Sunday, June 14, 2015

Kenapa Kucing Takut Air?


Pelbagai teori dikemukakan sehingga kini gagal mencari jawapan mengapa kucing takutkan air.

Kucing takut air

Seorang profesor veterinar di Washington State University, Catherine Ukibarri mengemukakan teori bahawa memandangkan bulu binatang itu merupakan pelindung kesejukan, maka kucing seboleh-bolehnya tidak mahu terkena air.

Sekiranya basah, kucing terpaksa menjilat bulu di badan untuk mengeringkannya semula. Jika bulunya basah terlalu lama, kucing mudah sakit perut atau kembung dan boleh membawa maut.

Oleh sebab itulah kucing jinak yang dipelihara manusia termasuk kucing besar yang hidup ditempat sejuk seperti kucing liar dan bobcat, pasti mengelak daripada terkena air.

Biar dipaksa sekalipun, kucing tersebut akan berhati-hati dan merenjis-renjis kakinya supaya tidak basah. Kadangkala, kucing akan melompat supaya tidak terpijak air langsung.

Bagaimanapun, bukan semua jenis kucing bencikan air. Ada sejenis kucing yang dipanggil Fishing Cat (kucing yang memancing) dan hanya boleh ditemui di utara India dan tenggara Asia, sangat pandai berenang.

Kehebatannya begitu terserlah kerana kucing jenis ini mampu menyelam dan menangkap kaki itik dari dalam air. Kucing ini juga mampu terjun ke dalam air untuk mengejar ikan.

Selain itu, ada juga sejenis kucing yang dipanggil Turkish Van yang sangat suka mandi. Kucing yang bertubuh besar ini mempunyai bulu seperti kucing Kashmir yang kalis air.

Kucing jenis ini akan melompat ke dalam tab mandi atau tasik untuk berenang. Keluarga spesis kucing seperti harimau, singa, jaguar, harimau oselot dan jaguar turut menggemari air. Kucing besar ini sanggup berenang dan meranduk air semata-mata untuk mengejar mangsa.

Jadi, bukan semua kucing takutkan air.

BACA INI JUGA: 68 Fakta Tentang Kucing Yang Anda Tidak Tahu

-SENTIASAPANAS.COM

1 comment

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon