu
  135. Apa Sebenarnya Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)
  136. Inconnue, Wanita Yang Paling Banyak Dicium!
  137. Simo Hayha, Sniper Lagenda Perang Soviet
  138. Asal-usul Penemuan Dan Penciptaan Cermin Mata
  139. Tragedi Ngeri 918 Jonestown
  140. Jus Katak Pulih Kejantanan Lelaki?
  141. Pemburu Duit Syiling Di India
  142. Glace Ice, Ais Paling Mahal Di Dunia!
  143. Bunuh Diri Kerana Sekeping Gambar Menyedihkan!
  144. GUSTAVE, Pembunuh Paling Berprofil Tinggi!
  145. Gilles de Rais, Bangsawan Pembunuh Kejam!
  146. Plot Membunuh Napoleon Yang Gagal
  147. Tragedi Malang Lac Megantic
  148. Operasi Membunuh Hitler Yang Gagal
  149. Tragedi Love Canal Yang Menggemparkan
  150. Benarkah Shakespeare Pengarang Yang Hebat?
  151. Maine Coon, Baka Kucing Terbesar Di Dunia!
  152. Turban Paling Besar, Berat Dan Terpanjang Di Dunia!
  153. Kisah Ikan Keli Gergasi Yang Memburu Manusia!
  154. Apa Sebenarnya ALS Ice Bucket Challenge?
  155. Perkara Yang Di Haramkan Di Beberapa Negara
  156. Peel P50, Kereta Paling Kecil Di Dunia
  157. Unik! Tukang Beratur Profesional
  158. Kesagake, Pemangsa Paling Ganas Dalam Sejarah Jepun
  159. Penempatan Tebing Purba Yang Menakjubkan
  160. Kawah Gergasi Muncul Di Hujung Dunia
  161. Pewaris Rahsia Ilmu 21 Puak Ninja Ban!
  162. Kereta Api Berhantu Untuk Budak Nakal
  163. Tumbuhan Hiasan Yang Sebenarnya Berbahaya!
  164. Lokasi Paling Sukar Di Kunjungi Di Dunia!
  165. Hospital Bersalin Paling Sibuk Di Dunia!
  166. Pokok Paling Beracun Di Dunia!
  167. Asal-usul Simbol Lelaki Dan Wanita Dalam Dunia Sains
  168. Robot Exoskeleton, Tentera Ironman Masa Depan!
  169. Hadis Membuktikan Manusia Memiliki 360 Sendi
  170. Keindahan Tasik Baikal Yang Sangat Mempesonakan
  171. Tujuh Pesawat Penumpang Yang Ditembak Jatuh
  172. Kasih Anak Kecil Untuk Ibu
  173. Perkuburan Barangan Rosak Terbesar Di Dunia
  174. Hannibal, Kisah Sebenar Watak Pembunuh Terkenal
  175. MH653, Pesawat Malaysia Yang Pernah Dirampas!
  176. Sukarnya Melahirkan Anak Di India!
  177. Gurn, Pertandingan Muka Paling Hodoh Di Dunia!
  178. Sains Merungkai Larangan Lelaki Memakai Emas!
  179. Sajian Paling Kejam Di Dunia!
  180. Minuman Memualkan Dari Jari Kaki Manusia!
  181. Asal-usul Penggunaan Isyarat Kecemasan MAYDAY
  182. Keajaiban Bintang Paling Terang Di Angkasa!
  183. Mesej Tersembunyi Di Sebalik Logo-logo Terkenal
  184. Tawaran Pembelian Website Dan Apps Popular Yang Gagal
  185. Senarai Barang Ada DNA Babi HALAL
  186. 7 Gangster Wanita Paling Menakutkan Di Dunia
  187. 12 Tangga Paling Cantik Di Dunia
  188. Zakat Diakui Sistem Terbaik Untuk Ekonomi
  189. Makanlah Sebiji Oren Supaya Kenyang Lebih Lama!
  190. Tahukah Anda Air Laut Mengandungi Emas!
  191. Ibu-ibu Paling Luarbiasa Di Dunia!
  192. Legasi Permainan Game Boy Yang Akhirnya Berkubur
  193. Gigitan Semut Paling Menyakitkan Di Dunia
  194. Benarkah Bumi Pernah Memiliki Dua Bulan?
  195. Daun Teh Di Petik Gadis Perawan!
  196. Hidangan Pencuci Mulut Paling Mahal Di Dunia!
  197. Bandar-bandar Paling Sejuk Di Dunia
  198. Fakta Tentang Lautan Yang Anda Tidak Pernah Tahu
  199. 8 Lapangan Terbang Paling Menggerunkan Di Dunia!
  200. Grand Canyon, Keajaiban Ukiran Alam Berusia 2 Bilion Tahun!
  201. Motosikal Yang Menggunakan UDARA Untuk Bergerak!
  202. Necropants, Ilmu Kufur Paling Terkenal Di Eropah
  203. 14 Hari Diperkosa Tanpa Henti!
  204. Kiviak, Hidangan Jijik Masyarakat Greenland!
  205. Naki Sumo, Pertandingan Bayi Menangis Di Jepun
  206. Koleksi Supercar Dalam Filem Need For Speed
  207. Kissable Plant, Tumbuhan Paling Seksi Di Dunia!
  208. Akhirnya Planet Pluto Bukan Lagi Sebuah Planet!
  209. 10 Pembunuh Bersiri Paling Kejam
  210. Unik! Hutan Buluh Paling Cantik Di Dunia
  211. Mereka Ahli Silap Mata Bertaraf Dunia!
  212. Haiwan-haiwan Yang Sangat Sukar Ditemui
  213. Merungkai Dusta Tragedi Hillsborough
  214. Damascus, Pedang Lagenda Paling Tajam Di Dunia
  215. 10 Stesen Kereta Api Berhantu Di Dunia!
  216. Baka Baru Kucing Yang Menyerupai Serigala!
  217. Ikan Paling Mahal Di Malaysia
  218. SleepPhones, Bagi Yang Inginkan Tidur Yang Berkualiti
  219. Cara Mengukur Kekayaan Yang Pelik
  220. Rahsia Yang Anda Tidak Tahu Ketika Dalam Pesawat
  221. Rupanya Di CHINA Lebih Banyak Nahas Pesawat!
  222. Benarkah Gunung Bergerak Seperti Awan Dilangit?
  223. Tragedi Charkhi Dadri, Nahas Udara Paling Dahsyat!
  224. Fenomena Ajaib Hari Telur Berdiri
  225. Tragedi Munich 1958, Pesawat MU Terhempas!
  226. 10 Kemalangan Paling Mahal Dalam Sejarah!
  227. Gadis Asia Paling Menarik!
  228. CEO Jepun Naik Bas Pergi Kerja!
  229. Daft Punk, Keunikan Robot Retro
  230. Gadis Asia Terbaik Di Dunia!
  231. Kenapa Cincin Tunang Dipakai Di Jari Manis?
  232. Swara, Budaya Gadai Anak Tebus Maruah!
  233. Merungkai Rahsia Cahaya Merah Di Kaki Langit
  234. Empayar-empayar Terbesar Sepanjang Sejarah Dunia
  235. 9 Roket Angkasa Terbesar Yang Pernah Dibina!
  236. Hospital Pertama Dunia Dibina Umat Islam!
  237. Kos Pembikinan Video-video Game Terkenal
  238. Gambar ‘Selfie’ Pertama Di Dunia!
  239. 5 Ciptaan Terhebat Umat Islam Yang Mengubah Dunia!
  240. Fesyen Yang Tidak Luput Ditelan Zaman
  241. Zoo Manusia, Lambang Penghinaan Terhadap Bangsa Lain
  242. Pule, Keju Paling Mahal Di Dunia Berharga RM4,000 Sekilo!
  243. Asal Usul Sambutan Hari Thaipusam
  244. Penemuan 10 Spesies Haiwan Terbaharu 2013
  245. Tragedi Pembunuhan Ngeri, St. Valentine's Day Massacre
  246. Asal Usul Sambutan Valentine's Day atau Hari Kekasih
  247. Benarkah HIV/AIDS Dicipta Untuk Melenyapkan Bangsa Afrika?
  248. Tips Kecantikan Yang Pelik Tapi Berkesan!
  249. Adakah Ini Bangunan Paling Nipis Di Dunia?
  250. Dome Fuji, Lokasi Paling Sejuk Di Dunia!
  251. Asal-usul Sambutan Hari Krismas
  252. Pulau Dimana Semua Penduduknya Memakai Topeng Gas!
  253. 10 Jenis Hantu Paling Menyeramkan Di Serata Dunia
  254. 'Selfie', Obses Terhadap Diri Sendiri
  255. Pantai ALANG, Perkuburan Terbesar Kapal Laut Usang!
  256. Kontroversi SAIZ Sebenar Zakar Rasputin!
  257. Afghanistan Umpama Neraka Dunia Bagi Wanita
  258. Tentera Gurkha, Dilahirkan Untuk Berperang
  259. Ulang Tahun Ke 30 Paling Hebat Dalam Sejarah Manusia!
  260. Kenali Fungsi Otak Kiri Dan Otak Kanan Manusia
  261. Permainan LEGO, 560 Bilion Dihasilkan Sejak 60 Tahun Lalu!
  262. Dari Negara Termiskin Akhirnya Bangkit Menguasai Dunia!
  263. Anjing Tertua Di Dunia Mati Pada Usia 147 Tahun!
  264. Filem-filem Yang Bersifat Rasis Demi Komedi
  265. Kadar Asid Di Laut Paling Tinggi Dalam Tempoh 300 Juta Tahun!
  266. Benarkah Permainan (Games) Mencemarkan Alam Sekitar Secara Serius?
  267. Waze, Aplikasi Yang Melaporkan Road Block Polis Dan JPJ!
  268. 5 Penggodam Paling Dikehendaki FBI
  269. San Alfonso del Mar, Kolam Renang Terbesar Di Dunia
  270. Tradisi Menggangu Pengantin Baru Di Malam Pertama
  271. 'The Writer' Robot Pertama Yang Dicipta 240 Tahun Lampau
  272. Agama Kristian Ortodoks Bersolat Seperti Umat Islam
  273. Pokok Kayu Yang Mengeluarkan Zarah Emas!
  274. Rekod Dunia 22 Minit Menahan Nafas Dalam Air!
  275. 24 Manusia Sesat Yang Pernah Mengaku Sebagai Nabi
  276. Siapa Pencipta Patung Barbie Yang Terkenal Itu?
  277. 7 Punca Kenapa Anda Mudah Lupa
  278. Inspirasi Kejam Terhasil Angkara Filem The Matrix
  279. Google Perkenal uProxy Khusus Untuk Lepasi Firewall
  280. Misteri Penemuan Galaksi Seperti Zamrud
  281. Jalan Raya Menuju Ke Syurga
  282. Richard Turpin Penyamun Paling Hebat Dalam Sejarah Britain
  283. Saffron, Rempah Paling Mahal Di Dunia
  284. Watch Mediastan Online, Rahsia Disebalik Tabir WikiLeaks
  285. Menjadi Jutawan Selepas Berpura-pura Jadi Kaya
  286. Peranti Paling Laris Di Amazon.com
  287. Moruga Scorpion Cili Paling Pedas Di Dunia
  288. Spesis Badak Putih Terakhir Di Kawal 24 Jam!
  289. Amalan Terbalik Masyarakat Malaysia
  290. Cara Paling COOL Berhenti Kerja!
  291. Rahsia Mudah Panjang Umur
  292. Spesis Mergastua Yang Telah Pupus Di Muka Bumi
  293. Cendawan Chaga Mampu Merawat AIDS?
  294. Fakta Kenapa Coca-Cola Haram Diminum Oleh Umat Islam
  295. Filem Hollywood Yang Di Kritik Teruk Tapi Berjaya Dengan Cemerlang
  296. Malaysia’s Unsung Hero: Kisah Rakyat Malaysia Dalam 'Battle of Normandy'
  297. Top 10 Negara Yang Memiliki Hutang Paling Tinggi Di Dunia
  298. Bahana Ketagihan Kafein
  299. Kaitan Antara Black Magik Dan Illuminati
  300. Kucing Paling Tua Di Dunia
  301. Luarbiasa! Remaja Yang Mampu Menerbangkan Pesawat
  302. Lelaki Yang Pembunuhannya Telah Mencetuskan Perang Dunia Pertama
  303. Mesej Rahsia Tersirat Illuminiti Disebalik Pembikinan Filem Avatar
  304. Seorang Wanita Dirogol Setiap 20 Minit Di India!
  305. Siapa Sangka Jambatan Cinta Benar-benar Wujud Di Dunia
  306. Asal-Usul Agama Kristian Selepas 'Kematian' Nabi Isa
  307. Misteri Penemuan Glob Tertua Di Bumi
  308. Awas! 12 Jenis Penipuan Paling Popular Di Malaysia
  309. Asal Usul Lambang Fleur-de-lis
  310. Inikah Tandanya Dunia Hampir Kehabisan Makanan?
  311. Vacuum Cleaner Paling Mahal Di Dunia, RM3 Juta!
  312. Penjara Paling Mesra Dan Mewah Di Dunia
  313. Benarkah Orang Mesir Kuno Pencipta Pertama Kondom?
  314. Gambar Topeng Kematian Tokoh-tokoh Terkenal Dunia
  315. Rahsia Carian Google Yang Anda Tidak Pernah Tahu
  316. Wanita-wanita Terkenal Yang Menjadi Korban Kerana Cinta
  317. Cara Mudah Menggodam iPhone Dan iPad Dalam Tempoh 60 Saat
  318. Tradisi Kecantikan Yang Sangat Menyeksakan
  319. Luarbiasa! Gurun Pasir Great Dune of Pilat Yang Semakin Membesar
  320. Misteri Penemuan Batu Bersurat Yang Wujud Sebelum Kitab Taurat
  321. Bagaimana Untuk Memadamkan Akaun Facebook Orang Yang Telah Meninggal Dunia?
  322. Khasiat Kacip Fatimah Bukan Mitos
  323. Sejarah Asal Usul Permainan Dam Ular
  324. Benarkah Wujud Alat Untuk Mengukur Ajal?
  325. Genius Yang Di Tawarkan Jawatan Pensyarah Ketika Masih Di Sekolah Menengah
  326. Tahukah Anda Bila Pertandingan Gladiator Yang Terakhir?
  327. Nak Tahu Petua Kecantikan Wanita Luar Negara?
  328. Ketahui Makanan Ringan Yang Sebenarnya Berkhasiat
  329. Cyber Cafe Untuk Tidur Tapi Bagi Wanita Sahaja!
  330. Kisah 'Bandar Hantu' Bannack Montana
  331. Pengecas Hand Phone Menggunakan Air?
  332. Awas! Jangan Cas Hand Phone Anda Terlalu Lama!
  333. 10 Selebriti Terkenal Yang Menjadi Mangsa Kerakusan Politik
  334. Apa Sebenarnya Perbezaan Minyak Petrol RON 95 Dan RON 97?
  335. Kapal Titanic Tenggelam Kerana Kesombongan Manusia
  336. Gagal Berevolusi Punca Syarikat Jepun Semakin Tenggelam
  337. Kisah Istana Edinburg Scotland Yang Berhantu
  338. Misteri Di Sebalik Supernova Bintang-bintang Gergasi
  339. Ngeri! Ritual Bunuh Diri Seppuku Masyarakat Jepun Yang Mengerikan
  340. Tahukah Anda Negara-negara Yang Paling Di Lawati Alien?
  341. Persoalan Telur Atau Ayam Terlebih Dahulu Wujud Akhirnya Terjawab
  342. Fakta Bahawa Kereta Buatan Malaysia Tidak Berkualiti
  343. Bukti Bahawa Amerika Syarikat Dikuasai Oleh Satanisme - Bhg II (Akhir)
  344. Bukti Bahawa Amerika Syarikat Dikuasai Oleh Satanisme
  345. Apa Sebenarnya Punca Air Laut Menjadi Masin?



Thursday, September 25, 2014

AWAS! iPhone 6 Plus Mudah Bengkok, Rosak!

AWAS! iPhone 6 Plus Mudah Bengkok, Rosak!

Info Gadjet. Tidak sampai seminggu dilancarkan di pasaran, beberapa pengguna iPhone 6 Plus mula merungut mendakwa peranti milik mereka itu mudah bengkok selepas diletakkan di dalam poket seluar mereka.

iPhone 6 Plus Mudah Bengkok, Rosak

Menurut laporan MacRumors, iPhone 6 Plus, salah seorang daripada pengguna telefon bimbit itu berkata ia bengkok selepas beliau membawa telefon itu seharian di dalam poketnya.

“Saya meninggalkan rumah pada pukul 10 pagi dengan iPhone saya di poket depan seluar sebelah kiri.

"Saya memandu empat jam ke sebuah majlis perkahwinan, di mana saya duduk lama dan menari untuk dua ke tiga jam.

"Kemudiannya meninggalkan majlis itu pada pukul 2 petang dan memandu pulang selama empat jam lagi.

“Secara keseluruhan, iPhone 6 Plus itu berada selama 18 jam di dalam poket saya, di mana dalam tempoh itu kebanyakkan masa saya habiskan dengan duduk.

"Semasa saya meletakkannya di atas meja, saya terlihat imbasan iPhone itu di cermin yang ia (kelihatan) sedikit bengkok,” kata pengguna itu.

iPhone 6 Plus Mudah Bengkok, Rosak [2]

Laporan itu turut berkata untuk mengelakkan peralatan itu daripada bengkok, pengguna digalakkan mengeluarkannya dari poket sebelum duduk atau membongkok.

Namun, jika anda adalah peminat tegar iPhone, adakah kelemahan ini menggugat niat anda untuk memilikinya? Mungkin?



Sumber: Mynewshub.cc (link)

Pasaraya Tesco Jual Mug Dari Tulang Babi?

Pasaraya Tesco Jual Mug Dari Tulang Babi?

Bagi peminat tegar pinggan mangkuk dari China, mereka tentu maklum sesetengah produk yang dianggap bermutu diperbuat daripada kisaran halus tulang haiwan.

Pasaraya Tesco Jual Muga Dari Tulang Babi

Tulang haiwan yang biasa digunakan pula tak lain tak bukan, khinzir selain daripada lembu.

Hasil penggunaan tulang haiwan ini pinggan mangkuk kelihatan putih bersih, tidak seberat seramik biasa dan tahan lama.

Di bawah adalah hukum menggunakan pinggan mangkuk jenis ini mengikut fatwa dikeluarkan JAKIM.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-99 yang bersidang pada 4-6 Mei 2012 telah membincangkan mengenai Hukum Penggunaan Peralatan Dan Perhiasan Berasaskan Abu Tulang Haiwan (Bone China). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa berdasarkan mazhab Shafie, sifat kenajisan ba.bi masih kekal dalam produk bone china dan sifat najis tersebut tidak akan hilang kerana proses istihalah dianggap tidak berlaku.

Muzakarah juga berpandangan bahawa sekiranya penggunaan produk bone china yang berasaskan abu tulang haiwan yang tidak halal mengikut Syarak ini diharuskan, maka ia akan membuka ruang kepada penggunaan produk-produk bersumberkan haiwan yang tidak halal mengikut syarak berleluasa.

Muzakarah juga berpandangan bahawa peralatan atau perhiasan bone china tidak mencapai tahap keperluan (darurah) kepada masyarakat untuk memiliki dan menggunakannya.

Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa penggunaan bahan peralatan atau perhiasan yang dihasilkan daripada abu tulang haiwan (bone china) yang tidak halal mengikut syarak, termasuk haiwan yang halal dimakan tetapi tidak disembelih mengikut hukum syarak adalah tidak diharuskan.

Walaubagaimanapun, penggunaan peralatan dan perhiasan berasaskan abu tulang haiwan (bone china) yang halal dimakan dan disembelih mengikut hukum syarak adalah diharuskan.

Daripada sini jelaslah, produk ini TIDAK HALAL digunakan umat Islam kecuali binatang digunakan disembelih mengikut hukum syarak.

Masalahnya binatang di China tu disembelih ikut syarak ke? Sah-sah payah nak jumpa yang macam tu kot..

Jadi kesimpulannya, produk begini tidak sepatutnya dijual berleluasa kepada masyarakat Malaysia yang rata-rata beragama Islam.

Justeru tindakan sebuah pasar raya terkemuka di Selayang menjual mug daripada jenis ini dipertikaikan oleh seorang pelanggan yang memuat naik status di atas di Facebook.

Pasaraya Tesco Jual Muga Dari Tulang Babi [2]

Apa yang dikesalkan, terdapat unsur cuba memperdayakan pelanggan beragama Islam apabila barkod mug ini ditampal pada jenama yang menunjukkan bahawa ia diperbuat daripada tulang haiwan.

Sekiranya benar dakwaan ini maka pasar raya terbabit harus menarik balik produk terbabit dari rak atau mengasingkannya di bahagian non-halal.

Ia mungkin kelihatan remeh bagi sesetengah pihak namun bagi mereka yang berpegang teguh pada hukum Islam, perkara ini amat sensitif dan boleh menimbulkan kemarahan.

Aatah lagi hukum dan fatwa dikeluarkan JAKIM sepatutnya dijadikan garis panduan oleh semua pihak demi kemaslahatan umat Islam negara ini.

Sumber: Mynewshub.cc (link)