Monday, August 08, 2022

Trak Pikap 4X4 'Pembunuh' Di Jalan Raya!

Trak Pikap 4X4 'Pembunuh' Di Jalan Raya!

Setiap kemalangan dan kematian di jalan raya adalah tragedi. Malangnya, kemalangan membabitkan trak pikap semakin menjadi-jadi. Puluhan nyawa terkorban dalam kemalangan membabitkan jentera 4X4 yang semakin kerap berlaku.

4x4 Bertembung
Kenderaan 4x4 bertembung dijalan Kimanis, Sabah.

Apabila ia membabitkan lima sekeluarga atau pemanduan yang tidak cermat, ia lebih merungsingkan terutama apabila melibatkan trak pikap ini.

Justeru, terdapat permintaan bahawa mereka yang memandu trak pikap menjalani latihan khas atau lesen baharu bagi menangani masalah kemalangan yang 'kejam' ini.

Memang kalau ada kemalangan membabitkan kereta dan trak pikap, ia seperti menghempas bongkah batu ke atas telur.

Mangsa dalam kereta kalau memakai tali pinggang sekali pun tidak akan terselamat jika dirempuh gergasi ini. Ini kerana, trak pikap bukan kenderaan persendirian biasa.

Berat setiap pikap boleh mencecah sehingga 3.6 tan berbanding purata berat kereta biasa adalah 1.5 tan. Kereta kecil lebih ringan daripada satu tan. Lori satu tan tanpa muatan hanya dianggarkan seberat 2.7 tan tanpa muatan.

Kalau yang pernah membuat perkiraan fizik mengenai daya dan momentum akan mengetahui kesan impak, jisim dan kelajuan, mereka akan tahu betapa mengerikan pelanggaran membabitkan trak pikap.

Trak pikap seberat 3.5 tan (tidak termasuk muatan) bergerak pada kelajuan 130kmj menghempas sebuah kereta kecil seperti Alza, kadar momentum menerusi rempuhan itu adalah sangat dahsyat. Tidak mungkin pemandu dan penumpang kenderaan persendirian itu akan selamat.

Ini kerana, saiz dan kelajuan trak pikap itu terlalu kuat untuk ditahan oleh mana-mana jenis kenderaan kecuali mungkin kereta kebal.

Mengikut satu kajian, seorang pemandu kereta kecil 412 kali berkemungkinan akan maut atau cedera parah jika dilanggar kenderaan 4×4 seperti trak pikap. Data kematian membabitkan pikap hanya mengesahkan kajian ini.

Trak pikap juga mempunyai dimensi sangat berbeza berbanding kereta biasa. Ia lebih panjang dan lebar. Trak pikap boleh mencapai 21 kaki panjang dan 6 kaki 10 inci lebar.

Bayangkan, momentum dijana oleh sesuatu yang mempunyai saiz sebesar itu.

Penggunaan trak juga semakin berkembang kerana ia pilihan mudah dan murah berbanding mendapatkan lesen komersial contohnya untuk lori satu tan.

Memandu lori juga memerlukan lesen berlainan iaitu kelas E dan bukan D seperti kereta persendirian. Dan kebanyakan trak pikap digunakan untuk tujuan komersial dan bukan seperti kereta persendirian.

Laporan terbaru daripada lebih 50 negara menunjukkan jalan raya Malaysia negara kelapan paling tidak selamat.

Ia adalah masalah yang perlu diselesaikan kerana gergasi ini di jalan raya tanpa latihan pemanduan yang betul, seperti memberi kanak-kanak sepucuk pistol penuh dengan peluru hidup.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: (1)

Wednesday, July 27, 2022

Beza Warna Pada Minyak Petrol Tiada Kaitan dengan Prestasi!

Beza Warna Pada Minyak Petrol Tiada Kaitan dengan Prestasi!

Beberapa tahun lalu, pernah viral sebuah video yang memaparkan perbandingan warna petrol RON97 dari dua buah stesen petrol berlainan jenama dan mendakwa kedua-duanya berbeza kualiti seterusnya memberi kesan kepada kadar penggunaan bahan api.

Beza Warna Minyak Petrol

Isu ini menyebabkan jurucakap dari sebuah syarikat minyak utama tampil mengatakan bahawa, pewarna yang digunakan pada petrol tidak menjejaskan kualiti produk mereka.

Menurutnya, warna semulajadi pada petrol dan diesel adalah kuning cerah, seperti yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Pewarna pada bahan api perlu ditambah untuk tujuan pengenalan kepada beberapa gred dan jenis bahan api.

Kualiti minyak petrol tidak boleh dilihat dengan sekadar melihat warnanya seperti. Warna tersebut adalah kerana tambahan dyes (pewarna) dalam minyak-minyak tersebut dan ia biasanya berbeza-beza mengikut syarikat, sebab itu warnanya berbeza.

Dyes ditambah untuk membezakan antara produk untuk tujuan2 tertentu.

Di Malaysia, RON97 diwartakan perlu diwarnakan dengan warna merah, manakala untuk RON95 ia perlu diwarnakan dengan warna kuning.

Pewarna yang digunakan dalam petrol juga tidak memberikan kesan kepada kualiti bahan api serta prestasi enjin.

Pandangan ini adalah senada dengan pakar dalam industri, yang mengatakan perbezaan warna antara petrol RON97 adalah kerana perbezaan jumlah pewarna yang digunakan, yang berkadar antara lima bahagian setiap juta (ppm) dan 18 ppm.

Kaedah suntikan pewarna, yang dilakukan secara automatik atau secara campuran pukal, juga menyebabkan perbezaan kepada ton warna. Perbezaan warna mungkin juga kerana bahan api berkenaan dibekalkan dari terminal berbeza.

Sementara itu, Persatuan Pengedar Petrol Malaysia (PDAM) Datuk Zulkifli Mokti, menyarankan bahawa jika seseorang itu merasakan kelainan pada prestasi bahan api, mereka perlu menghantar contoh bahan api berkenaan ke makmal kimia untuk diperiksa.

"Ambil contoh petrol berkenaan dan hantarnya untuk pemeriksaan kimia serta buat laporan kepada SIRIM dan mereka akan memeriksanya.

"Apabila berkaitan dengan warna, bercakap berkenaan prestasi, ia agak susah untuk diperkatakan. Jika ada perbezaan kecil, anda tidak akan mengetahui atau merasakannya kecuali anda menggunakan tolok.

"Agak sukar untuk mengatakan sama ada ia bagus atau tidak, sama ada ia bercampur, tirus atau tidak. Anda perlu menghantarnya ke makmal untuk diperiksa sama ada ia mempunyai masalah atau tidak."

Kesimpulannya, pewarna tidak mempunyai sebarang kesan kepada kualiti bahan api.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: (1)

Wednesday, August 26, 2020

Bagaimana Proses Lelong Kereta Yang Ditarik Bank?

Bagaimana Proses Lelong Kereta Yang Ditarik Bank?

Setelah tempoh 21 hari Jadual Kelima tamat, bank perlu menjual kereta yang ditarik balik untuk mendapatkan kembali "kos dan modal"nya. Pada zaman sekarang, bank akan membuat lelongan awam untuk kereta kereta yang telah ditarik balik selalunya bertempat di stor simpanan kereta yang menjadi panel bank siap dengan pelelong berlesen dengan "tukul kayu"nya.

Proses lelong kereta
Gambar hiasan.

Dulu, bank cuma perlu iklankan di surat khabar untuk "menjemput" orang ramai untuk memasukkan tender untuk membeli kereta tersebut dan kereta akan dijual kepada "pembida" yang tertinggi.

Cara yang sebegini tidak boleh lari dari ekploitasi dan manipulasi "orang dalam" kerana ada dealer yang "kam cheng" dengan pegawai, kerani atau bos akan "potong" harga orang lain asalkan harga sama atau lebih dari harga yang disebutkan dalam Jadual Kelima.

Bukanlah semuanya macam tu tapi yang penting bagi pihak bank semua prosedur perlu dipatuhi dari segi penjualan dan harga dengan dokumen yang lengkap supaya tidak menimbulkan masalah tuntutan balas dari Penyewa dikemudian hari.

Kalau harga tawaran orang ramai kurang dari harga dalam Jadual Kelima, Penyewa harus dimaklumkan tentang "harga" baru yang lebih rendah dan Penyewa diberi peluang untuk memperkenalkan individu yang boleh membeli kereta dengan harga tersebut secara TUNAI. Begitulah seterusnya sampai kereta boleh dijual.

Oleh itu, penjualan secara lelongan awam serba sedikit boleh "menghilangkan" keraguan tentang manipulasi harga walaupun kemungkinan "pakatan sulit" diantara pembida pembida "tegar" masih boleh berlaku.

Ini adalah kerana yang datang untuk membida biasanya adalah wakil wakil atau pemilik pemilik syarikat kereta terpakai dan individu individu yang yang "regular" pada setiap lelongan awam dan mereka mengenali antara satu sama lain walaupun bakal "berlawan" di medan lelongan.

Ada juga individu individu yang datang membida untuk diri sendiri dan individu individu begini selalunya akan menjadi "mangsa buli" oleh geng geng yang dah "season" dengan "pakatan" yang tidak memerlukan perancangan secara lisan.

Cukup dengan jelingan manja, naikkan kening, urut misai, garu kepala dan macam macam lagi isyarat masing masing dengan taktik "Tidak Berminat Move" atau "Potong Mamat Tu Move" atau "Up Harga Sampai Mamat Tu Kena Bayar Lebih Move" dan lain lain "Move" yang memberi kelebihan kepada pembida yang berkepentingan.

Walau apa pun, lelongan awam masih dianggap sebagai yang paling "telus" sebab "permainan" dalam lelongan awam sukar dielakkan seperti juga lelongan rumah tak berbayar.

Menurut prosedur, acara lelongan akan di iklankan di suratkhabar tempatan biasanya 14 hari dari tarikh lelongan dan Penyewa akan dimaklumkan juga tentang perkara ini seperti yang diperuntukan di Seksyen 18 (4)(a) dibawah.

Seksyen 18 (4)(a)

Jikalau penjualan bukan melalui lelongan, Bank perlu juga memberi pilihan kepada Penyewa untuk membeli kereta tersebut jika harganya adalah lebih rendah dari harga yang disebutkan dalam Jadual Kelima.

Dengan keperluan memberi Notis, Iklan dan "tempoh bertenang" yang agak lama, biasanya status tunggakan akaun akan mencecah 5 bulan atau lebih sebab kadang kadang Bank perlu menunggu kereta kereta tarik yang lain yang belum "habis edah" atau "cukup umur" untuk dilelong supaya boleh dibuat sekali gus bagi menjimatkan masa dan kos.

Seperti yang telah ditunjukkan diatas, ada tiga (3) kemungkinan yang akan berlaku pada hari lelongan iaitu:
  • Jumlah lelongan melebihi jumlah hutang;
  • Jumlah lelongan kurang dari jumlah hutang: dan
  • Tiada bidaan diterima atau kereta tak laku.

Dan anda boleh lihat sendiri langkah langkah yang diambil untuk ketiga tiga situasi tersebut.

LANGKAH SELEPAS KERETA BERJAYA DIJUAL

Setelah selesai lelongan awam, katakan kereta telah berjaya dijual dan harga jualan tidak mencukupi untuk melangsaikan hutang yang tertunggak.

Bank akan menghubungi Penyewa untuk memberitahu tunggakan yang masih ada dan meminta penyewa untuk membuat cadangan pembayaran.

Jika tiada maklumbalas dari Penyewa, Bank akan memulakan proses tindakan undang undang dengan menghantar surat atau notis tuntutan (Notice/Letter of Demand) melalui Tuan Loyar dan jika tiada maklumbalas pada masa yang ditetapkan, tindakan Saman akan dimulakan.

Untuk ulangkaji tentang proses "Surat Loyar" dan Saman, anda boleh rujuk prosesnya di Proses Tindakan Undang Undang Pinjaman Peribadi Bahagian 1 dan Proses Tindakan Undang Undang Pinjaman Peribadi Bahagian 2 untuk pemahaman yang lebih baik. Boleh rujuk pihak bank.

Setelah proses "ding dong" sana sini selesai, dianggarkan "umur" tunggakan sudah pun mencecah enam atau menghampiri tujuh bulan. Siasatan oleh team "CSI" masih berjalan untuk langkah seterusnya jika perlu.

Pada tahap tunggakan tujuh bulan, Bank sudah boleh membuat perancangan untuk mengambil tindakan undang undang yang sesuai.

NASIB PENJAMIN

Sekarang kita sampai kepada bab penjamin. Biarlah gambar yang berbicara:

Penjamin Kereta

Walau bagaimanapun, dalam Akta Sewa Beli 1967 (Pindaan 2010) ada beberapa peruntukan bagi Penjamin.

Saya cuma boleh beri "terjemahan bebas" sebab ayat undang undang ini selalunya berpintal pintal supaya memberi ruang untuk Tuan Tuan Loyar membuat interpretasi masing masing dan berhujah untuk mendapat keputusan yang memihak kepada mereka.

Antara intipati Seksyen Seksyen yang ditunjukkan diatas adalah seperti berikut:

1. Penjamin adalah terikat dengan Perjanjian Sewa Beli melainkan dalam keadaan keadaan yang tertentu.

2. Tanggungjawab Penjamin masih berterusan walaupun kereta telah ditarik balik tidak kira samada kereta sudah diserahkan balik atau tidak melainkan Bank dan Penyewa ada membuat perjanjian yang baru.

3. Tanggungjawab Penjamin tidak boleh melebihi tanggungjawab Penyewa dengan apa yang diperuntukan dalam Perjanjian Sewa Beli.

4. Seseorang Penjamin yang menunaikan tanggungjawabnya dan telah membayar apa jua bayaran kepada Pemilik iaitu Bank berhak untuk menuntut balik apa yang telah dibayarnya.

5. Hak Penjamin terhadap Pemilik/Bank – Penjamin boleh melepaskan dirinya pada bila bila masa dari tanggungan jaminan hutang dengan membayar hutang Penyewa kepada Bank.

6. Apabila bayaran hutang dibuat, Penjamin berhak untuk:
  • (a) Menyaman Penyewa atas nama Pemilik/Bank atas pelanggaran Perjanjian Sewa Beli oleh Penyewa tertakluk kepada Penjamin memperuntukan pampasan atas apa jua kos dan perbelanjaan tindakan tersebut atau menyaman atas nama Penjamin sendiri jika dia mengambil pemindahan hakmilik secara sah melalui undang undang keatas Perjanjian Sewa Beli tersebut.
  • (b) Mendesak untuk mengambilalih apa jua cagaran dan sekuriti yang telah diambil oleh Pemilik/Bank keatas Penyewa untuk memastikan Penyewa menunaikan tanggungjawabnya.

7. Penjamin jika ada apa jua tuntutan yang dibuat oleh Pemilik/Bank keatasnya mempunyai hak untuk "melepaskan" dirinya dari tuntutan balas yang dibuat oleh Penyewa terhadap Pemilik/Penyewa.

8. Hak Penjamin terhadap Penyewa – Penjamin berhak untuk diberi gantirugi atau pampasan oleh Penyewa terhadap tindakan Pemilik/Bank atau jaminan yang diberi.

9. Penjamin berhak untuk memaksa Penyewa untuk membayar ansuran bulanan yang termaktub dalam Perjanjian Sewa Beli setiap kali tempoh bayarannya sampai dan untuk tujuan ini Penjamin boleh memohon kepada Mahkamah Majistret untuk mendapatkan Perintah tersebut.

Berbelit belit ayat. Tak tahulah pula ada ke tidak Penjamin yang melaksanakan haknya seperti yang diperuntukan.

Biasanya payah sikit sebab lazimnya Penjamin agak rapat dengan Penyewa seperti Suami atau Isteri dan kawan kawan atau kenalan.

Jadi, samada Penjamin tidak tahu pun hak mereka atau tidak "sampai hati" untuk "menyakiti" atau "menyinggung" perasaan Penyewa atas dasar percaya atau takut dituduh tidak percaya kepada keupayaan Penyewa untuk bertanggungjawab.

Dalam kebanyakan kes, tak boleh percaya pun. Ramai Penjamin yang kena tindakan kebankrapan.

Kalau nak saman balik Penyewa untuk bayaran yang dibayar oleh Penjamin, harapan untuk dapat balik duit pun susahlah jugak tapi bukanlah sesuatu yang mustahil.

Dari segi logik akal, kalau Bank saman pun dia tak peduli, apatah lagi kawan kawan, adik beradik, suami atau isteri atau bekas suami dan bekas isteri melainkan jumlahnya banyak yang boleh membawa kepada kebankrapan atau yang berbaloi untuk dilakukan.

Kalau jumlah yang kecil, lebih kepada membazir masa dan wang. Tuan Loyar pun mungkin malas nak layan. Itulah nasib si Penjamin.

Lagi parah kalau kereta kena "piang" atau dijual "tangan atas tangan" hingga hilang entah kemana.

Bila ada "urusniaga" jenis "sambung bayar" yang juga berisiko untuk hilang kalau tak kena gaya, Penjamin juga yang kena "share" tanggungan.

Kalau setakat "share" status kat Facebook takpelah jugak ini kena pikul "biawak hidup".

Jadi, selesailah sudah siri Prosedur Tindakan Undang Undang Bagi Pinjaman Sewa Beli khususnya untuk kereta.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: chbda

Monday, August 03, 2020

Kisah Bagaimana Jenama Lamborghini Tercipta Selepas Dihina Pemilik Ferrari

Kisah Bagaimana Jenama Lamborghini Tercipta Selepas Dihina Pemilik Ferrari

Lamborghini adalah kereta mewah ikonik yang selalu menangkap mata orang yang memandang ketika ia beraksi di jalan raya namun, syarikat yang diasaskan oleh Ferruccio Lamborghini ini mungkin tidak akan pernah wujud jika Enzo Ferrari lebih bersikap terbuka dan bukannya menghina.

Ferruccio Lamborghini

Lamborghini adalah lelaki yang dilahirkan di Itali. Dia juga adalah seorang bekas tentera dan setelah Perang Dunia ke-II, dia telah berkecimpung dalam industri pembuatan traktor setelah mendapati banyak logam yang terbiar selepas peperangan.

Menurut The Independent, ketika ayahnya, seorang petani, memerlukan sebuah mesin untuk digunakan di ladang, Lamborghini telah bertindak membina sebuah traktor dari beberapa alat ganti yang dia jumpa.

Kepakaran Lamborghini telah menjadikannya terkenal sebagai mekanik yang menjadi tempat rujukan tentera Itali.

Mereka datang ke tempatnya untuk membaiki atau memasang peralatan bagi membina mesin yang melibatkan industri ketenteraan.

Perniagaan Lamborghini dalam industri traktor telah menjadikannya antara orang yang sangat kaya dan kebanyakan duitnya dihabiskan untuk membeli beberapa kereta mewah.

Salah satu kereta yang dibeli oleh Lamborghini adalah jenama Ferrari 250GT, namun dia merasakan seperti ada masalah dengan model 250GT ini.

Terkenal sebagai seorang lelaki yang teliti, dia mendapati bahawa kereta model 250GT keluaran Ferrari mempunyai masalah di bahagian klac.

Lamborghini countach
Lamborghini Countach.

Tidak mahu masalah ini terus berulang, suatu hari Lamborghini telah memutuskan untuk berjumpa dengan Enzo Ferrari dan memberitahu masalah yang dia hadapi sepanjang membawa kereta Ferrari 250GT.

Ketika dia mencadangkan kepada Enzo Ferrari agar mereka menggunakan klac yang lebih baik bagi kenderaan kelas mewah, Lamborghini diejek oleh Enzo Ferrari.

Tidak cukup dengan itu, Lamborghini diminta untuk fokus kepada industri traktor sahaja dan jangan masuk campur urusan kereta.

Terkesan dengan hinaan tersebut, dia telah bersumpah untuk membina sebuah kereta GT dengan sasaran untuk mengalahkan populariti kereta Ferrari.

Dibantu oleh 3 bekas pekerja Ferrari, dia bereksperimen untuk membina sebuah kereta GT mewah dan berkuasa serta mampu dipandu sehingga 241km/jam.

Dari situ lahirlah Lamborghini 350GT dan ia dilancarkan pada tahun 1963 di Turin Auto Show.

Walaupun kereta ini tidak hadir bersama-sama dengan enjin, namun Lamborghini telah menerima beberapa pujian yang baik dari pakar dan pemerhati yang hadir ketika itu.

Supercar Pertama Dunia

Lamborghini Miura
Lamborghini Miura.

Sejak itu, Lamborghini tidak pernah berhenti untuk mengeluarkan kereta-kereta mewah dan pada tahun 1966, model Lamborghini Miura dihasilkan dan disebut sebagai supercar pertama dunia.

Manakala pada tahun 1970-an, Lamborghini kembali dengan Countach, sebuah kereta yang kelihatan futuristik dengan reka bentuk bukaan pintu lain dari yang lain.

Walau bagaimanapun, Lamborghini tidak mampu untuk mempertahankan jenamanya. Dia terpaksa menjual perniagaan automobilnya setelah mengalami beberapa masalah.

Jenama Lamborghini pada mulanya bertukar tangan beberapa kali sebelum akhirnya dibeli oleh Audi – sebahagian daripada kumpulan Volkswagen – pada tahun 1990-an.

Namun begitu, Lamborghini telah mengajar kita bagaimana seseorang itu bangkit setelah dihina oleh Enzo Ferrari.

Walaupun kata-kata Ferrari itu dianggap kejam, tetapi ia sedikit sebanyak telah memberi motivasi kepada Lamborghini untuk membina sebuah jenama kereta yang hingga sekarang menjadi kegilaan ramai orang.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Friday, July 10, 2020

Proton Saga Anniversary Limited Edition Harga RM39,300!

Proton Saga Anniversary Limited Edition Harga RM39,300!

Mula dilancarkan pada tahun 1985 sebagai model sulung daripada jenama Proton, siapa sangka Proton Saga kini sudah berjaya berada di pasaran Malaysia selama 35 tahun berturut-turut dan pada tahun 2020 bersempena ulang tahun yang ke-35 model ini, Proton telah melancarkan model edisi terhad buat Saga yang dinamakan sebagai Proton Saga Anniversary Edition.

Proton Saga Anniversary Limited Edition Depan

Menerusi model ini, proton telah menggunakan model Saga Premium AT dan menawarkan penambahan ciri-ciri yang tidak tersedia pada model-model lain.

Bermula dengan warnanya, Proton telah memilih warna Quartz Black serta dipadankan bersama warna kuning pada bahagian gril, lip hadapan, skirt, cermin sisi serta diffuser, manakala saiz rim 15-inci masih lagi dikekalkan dan ditambah dengan warna matte grey.

Proton Saga Anniversary Limited Edition Back

Tidak hanya menawarkan kemasan warna kuning pada bahagian luar, bahagian dalam Proton Saga edisi terhad ini turut ditawarkan dengan kemasan warna yang sama pada bahagian corong penghawa dingin dan kluster meter, sekali gus menaikkan seri model ini.

Saga-interior-Full-Dashboard

Proton Saga Anniversary Edition sedia ditawarkan sebanyak 1,100 unit sahaja dengan harga bermula daripada RM39,300.

Proton Saga Anniversary Limited Edition

Difahamkan, tiada sebarang perubahan telah dibuat pada bahagian enjin dimana model ini menawarkan transmisi automatik dengan empat kelajuan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Friday, June 05, 2020

Ini Cara Pam Tayar Kenderaan Yang Betul

Ini Cara Pam Tayar Kenderaan Yang Betul

Bolehkah tayar dipam mengikut PSI (pound per square inch, paun inci persegi) maksimum seperti dinyatakan pada dinding sisi (sidewall) tayar? Ini kerana ada juga kenyataan yang mendakwa PSI maksimum bukanlah tekanan tepat yang membolehkan tayar kereta berfungsi paling optimum.

Panduan angin tayar

Faktanya, tekanan tayar yang tepat amat penting bagi kelancaran, keselamatan dan ketahanan tayar, kerana jika anda perhatikan tulisan pada dinding sisi tayar, anda pasti perasan perkataan 'Max. Press. 35 PSI'.

Nombor itu memberitahu anda tekanan sejuk maksimum yang diperlukan tayar untuk menampung beban maksimum.

Panduan tekanan tayar

Kata 'sejuk' di atas merujuk kepada situasi anda mengepam tayar pada masa ideal, iaitu ketika cuaca sejuk seperti pada waktu pagi atau selepas kereta dibiarkan beberapa jam di kawasan teduh.

Itulah masa terbaik mengepam tayar. Kebiasaannya, tekanan tayar maksimum berada dalam julat 30 dan 32 PSI.

APA BERLAKU JIKA TAYAR DIPAM MAKSIMUM PSI?

1. Karakter Pengendalian Berubah

Tayar yang dipam maksimum tidak mempunyai ruang anjalan pada dinding sisi. Tahap membelok akan bertambah baik, tetapi anda berdepan risiko ketika pembrekan jajap (threshold braking). Sekali anda membelok pantas atau mengejut, belakang kereta boleh terseret.

2. Jangka Hayat Tayar Merosot

Apabila tayar dipam terlalu banyak, getah pada bunga tayar atas akan jadi lebih menonjol dan membuatkan bahagian tengah tayar cepat haus malah, kawalan traksi juga berkurangan dan anda menghadapi risiko tayar meletup.

Jadi, apakah tekanan tayar terbaik? Apa Tekanan Tayar Optimim?

Anda boleh mengetahui tekanan tayar optimum atau seperti disarankan pengeluar pada pelekat di frem pintu, atau dalam manual pengguna. Sesetengah model menempatkan pelekat pada pintu but, glove box dan lain-lain.

Tekanan disarankan kebiasaannya antara 30 dan 35 PSI. Nombor tersebut menandakan jumlah minimum tekanan udara yang diperlukan untuk menyokong kapasiti maksimum bawa-beban kenderaan anda.

Jika berkurangan, anda akan mendapati penggunaan bahan api dan tahap pengendalian akan terjejas, termasuk mengalami masalah haus disebabkan beban lebih dan getah tayar terlalu menganjal.

Sebaliknya, apabila tayar anda dipam mengikut tekanan PSI disarankan, anda pasti menikmati prestasi dan jangka hayat tayar yang optimum.

BILAKAH MASA MENGEPAM TAYAR TERBAIK?

Bilakah masa terbaik memeriksa tekanan tayar? Sebaiknya, ikutilah 3 syarat asas ini:
  • Setiap kali mengisi minyak.
  • Setiap kali suhu berubah 10º.
  • Sekali bagi setiap 30 hari.

Jika anda mahu tayar anda dipam mengikut tekanan tepat sebelum memandu, apa kata dapatkan tolok tekanan di mana-mana kedai aksesori kereta terdekat. Cara ini lebih memudahkan anda.

Tips: 30 Hari

Bagaimanakah mahu mengingat jumlah tekanan angin yang tepat? Anda mungkin tidak mahu sentiasa melihat pelekat pengingat setiap kali mahu mengisi angin.

Begini, anda cuma perlu ingat jumlah hari dalam sebulan, iaitu antara 30-31 hari. Ya, itulah jumlah tekanan angin yang perlu diisi untuk kereta.

Ia mungkin tidak setepat yang disarankan pengeluar, tetapi ia masih berada dalam julat toleran atau 'selamat' yang boleh anda praktikkan.

Jadi, tidaklah perlu risau jika terkurang atau terlebih mengepam angin tayar jika mengikuti tip ingat ini.

Malah, tips ini boleh membantu anda mengingat jumlah sebenar tekanan tayar kereta anda. Anda cuma perlu ingatkan jumlah hari dalam sebulan dan daripada jumlah itu anda mungkin dapat mengingati semula tekanan tayar sebenar kereta anda.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: pandulaju

Wednesday, May 20, 2020

Elak Masalah 'Flat Spot', Tayar Kempis Jika Di Parkir Terlalu Lama!

Elak Masalah 'Flat Spot', Tayar Kempis Jika Di Parkir Terlalu Lama!

Sekiranya kereta terbiar lama, ada pelbagai masalah boleh muncul dan antara masalah paling biasa berlaku adalah kondisi bateri, yang jika terminal atau fius tenaga tidak dicabut, bateri mudah rosak dan tidak tahan lama.

Elak masalah tayar kempis

Selain bateri, ada juga komponen lain yang perlu diawasi pemilik kenderaan. Contohnya, aspek luaran kereta.

Mungkin ada najis burung mengotori badan kereta atau kondisi komponen daripada bahan getah seperti wiper, getah pintu, tayar dan lain-lain.

Sebut mengenai tayar kereta, ini komponen paling penting kerana diperlukan untuk bergerak dan menampung beban kenderaan.

Material tayar dihasilkan berasaskan kompaun getah lembut untuk memberikan keselesaan dan cengkaman ketika memandu.

Salah satu masalah tayar yang biasa dialami pemilik adalah kemunculan kesan rata pada tayar yang juga dipanggil 'flat spot' (atau 'flatspotting').

APA ITU 'FLATSPOTTING'?

Flat spot adalah situasi tayar mengalami kesan rata pada bawah tayar, iaitu bahagian tayar yang menyentuh permukaan jalan di kawasan parkir.

Situasi ini biasanya berlaku jika kereta diletakkan dalam keadaan sama lebih 30 hari secara berterusan.

Tahap permasalahan itu berbeza mengikut kondisi permukaan kawasan parkir, jenis kereta dan tayar.

Masalah jadi lebih ketara sekiranya kereta diletakkan atau permukaan keras sedangkan kompaun tayar pula jenis lembut.

Situasi tayar (yang lembut) perlu menampung dan menyerap semua beban kereta selama mana ia tidak bergerak pada satu-satu posisi, sehingga tayar mula mengempis

LANGKAH PENJAGAAN

Penjagaan tayar

Tukar kedudukan tayar mengikut hari.

Langkah Pertama:

Sentiasa gerakkan kereta setiap dua minggu. Ini boleh dilakukan bersama langkah penjagaan bateri untuk kereta yang tidak dipandu lama.

Seandainya kereta tidak dapat bergerak, cukup sekadar keluar dari parkir kereta dengan mengundur ke depan dan kebelakang.

Bagi penghuni pangsapuri, bolehlah saling tukar petak parkir dengan jiran. Jika di rumah sendiri, boleh cuba keluar parkir dan tukar posisi parkir.

Tindakan menukar kawasan tayar akan mengelakkan kesan rata terbentuk akibat tidak bergerak.

Langkah Kedua:

Ini perlu dibuat bersama langkah pertama. Sekali lagi diingatkan, langkah pertama wajib dibuat kerana kereta anda tidak boleh diparkir dalam satu posisi saja dalam jangka masa lama.

Boleh lihat gambarajah di atas tentang contoh putaran kedudukan tayar yang bersesuaian mengikut bilangan hari.

Pastikan tekanan udara dalam tayar sentiasa mencukupi, atau lebihkan 1 atau 2 PSI. Ini bagi memastikan tayar mempunyai cukup tekanan udara bagi menampung berat kereta.

Langkah Ketiga:

Jangan simpan barang yang tidak berguna dalam kereta kerana boleh menambah beban ke atas tayar. Kereta bukan stor!

Keluarkan semua barang tersebut, cukup sekadar apa yang perlu ada dalam kereta tetapi, janganlah sampai kerusi belakang pun hendak dicabut sebab tiada penumpang.

KAEDAH PEMULIHAN

Cara pemulihan tayar

Kaedah Pertama:

Ada kajian pakar tayar mendakwa masalah flat spot mungkin boleh di atasi dengan memandu kereta lebih 30 minit.

Lihat graf di atas dan ingat, pemanduan dengan tayar tidak bulat sepenuhnya memang tidak selesa.

Namun, ada yang berpendapat, walaupun tayar sudah kembali bulat (selepas dipam atau dipandu) ia cuma bersifat sementara kerana kondisi tayar sudah tidak seelok dulu. Jadi, prestasi tayar sudah tidak sama seperti sedia kala.

Kaedah Kedua:

Tukar tayar baharu. Pedih, tetapi ini sahaja jalan paling selamat dan diyakini 100 peratus boleh memulihkan prestasi tayar kereta anda.

PENUTUP

Langkah pencegahan yang baik pasti lebih elok daripada langkah pemulihan namun, apa dialami setiap pemilik kenderaan adalah berbeza sama ada dari segi bajet, persediaan dan peruntukan masa. Diharapkan artikel ini mampu membantu.

Pastikan tekanan udara dalam tayar kereta ada sentiasa mencukupi dan kereta sentiasa dipantau.

Fakta menarik, tahukah anda tayar jentera Formula Satu (F1) akan dicabut dalam kawasan PIT untuk mengelakkan kesan flat spot.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: pandulaju

Wednesday, April 22, 2020

4 Cara Penjagaan Kereta Ketika Perintah Kawalan Pergerakan

4 Cara Penjagaan Kereta Ketika Perintah Kawalan Pergerakan

Dalam usaha untuk menjaga kereta dalam keadaan yang baik ketika kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, Proton telah berkongsikan beberapa inisiatif menarik dalam memastikan kereta anda masih mampu beroperasi dengan baik sehingga selesai tempoh PKP.

Penjagaan Kereta

Berikut merupakan 4 tips asas penjagaan kereta sepanjang PKP ini berlangsung.

1. Pastikan bateri kereta anda dicas

Meskipun kereta tidak banyak bergerak atau mungkin tidak bergerak langsung sempena musim PKP, anda dinasihatkan untuk menghidupkan enjin kereta dan membiarkannya selama 10 minit setiap tujuh hari bagi membolehkan altenator menjalankan kerjanya.

Selama tempoh 10 minit tersebut, adalah dinasihatkan untuk tidak membuka penghawa dingin kereta dimana perkara ini dapat melambatkan proses pengecasan bateri.

Proses yang dibuat ini sekali gus membolehkan kereta dapat dihidupkan dengan mudah pada minggu-minggu akan datang.

2. Periksa keadaan tekanan tayar kereta

Setiap dua minggu pastikan tayar kereta anda berada dalam keadaan yang baik. Salah satu cara untuk mengetahui tekanan tayar adalah dengan penggunaan alat bagi menyemak tekanan tayar atau menggunakan Tyre Pressure Monitoring System display seperti yang tersedia di Proton.

Adalah dinasihatkan untuk mengisi angin tayar anda di stesen minyak berdekatan sekiranya tekanan angin dalam tayar anda dalam keadaan yang rendah.

3. Elakkan wiper berada di cermin

Wiper kereta

Tip ini khas buat anda yang meletakkan kereta di tempat terbuka serta terdedah kepada cahaya matahari.

Cara terbaik untuk memastikan ketahanan wiper anda adalah dengan memisahkan seketika wiper dari cermin kereta seperti gambar yang tertera di atas.

Cara ini akan membuatkan wiper anda bertahan lebih lama dan tidak akan cepat mengeras sekali gus membuatkan proses menolak air pada cermin kereta lebih efektif.

4. Elakkan tayar menjadi leper

Sewaktu PKP sudah pastinya kereta anda tidak bergerak dalam tempoh yang panjang, anda boleh menggerakkannya sedikit ke depan atau ke belakang untuk mengelakkan permukaan bawah tayar terus leper pada tempat yang sama.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Friday, October 25, 2019

Hanya Kerusi Keselamatan Kanak-kanak (CRS) Jenis R44 Dan R129 Dibenarkan Dalam Kenderaan Anda

Hanya Kerusi Keselamatan Kanak-kanak (CRS) Jenis R44 Dan R129 Dibenarkan Dalam Kenderaan Anda

Hanya kerusi keselamatan kanak-kanak (Child Restraint System: CRS) yang mempunyai piawaian keselamatan EN ECE R44/04 dan R129 yang dibenarkan digunakan di Malaysia, seperti yang telah ditetapkan oleh Peraturan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNR) sebagai langkah keselamatan kanak-kanak yang mempunyai ketinggian kurang 135cm.

CRS Jenis R44 Dan R129

Selain pensijilan Peraturan UNR, setiap produk CRS akan mempunyai pelekat E-Mark berwarna jingga yang tertera maklumat seperti kategori produk mengikut berat atau tinggi dan nombor kelulusan.

Ia juga perlu mempunyai pelekat label QR sah daripada Miros, yang merekodkan maklumat spesifikasi teknikal CRS mengikut piawaian.

Ibu bapa juga dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan CRS yang murah, kerana ada juga jenama pengeluar yang tidak lulus piawaian tetapi melekatkan label tidak sahih dijual di pasaran.

Apabila membabitkan isu keselamatan, setiap ibu bapa tidak boleh berkompromi, kerana tidak semua CRS berkualiti dijual dengan harga yang mahal, iaitu mencecah RM1,000 seunit.

Sebenarnya, ada CRS yang lulus piawaian dan ujian keselamatan, tetapi dijual pada harga yang rendah, seperti dari RM150 ke RM300.

Kerajaan telah mengumumkan akan mewajibkan penggunaan CRS di dalam kenderaan bermula 1 Januari 2020 bagi menyelamatkan kanak-kanak daripada mengalami kecederaan serius atau kematian, sekiranya berlaku kemalangan.

Seiring dengan langkah itu, MIROS mengeluarkan Garis Panduan Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak di Malaysia, yang boleh dimuat turun daripada laman web Miros.

Piawaian ini telah ditetapkan demi keselamatan pengguna. Jika sesebuah CRS itu tidak mengikut piawaian, ia bukan sahaja tidak dapat menyelamatkan mangsa kemalangan, tetapi akan memburukkan lagi keadaan.

Kesedaran mengenai kepentingan penggunaan CRS di dalam kereta masih berada pada tahap rendah di Malaysia.

Berdasarkan pemerhatian ketika operasi bersama pihak berkuasa, kurang daripada 40 peratus ibu bapa menggunakan CRS, selain kurang didikan terhadap keselamatan diri mereka dan kanak-kanak ketika menaiki kenderaan.

Ribuan kenderaan bergerak di jalan raya setiap hari dan membawa bayi serta kanak-kanak kecil yang terdedah kepada risiko kemalangan, apabila tidak ditempatkan di tempat duduk khas.

Dalam tempoh 2018 hingga Mac 2019, jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya di WPKL adalah sebanyak 268 kes dan turut membabitkan kanak-kanak dan bayi.

Sementara itu, sebanyak 1,559 kematian dicatatkan membabitkan kanak-kanak di bawah umur 10 tahun dari tahun 2007 hingga 2017.

Malangnya, ada ibu bapa berpendapat meriba anak-anak mereka dalam kereta sudah memadai kerana tidak mampu membeli CRS, namun mereka tidak sedar tindakan mereka itu jelas membahayakan diri kanak-kanak itu.

Menurut kajian yang dijalankan, tempat duduk khas bayi boleh merendahkan risiko kematian sehingga 70 peratus bagi bayi dan 50 peratus bagi kanak-kanak berusia antara satu hingga lima tahun.

Jika kita mahu serius mengenai keselamatan jalan raya, kita juga perlu serius mengenai langkah berjaga-jaga yang perlu diambil, bagi memastikan keselamatan mereka yang berada di dalam kenderaan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: bharian

Thursday, September 12, 2019

Sejarah Dan Asal-usul Skuter

Sejarah Dan Asal-usul Skuter

Sebuah skuter merupakan sejenis motosikal yang secara tradisionalnya mempunyai ciri-ciri seperti kerangka "boleh langkah" (step-through), roda yang saiznya tidak melebihi 16 inci, serta enjin yang terletak di bahagian belakang bawah penunggang.

Asal-usul Skuter

Walau bagaimanapun, terdapat juga reka bentuk skuter yang lebih moden yang turut menerapkan ciri-ciri bagi klasifikasi motosikal lain ke dalamnya, misalnya Yamaha Nouvo yang menyerupai sebuah motosikal kapcai.

Ciri-ciri

Enjin yang digunakan pada sesebuah skuter boleh jadi 2 lejang atau 4 lejang serta merangkumi saiz dari sekecil 50 cc sehinggalah sebesar lebih 500 cc seperti Yamaha T-Max, Honda Silver Wing dan Gilera GP800.

Sistem transmisi yang digunakan pada skuter moden lazimnya adalah jenis transmisi automatik CVT, tetapi model-model skuter lama seperti Vespa serta beberapa model retro menggunakan transmisi manual berjujukan dengan penukar gear di bahagian kiri hendal yang boleh dipulas.

Jika dahulunya sistem kerangka skuter diperbuah daripada keluli ditekan, tetapi kini badan skuter diperbuat daripada plastik yang dipasang pada kerangka tiub keluli.

Boleh dikatakan hampir kesemua motosikal skuter moden menggunakan penghidup elektrik, tetapi skuter yang lebih kecil turut mempunyai penghidup tendang yang biasanya hanya digunakan ketika kecemasan seperti semasa bateri menjadi lemah.

Beberapa model skuter yang lebih besar turut mempunyai ciri-ciri lebih mewah seperti sistem penggera, pemanas genggam hendal, radio serta sistem brek cegah kunci.

Sebagai usaha mengurangkan pencemaran udara, kini sudah terdapat model skuter yang menggunakan gas LPG di pasaran.

Skuter elektrik jalanan berkuasa tinggi mungkin akan dikeluarkan pada masa hadapan memandangkan beberapa motosikal elektrik kecil seperti Vectrix, e-max dan eGO (jangan terkeliru dengan Yamaha Ego ) yang sudah dikeluarkan.

Sejarah

Skuter 1894 Hildebrand & Wolfmüller
Skuter terawal, 1894 Hildebrand & Wolfmüller.

Susur-galur yang menyerupai skuter mula dibangunkan pada rekaan motosikal sekitar 1900an.

Pada tahun 1894, Hildebrand & Wolfmüller mengeluarkan kenderaan beroda dua pertama yang berjaya, dengan kerangka boleh langkah.

Tangki bahan api diletakkan di bahagian tiub bawah, manakala enjin dua silinder selarinya diletakkan di bahagian bawah kerangka.

Skuter ini menggunakan enjin sekujan udara dengan radiator di bahagian atas fender belakang.

Ia menjadi kenderaan beroda dua pertama yang dikelaurkan secara besar-bsearan kepada orang awam, serta menjadi antara skuter pertama yang bergantung kepada kuasa enjin daripada injak kaki dengan kelajuan maksimumnya adalah 40 km/j.

Roda belakangnya digerakkan oleh omboh sebagaimana lokomotif kereta api.

Hanya beberapa ratus sahaja bilangan yang dikeluarkan dan harga yang mahal serta kesukaran teknikal menjadikan usaha sama tersebut satu kegagalan kewangan bagi kedua-dua Wolfmüller dan penyokong kewangannya, Hildebrand.

1919 Autoped Ever Ready

1919 Autoped Ever Ready
1919 Autoped Ever Ready.

Salsbury Motor Glide pula merupakan motosikal kecil yang dibina pada tahun 1936 di bahagian belakang kedai tukang paip dan pemanasan di Oakland,

California, oleh E. Foster Salsbury serta penciptanya inventor Austin Elmore.

Ia mempunyai badan bertutup serta transmisi automatik dan begitu berjaya sehinggakan pada tahun 1938 Salsbury memberikan lesen kepada beberapa pengeluar Eropah lain termasuklah Piaggio.

Motor Glide merupakan skuter era Zaman Meleset, yang menjadi piawaian kepada model seterusnya.

Salsbury menghasilkan skuter automatik pertama dengan sistem transmisi boleh laras berterusan (CVT).

Selepas Perang Dunia Kedua

Fuji Rabbit scooter
Fuji Rabbit.

Selepas Perang Dunia Kedua, kebanyakan pembuat kapal terbang semasa zaman perang mula membina skuter dan ini mencetus ledakan industri motosikal Jepun.

Mitsubishi Silver Pigeon adalah sebuah skuter yang dibina dengan sebahagian besarnya daripada roda kapal terbang perang serta bahagian terbuang pesawat perang.

Ia berkongsi populariti dengan Fuji Rabbit keluaran Fuji Heavy Industries dari tahun 1946 sehingga 1968, merupakan skuter Jepun pertama yang mampu melepasi kelajuan 97 km/j.

Model seterusnya adalah antara yang tercanggih pada zaman tersebut, menampilkan penghidup elektrik, transmisi automatik serta sistem gantungan pneumatik.

Sambil ekonomi Jepun berkembang, permintaan terhadap skuter merosot dan Fuji beralih kepada industri kereta pada tahun 1958.

Walaupun tidak banyak diketahui di luar Jepun, Fuji Rabbit menjadi simbol nostalgia dalam budaya pop Jepun.

Vespa

Skuter 98 cc D' Ascanio
Skuter 98 cc D' Ascanio.

Di negara Itali pasca Perang Dunia Kedua, Piaggio Vespa membentuk piawaian bagi skuter di seluruh dunia selama 35 tahun. Dipatenkan pada April 1946, ia menggunakan reka bentuk serta bahan kapal terbang.

Skuter 98 cc D' Ascanio mempunyai pelbagai reka bentuk konsep radikal, termasuklah struktur penampung tegasan yang cantik.

Penukar gear ditempatkan di genggam hendal kiri untuk penunggangan yang lebih mudah. Enjin ditempatkan berhampiran roda belakang, tanpa memerlukan tali sawat pacuan.

Fork hadapan digantikan dengan lengan ayun yang serupa dengan roda kapal terbang bagi penukaran tayar yang lebih mudah.

Roda yang lebih kecil serta jarak roda yang lebih pendek membolehkan skuter ini dikendalikan di lorong sempit serta semasa kesesakan jalan raya.

Dengan menggabungkan unsur-unsur terbaik dalam reka bentuk automotif, aeronautik dan motosikal, dengan pantas Vespa menjadi ikon reka bentuk dan ekonomi.

Nama tersebut dilaporkan hasil daripada percakapan presiden Piaggio semasa melihat prototaipnya, lalu berkata 'Sembra una vespa' yang bermaksud, 'Ia kelihatan seperti seekor tebuan.'

1952 Lambretta 125 D

1952 Lambretta 125 D
1952 Lambretta 125 D.

Berbulan-bulan kemudian selepas pelancaran Vespa, pada tahun 1947, Innocenti memperkenalkan Lambretta yang menjadi pesaing utama.

Skuter tersebut direka bentuk oleh Innocenti, Pengarah Amnya Giuseppe Lauro dan jurutera Pierluigi Torre, yang mula dikeluarkan pada tahun 1947 semasa Pertunjukan Motor Paris.

Lambretta 'A' dikeluarkan pada 23 Disember 1947 serta terjual sebanyak 9,000 unit setahun yang jimat bahan api, dengan kadar penggunaan petrol 68-76 km/liter.

Kelajuan maksimumnya ialah 72 km/j, menggunakan enjin 123 cc sejukan udara. Nama Lambretta diambil sempena kawasan kejiranan di Milan di mana kilang Lambretta terletak.

1983 Honda Beat

Honda Ruckus
Honda Ruckus.

Pada tahun 1980an versi terbaru skuter mula dikeluarkan dan menjadi popular terutamanya di Jepun dan negara Asia Timur Jauh.

Gaya skuter sebegini mula menampilkan gaya motosikal berprestasi tinggi pada masa tersebut, malah ia berterusan sehingga kini.

Dengan pelancaran Honda Ruckus, satu trend baharu ke arah skuter "dirt-bike" hanyalah sekadar permulaan sahaja.

Pada tahun 1988, Honda memperkenalkan reka bentuk skuter kembara yang besar iaitu Honda Helix 250 cc (juga dipanggil Spazio, Fusion atau CN250).

Walaupun ia berat untuk dikendalikan pada kelajuan rendah, ia direkabentuk untuk penunggangan jarak jauh yang selesa.

Kini, hampir kesemua pengeluar skuter utama menghasilkan model sedemikian, dipanggil skuter "maksi", "GT" atau "kembara".

Skuter terbesar di dunia ialah Gilera GP 800, skuter dengan enjin 840 cc yang mampu memecut 100 km/j dalam masa 5.7 saat.

Skuter maksi

Honda Helix 250 cc
Honda Helix 250cc.

Satu lagi trend terkini adalah ke arah skuter yang lebih besar, dipanggil skuter maksi, dengan saiz enjin antara 250cc sehingga saiz terbesar buat masa sekarang iaitu 839cc (Gilera GP 800), serta menggunakan kerangka yang lebih besar daripada skuter bersaiz biasa.

Trend ini bermula pada tahun 1985 semasa Honda memperkenalkan CH250 Elite/Spacy.

Beberapa tahun kemudian, Suzuki melancarkan Burgman 650, Honda (600 cc), Piaggio, Yamaha, Aprilia, Kymco (700 cc) serta pengeluar lain turut mengeluarkan skuter besar dengan sesaran enjin di antara 400cc hingga 850cc.

Skuter maksi yang lebih canggih dan lebih mahal berbeza daripada skuter tradisional dari segi susunan enjin yang terletak pada kerangka dan bukannya pada lengan ayun.

Susunan sebegini mampu menambah baik pengendaliannya, dengan membenarkan pusat graviti dialihkan ke hadapan serta dengan memberikan kurang tekanan pada penyerap hentak belakang.

Sistem pacuan akhir diperlukan bagi menghubungkan sistem klac dengan roda belakang.

Trend ke arah skuter besar dan lebih berkuasa dengan transmisi automatik sepenuhnya ini dipadankan dengan trend baru dalam reka bentuk motosikal dengan bayangan motosikal bertransmisi automatik dengan ruang barangan di dalam.

Contohnya, motosikal Aprilia NA 850 dengan transmisi automatik yang menyediakan ruangan barangan di dalamnya yang mampu memuatkan sebiji topi keledar bermuka penuh.

Skuter elektrik

Peugeot Scoot'Elec
Peugeot Scoot'Elec.

Pada tahun 1996, Peugeot melancarkan Scoot'Elec, motosikal moped elektrik pertama. Ia digerakkan oleh motor DC 2.8 kW yang mendapat kuasanya dari sebiji bateri 18V, 100Ah yang terdiri daripada 3 "monobloc" nikel - kadmium Saft.

Kebanyakan bahagian badan serta gantungan menggunakan bahagian daripada skuter permulaan Peogeot, Zenith.

Namun demikian, kerangkanya sedikit berbeza, dibina di sekeliling "buai kembar", serta memegang bateri bi bahagian bawah dan di antara kaki penunggang, tersembunyi di belakang kaki.

Di bawah tempat duduk merupakan alat kawalan elektronik, pengecas serta kabel pengecas dengan plag piawai. Pengecas pantas (1,400 Watt) menggunakan bekalan arus ulang-alik 230V.

Masa mengecas dari kosong sehingga 95% penuh adalah 2 jam, manakala masa mengecas sepenuhnya adalah 3 jam.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: wikipedia

Tuesday, September 03, 2019

Sejarah Penciptaan Vespa Dan Kenapa Skuter Ini Sangat Istimewa

Sejarah Penciptaan Vespa Dan Kenapa Skuter Ini Sangat Istimewa

Skuter telah diperkenalkan sebagai alternatif dunia automobil sekitar tahun 1947 di Eropah yang teruk mengalami kemusnahan akibat Perang Dunia. Ia dihasilkan untuk kegunaan orang ramai dan dengan cepat menjadi salah satu fenomena dunia pengangkutan sehingga abad ke 20.

Paperino MP 5
Paperino MP 5.

Vespa bermaksud “tebuan” dalam bahasa Itali dan ia adalah hasil keazaman Enrico Piaggio yang mahu menghasilkan pengangkutan alternatif untuk orang ramai. Bila peperangan mencapai detik penghujungnya, beliau mula memikirkan langkah untuk menghidupkan kembali kilang-kilangnya yang telah terjejas akibat perang.

KISAH BERMULA

Piaggio telah diasaskan di Genoa pada tahun 1884 oleh Rinaldo Piaggio yang sewaktu itu berusia dua puluh tahun.

Aktiviti pertama syarikat ini ialah membuat kemasan untuk kapal-kapal persiaran mewah. Piaggio juga menghasilkan gerabak kereta api, van barangan, bas-bas mewah, enjin, tram dan badan trak kegunaan khas.

Perang Dunia l telah mengubah hala tuju banyak syarikat termasuk Piaggio. Syarikat ini mula menghasilkan pesawat terbang.

Piaggio telah membeli kilang baru di Pisa, dan empat tahun kemudian mengambil alih sebuah kilang kecil di Pontedera yang kemudiannya menjadi pusat pengeluaran aeronatikal (kipas, enjin dan pesawat), selepas Perang Dunia ll menyaksikan kelahiran Vespa.

DARI INDUSTRI AERONATIK KE PENGANGKUTAN PERIBADI

Perang telah mengubah banyak perkara dalam ekonomi Itali juga kepada Piaggio. Fasiliti pembuatan Pontedera menghasilkan pesawat P 108 yang dilengkapi dengan empat enjin 1,500bhp keluaran Piaggio. Ia dikeluarkan dalam versi penumpang dan juga pengebom.

Namun kemudahan di Tuscany (Pontedera dan Pisa) juga merupakan sasaran penting ketenteraan dan pada 31 Ogos 1943 ia telah dimusnahkan oleh pasukan pengebom udara Tentera Bersekutu.

Sebelum pihak Jerman berundur, mereka juga telah memasang bom pada struktur tiang-tiang bangunan bagi memastikan ia musnah sepenuhnya.

Bagi membina semula kilang di Pontedera, Enrico Piaggio meminta pihak bersekutu yang berpangkalan di sebahagian kilang Piaggio membawa balik peralatan kilang yang ada di Jerman dan Biella, di utara Itali.

Ia dijalankan dengan pantas dan Armanado serta Enrico memulakan usaha memulihkan seluruh fasiliti. Tugas getir terpaksa dihadapi oleh Enrico yang bertanggungjawab terhadap kilang di Pontedera dan Pisa.

Keputusan Enrico untuk menceburi perniagaan mobiliti ringan adalah berdasarkan penilaian beliau terhadap keadaan ekonomi dan sosiologi semasa. Ia juga hasil kerjasama jurutera penerbangan dan pereka terkenal, Corradino D’Ascanio (1891-1981).

ASAL-USUL SKUTER

Skuter mula dihasilkan berdasarkan motosikal kecil untuk kegunaan pasukan payung terjun. Prototaip pertama dikenali dengan nama MP 5, juga digelar “Paperino” (Donald Duck dalam bahasa Itali), kerana bentuknya yang ganjil. Enrico bagaimanapun tidak menyukainya dan meminta Corradino merekanya semula.

Jurutera pesawat itu bagaimanapun tidak sukakan motosikal. Beliau berpendapat ianya terlalu gemuk dan tidak selesa ditunggang, juga kesukaran menukar tayar jika bocor. Lebih teruk penggunaan rantai untuk pacuan menjadikannya cukup kotor.

Sebagai jurutera pesawat beliau berusaha untuk menukar sistem rantai kepada sistem yang lebih efisien, tuil gear pula diletakkan di bar hendal untuk kemudahan dan penukaran tayar yang lebih mudah dengan menggunakan lengan khas seperti kegunaan pesawat menggantikan fork.

Akhir sekali beliau merekabentuk bahagian badan yang mampu melindungi penunggang dari kotoran dan angin yang menjadikan Vespa sebuah skuter yang boleh ditunggang dengan selesa dan selamat berbanding motosikal biasa yang lebih tinggi.

Corradino cuma memerlukan beberapa hari sahaja untuk menghasilkan lakaran idea beliau dan Vespa pertama dihasilkan di Pontederaa April 1946.

Kali pertama Enrico melihat prototaip MP 6 ini beliau mengatakan yang skuter ini kelihatan seperti tebuan dengan bahagian yang kecil di tengah. Nah, hasilnya lahirlah Vespa.

Ia dipatenkan oleh Piaggio pada 23 April 1946 sebagai sebuah motosikal dengan organ yang kompleks dan elemen badan yang menutup sepenuhnya semua komponen mekanikal.

Dalam masa yang singkat ia diperkenalkan kepada umum dengan reaksi yang pelbagai. Tanpa ragu-ragu Enrico memulakan pengeluaran pertama sebanyak 2,000 unit Vespa 98cc.

Penampilan pertama Vespa ini dilakukan di kelab Golf Rome yang elegan disaksikan oleh pemerintah tentera bersekutu, Jeneral Stone dari Amerika Syarikat.

KERAGUAN BERTUKAR KEPADA KEYAKINAN

Vespa 125
Vespa 125.

Pengeluar-pengeluar lain dan pakar ekonomi mempunyai dua pendapat berbeza. Satu pihak menyatakan yang Vespa merupakan satu idea yang bijak manakala satu pihak lagi dalam keadaaan ragu-ragu, tetapi hanya untuk seketika bila Vespa terbukti cukup laris di pasaran.

Tahun berikutnya, Vespa 125 pula muncul dan menjadi cukup popular sekaligus mengambil tempat Vespa 98cc sebelumnya.

Keajaiban Vespa menjadi kenyataan dengan peningkatan jumlah pasaran. Dalam tahun 1946, Piaggio memasarkan sebanyak 2,484 unit skuter baru ini. Tahun berikutnya ia meningkat kepada 10,535 unit, dan pada tahun 1948 ia telah mencapai angka 19,822 unit!

Bila pemegang lesen di Jerman mula menghasilkan Vespa pada tahun 1950, keluaran meningkat kepada 60,000 unit dan tiga tahun selepas itu 171,200 unit telah dikeluarkan dari kilang pemasangan.

Pasaran luar negara mula menyedari kehadiran Vespa dan mengikuti perkembangannya dengan penuh minat. Begitu juga dengan penggiat media. The Times menggelarkannya “Produk Itali yang sebenarnya, sesuatu yang tidak pernah dilihat sejak dari zaman Pedati Rom”.

Enrico Piaggio menggiatkan lagi usaha mempopularkan Vespa di Eropah dan seluruh dunia dengan mewujudkan jaringan pengedar dan pusat servis yang efisien. Antara inisiatif yang penting ialah mewujudkan kelab-kelab Vespa.

Menjelang tahun 1953, terdapat lebih dari sepuluh ribu pusat servis Vespa di seluruh dunia. Ahli kelab Vespa pula mencecah 50,000 orang. Pada tahun 1951, 20,000 ahli telah menghadiri Vespa Day di Itali.

Vespa juga cukup sinonim dengan kebebasan sosial dana ruang. Ia menjadi simbol gaya hidup dan telah menjadi bintang baik di dunia perfileman, sastera mahupun pengiklanan. Ia muncul di saat masyarakat sedang mengalami perubahan di seluruh dunia.

Pada 1950, Vespa mula membuka kilang baru di Jerman diikuti Sepanyol pada tahun 1953. Vespa terus membuka kilang-kilang baru seluruh dunia sehingga mencapai jumlah 13 negara kesemuanya.

Antaranya ialah Amerika Syarikat, India dan Brazil. Ia juga dipasarkan di 114 negara termasuklah Australia, Afrika Selatan, Iran, China dan banyak lagi.

1957, Kesatuan Soviet telah mengeluarkan skuter mereka yang bernama Viatka, yang merupakan klon kepada Vespa.

Vespa juga ditempah untuk pelbagai kegunaan termasuklah ketenteraan. Tentera Perancis pernah menempah Vespa khas yang dilengkapi senjata dan juga bazooka, sebahagian lagi pula untuk kegunaan pasukan payung terjun. Tentera Itali juga mempunyai Vespa untuk kegunaan yang sama.

KEJAYAAN DEMI KEJAYAAN

Piaggio Vespa LX
Piaggio Vespa LX.

Kejayaan demi kejayaan ditempa oleh Vespa. Pada November 1953, 500,000 unit Vespa telah dihasilkan, diikuti dengan pengeluaran sejuta unit pada Jun 1956. 1960 ia berganda kepada 2 juta unit dan meningkat kepada 4 juta unit dalam tahun 1970.

Sebagai rekod dari tahun pengeluaran pertama 1946 hinggalah 1965 (tahun Enrico Piaggio meninggal dunia), 3,350,000 unit Vespa telah dihasilkan di Itali sahaja: nisbah satu unit untuk 50 penduduk Itali.

Vespa juga pernah mengharungi pelbagai pengembaraan di seluruh dunia termasuklah perlumbaan Paris-Dakar yang terkenal dan juga perlumbaan 24-jam Le Man.

Ia juga muncul bersama berpuluh bintang filem dalam filem-filem terkenal di Hollywood seperti “American Grafitti”, “The Talented Mr. Ripley”, “102 Dalmatians”dan banyak lagi.

Hari ini, Vespa tidak lagi dianggap sebuah motosikal biasa. Ia adalah ikon 2 roda yang dimiliki kerana sentuhan dan arca seni. Ia dianggap sebuah skuter “gaya hidup” yang mungkin tidak laju, ia mungkin mahal kata anda tetapi selepas mengharungi sejarah ikonik yang panjang, Vespa adalah jenama istimewa yang tak sama dengan yang lain.

Walaupun banyak jenama yang cuba untuk menghasilkan sesuatu sepertinya ternyata ia tidak dapat menyamai apa yang telah dicorakkan oleh tamadun skuter moden ini. Ia cukup berbeza.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mekanika

Wednesday, August 28, 2019

8 Panduan Dan Tips Penjagaan Skuter

8 Panduan Dan Tips Penjagaan Skuter

Skuter merupakan sejenis motosikal yang secara tradisionalnya mempunyai ciri-ciri seperti kerangka "boleh langkah" (step-through), roda yang saiznya tidak melebihi 16 inci, serta enjin yang terletak di bahagian belakang bawah penunggang.

Skuter Peugeot Kisbee 4T RS
Peugeot Kisbee 4T RS.

Walau bagaimanapun, terdapat juga reka bentuk skuter lebih moden yang turut menerapkan ciri-ciri bagi klasifikasi motosikal lain ke dalamnya.

Amalkan memeriksa dan meluangkan masa meneliti setiap bahagian skuter anda. Ikuti jadual penjagaan dicadangkan pengeluar skuter, menggunakan pelincir dan alat ganti tulen dan berkualiti.

1. Penukaran minyak hitam

Dilakukan mengikut jarak yang dicadangkan pengeluar iaitu 4,000-5,000 km atau mengikut kekerapan perjalanan.

Contoh, kalau motor jalan 1,000 km tapi sudah sebulan guna minyak hitam tu, maka bolehlah tukar.

Walaupun motor belum sebulan tapi dah jalan 2000 km maka patut tukar juga.

Minyak hitam yang di syorkan: Shell VSX (kalau tak jalan jauh), Shell SX (long distance). Sebab VSX cepat kering kalau nak long distance.

Jadi, elak guna minyak yang cair macam VSX atau sebagainya jika nak buat long journey.

Penggunaan Shell VSX untuk skuter pilihan yang baik kerana kualiti Shell VSX adalah yang terbaik bagi rangkaian minyak pelincir Shell Advance.

Pelincir semi-sintetik ini mempunyai tahap kestabilan oksida yang lebih baik pada suhu operasi enjin yang tinggi dan ini menjamin prestasi serta perlindungan bagi enjin pada cuaca panas dan perjalanan jauh.

2. Servis air filter

Lakukan servis mencakupi pemeriksaan dan cucian elemen penapis udara. Servis Karburetor setiap 10,000 km dan disyorkan mencuci karburetor untuk membuang air terkumpul akibat wap petrol dan membuang habuk.

3. Penggantian palam pencucuh

Perlu ditukar setiap 10,000 km untuk memastikan percikan api sentiasa berada dalam keadaan baik.

4. Periksa Brek

Lakukan juga pemeriksaan menyeluruh terhadap jentera anda seperti tahap kehausan pelapik brek dan brake shoe.

5. Air Bateri

Periksa air bateri selalu dan pastikan ia berada ditahap mencukupi seperti ditandakan pada bateri dan tukar setiap dua tahun untuk memaksimakan penggunaannya.

6. Periksa keadaan belting

Tukar belting dalam kira 1,700 km. Lebih kurang dalam 2-3 bulan sekali. Tanda belting macam nak putus, bunyi cam tikus dekat crankcase.

Cuba check belting dengan melipat tali belting. Tengok kalau ada crack walaupun sikit. Bagus tukar terus sebelum putus.

Roller weight mesti di cuci dan di greasing sekurang-kurangnya sebulan sekali.

7. Minyak gearbox

Tukar 1st kalau boleh masa 500 km pertama sebab ketika inilah banyak geseran antara gigi-gigi gear.

Selepas itu terpulang, tapi bagi aku setiap 2 kali tukar minyak engine, aku tukar sekali minyak gearbox atau setiap 5000 km tapi max 10,000 km. Pendapat aku ye.

8. Pemeriksaan berkala

Periksa motosikal anda untuk mengenal pasti kerosakan kerosakan kecil yang lain sebelum ia merebak menjadi kerosakan lebih besar.

Sayangi motosikal anda dan cuba ambil masa untuk membersihkannya sendiri kerana ia membantu anda mengenal pasti kerosakan. Sentiasa pastikan setiap bahagian bergerak lancar dan dalam keadaan baik.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: FSA

Saturday, June 29, 2019

SF90 Stradale, Kereta Ferrari Paling Pantas Pernah Di Cipta

SF90 Stradale, Kereta Ferrari Paling Pantas Pernah Di Cipta

Syarikat automotif dari Itali kali ini kembali lagi dengan sebuah model terbaharu daripada mereka iaitu SF90 Stradale yang mana model ini merupakan kereta terpantas pernah dihasilkan jenama Ferrari.

SF90 Stradale Kereta Ferrari Paling Pantas
SF90 Stradale.

Mengulas dari segi enjin, Ferrari SF90 Stradale dilengkapkan dengan enjin V8 dengan 986 kuasa kuda dan apa yang membuatkan model ini unik adalah ianya dilengkapkan dengan teknologi plug-in hybrid.

Penyertaan tiga motor elektrik pada model ini membolehkan Ferrari SF90 Stradale menghasilkan 217 kuasa kuda tambahan daripada enjin V8 yang dilengkapi dengan 760 kuasa kuda.

Berdasarkan percubaan, model ini mampu memecut 0-100km/h dalam jangka masa 2.5 saat sahaja serta mampu bergerak dalam mood elektrik sepenuhnya sejauh 25km. Had kelajuan maksimum yang direkodkan pada model ini adalah 340km/h.

Ferrari pada kali ini turut menawarkan rekaan dalaman yang lebih moden dengan penyertaan skrin 16-inci pada harga USD$1.46 juta.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Tuesday, June 25, 2019

Ford Mustang Shelby GT500 2020, Model Terhebat Pernah Di Hasilkan!

Ford Mustang Shelby GT500 2020, Model Terhebat Pernah Di Hasilkan!

Sebut mengenai muscle car pastinya Ford Mustang antara yang menjadi sebutan buat peminat automotif dan kali ini, model ikonik buat Ford hadir dengan versi terbaru melalui model Mustang Shelby GT500 2020.

Mustang Shelby GT500 2020

Model ini bukan sahaja tampil dengan rekaan yang memukau malah diumumkan Ford sebagai model terhebat dan paling berkuasa pernah dihasilkan.

Dari segi enjin, Ford Mustang Shelby GT500 2020 dimuatkan dengan enjin V8 5.2 liter supercharged yang digabungkan bersama klac tujuh kelajuan dari Tremec.

Mengulas dari segi kelajuan, model ini mampu memecut 0-98km/h kurang daripada 3.5 saat serta mempunyai 760 kuasa kuda dan 847 Nm tork.

Menariknya, model ini berpeluang digunakan untuk beberapa keadaan berbeza mengikut tatapan seperti normal, slippery, sport, drag dan track.

Mustang Shelby GT500 2020

Dalam usaha memberi cengkaman brek yang kuat ketika memecut, Ford telah menyertakan brek daripada Brembo.

Setakat ini masih belum diketahui berapakah nilai yang bakal diletakkan Ford pada model terhebat mereka ini.

Walau bagaimanapun, harga mencecah jutaan ringgit antara dijangkakan melihat kepada spesifikasi yang ditawarkan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Thursday, June 06, 2019

Kerusi Keselamatan Kanak-kanak Dalam Kenderaan Akan Diwajibkan Bermula Tahun 2020

Kerusi Keselamatan Kanak-kanak Dalam Kenderaan Akan Diwajibkan Bermula Tahun 2020

Penggunaan kerusi keselamatan untuk bayi dan kanak-kanak di dalam setiap kenderaan akan diwajibkan bermula pada tahun 2020 bagi mengurangkan kadar kecederaan atau kematian akibat kemalangan jalan raya.

Kerusi Keselamatan Kanak-kanak

Penggunaan kerusi berkenaan haruslah bersesuaian dengan umur dan berat mereka serta diluluskan Suruhanjaya Ekonomi Bangsa-Bangsa Bersatu Eropah (UNECE).

Dalam tempoh tersebut, orang ramai akan dididik berhubung kepentingan menggunakan kerusi khas tersebut khususnya terhadap keselamatan bayi dan kanak-kanak sebelum peraturan itu dikuatkuasakan sepenuhnya.

Menurut kajian, pelanggaran berkelajuan 30 kilometer sejam, bayi yang sedang dipegang penumpang dewasa akan tercampak ke hadapan dan mengalami kecederaan juga boleh membawa maut.

Ini kerana, mereka yang tidak diikat dengan kemas di dalam kenderaan mempunyai risiko sehingga 84 peratus menyebabkan kematian sekiranya berlaku kemalangan.

Pada masa sama, penggunaan tali pinggang keledar tempat duduk belakang juga tidak boleh dipandang ringan.

Apabila sesebuah kereta sedang bergerak pada kelajuan 50 kilometer sejam, penumpang seberat 60 kilogram boleh menghentam tempat duduk hadapan dengan kesan impak sebanyak 2.4 tan.

Justeru, orang ramai dirayu supaya membiasakan diri dengan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak dan tali pinggang keselamatan tempat duduk belakang.

Sejarah Kerusi Keselamatan Kenderaan

Ford Model T muncul pada tahun 1908 dan adalah kenderaan pertama yang dihasilkan dalam jumlah yang besar pada harga yang mampu dimiliki orang ramai. Sebelum ini kereta hanya mampu dimiliki golongan berada.

Apabila orang ramai mula membawa kenderaan, masalah membawa kanak-kanak bawa umur secara selamat di dalam kenderaan juga wujud secara sekelip mata. Penyelesaian kepada masalah ini pertama kali direkodkan pada sekitar 1930an.

Pelbagai jenis kerusi kecil untuk kanak-kanak dicipta. Majoritinya hanya dicangkuk kepada kerusi hadapan kenderaan bagi memudahkan kaum ibu memandu kereta tanpa perlu risau keselamatan anak mereka.

Kerusi kanak-kanak awal yang dihasilkan tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan. Cangkuk pada belakang kerusi dengan mudah boleh tertanggal apabila berlakunya kemalangan. Rekaannya juga tidak cukup tegap dengan rekaan tali pinggang yang tidak sempurna.

Mengikut piawai keselamatan sekarang, kerusi kanak-kanak awal ini boleh dikategorikan sebagai perangkap maut. Ini adalah tidak mengejutkan kerana pada ketika ini penggunaan tali pinggang keledar di kalangan penumpang dewasa juga tidak dipandang serius.

Tali Pinggang Keledar

Tali pinggang keledar di paras pinggang mula dipatenkan pada tahun 1885. Ia kemudian digunakan oleh juruterbang pesawat Perang Dunia Pertama, namun tiada usaha dilakukan oleh pengeluar kenderaan untuk memasang tali pinggang keledar sehinggalah tahun 1949.

Syarikat kenderaan Nash menawarkan tali pinggang keledar hadapan sebagai aksesori tambahan pada tahun yang sama. Pada tahun 1958, Saab menjadi pengeluar kenderaan pertama yang meletakkan tali pinggang keledar di dalam kesemua kenderaan milik mereka.

Setahun selepas itu Volvo memperkenalkan tali pinggang tiga titik keselamatan yang kini digunakan oleh majoriti kereta beroda di seluruh dunia.

Sungguhpun data menunjukkan jumlah kematian dan kecederaan maut dapat dikurangkan secara drastik dengan penggunaan tali pinggang keledar, masih ramai pemandu enggan memakainya kerana dianggap menyusahkan.

Pihak berkuasa dunia juga tidak mewartakan undang-undang mewajibkan pemakaian tali pinggang keledar oleh penumpang kenderaan dan paling mengejutkan di kalangan pelumba kereta Formula 1 sendiri, pemakaian tali pinggang tidak mandatori sehingga dekad 70an.

Pelumba berani mati F1 merasakan tercampak dan meninggal dunia adalah lebih baik daripada mati terbakar kerana tidak mampu keluar daripada kenderaan selepas kemalangan. Lebih baik mati seperti Jochen Rindt daripada mati seperti Roger Williamson

Negeri Victoria di Australia mencipta sejarah pada tahun 1970 apabila mewajibkan pemakaian tali pinggang oleh pemandu dan kesemua penumpang.

Di Malaysia undang-undang mewajibkan pemakaian tali pinggang keledar oleh pemandu dan penumpang hadapan berkuat kuasa pada 1 Januari 1979.

Tali Pinggang Keledar Belakang

Pengguna tali pinggang keledar pada kerusi belakang sekali lagi dipelopori Volvo pada tahun 1967. Australia mewajibkan pemakaiannya oleh penumpang belakang pada tahun 1970.

Di Malaysia ianya hanya diwartakan pada tahun 2009 tetapi hanya dikuatkuasakan pada tahun 2012 selepas menerima tentangan orang ramai.

Sungguhpun begitu penguatkuasaan masih lagi lemah dan sehingga kini kami masih belum mendengar cerita sesiapapun disaman kerana tidak memakai tali keledar belakang di Malaysia.

Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak Moden

Kerusi keselamatan kanak-kanak moden yang direka bagi memastikan keselamatan penggunanya dicipta secara serentak pada tahun 1962. Di United Kingdom Jean Ames mencipta kerusi kanak-kanak yang menghadap belakang.

Pada waktu yang sama Leonard Rivkin mencipta kerusi kanak-kanak yang memandang ke hadapan di Denver, Amerika Syarikat.

Kerusi keselamatan moden ini mendapat sambutan menggalakkan kerana jumlah keluarga berkereta meletus pada dekad 60an.

Syarikat kenderaan kemudian menawarkan kerusi keselamatan kanak-kanak mereka sendiri kepada pelanggan sebagai aksesori tambahan. Sama seperti apa yang mereka lakukan pada suatu ketika dahulu dengan tali pinggang keledar.

Masalah Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak

Di awal penciptaan beberapa masalah besar mula kelihatan. Pertama sekali setiap kenderaan mempunyai sistem tali pinggang keselamatan berbeza. Tiada lagi badan yang melakukan penyeragaman pada dekad 60an.

Harus diingatkan pada waktu ini pemakaian tali pinggang masih belum diwajibkan lagi di seluruh dunia. Kerusi pada setiap kenderaan juga mempunyai rekaan yang tidak seragam ini semakin menyukarkan proses memasang kerusi keselamatan di dalam kenderaan.

Sistem awal yang digunakan memerlukan anda melilit tali pinggang belakang pada beberapa cangkuk yang ada pada kerusi.

Dalam beberapa pemeriksaan yang dilakukan, hampir 80% kerusi keselamatan yang dipasang menggunakan sistem ini tidak dipasang dengan betul. Sekiranya kemalangan berlaku kecederaan terhadap si kecil tidak dapat dielakkan.

Masalah ini berlanjutan selama beberapa dekad sehinggalah sistem ISOFIX diperkenalkan pada tahun 1997.

Sistem ISOFIX dibangunkan oleh Volkswagen dan Britax. Dengan sistem ISOFIX, kerusi keselamatan disambungkan kepada dua pencangkuk terbina pada kerusi belakang kenderaan yang menyokongnya.

Dengan penggunaan sistem sambungan ini pengguna tidak perlu lagi melilit tali pinggang pada kerusi. Hanya tolak dan kuncikan kerusi pada cangkuk ISOFIX

Dengan penggunaan kerusi keselamatan jumlah kematian dan kecederaan kanak-kanak akibat kemalangan berkurangan dengan mendadak. Tiada lagi bayi tercampak keluar dari kereta seperti yang kerap kita dengari di Malaysia.

Kematian akibat kemalangan berkurangan tetapi kerusi keselamatan mengakibatkan peningkatan kematian akibat kelalaian ibu bapa.

Di Amerika Syarikat hampir 50 kematian dilaporkan setiap tahun apabila si kecil ditinggalkan di dalam kereta. Ibu bapa terlupa bahawa anak mereka diletakkan di kerusi belakang ketika memandu.

Di Malaysia kes kematian Nawal Iris Samsudin menjadi isu sensasi pada tahun 2013. Ibu beliau terlupa bahawa Nawal belum dihantar ke pusat jagaan kanak-kanak. Beliau tertinggal di dalam kereta hampir tujuh jam sebelum si ibu menyedari anak beliau sudah meniggal dunia apabila pulang semula ke kereta di akhir waktu bekerja.

Ini diikuti pula oleh kematian Muhammad Arif Mohd Yusof (3) yang juta meninggal dunia selepas ditinggalkan di dalam kereta oleh bapa yang tergesa-gesa untuk menghadiri mesyuarat guru di sekolah.

Beberapa lagi kes tragis seperti Nawal berlaku di Malaysia selepas itu. Ibu bapa terlupa ialah sebab utama mengapa nyawa kanak-kanak terkorban di dalam kerusi keselamatan.

Pemintaran Kerusi Keselamatan

Kerusi Keselamatan Kanak-kanak

Akibat insiden tragis seperti di atas semakin meningkat sekali lagi kerusi keselamatan kanak-kanak mengalami evolusi. Penggunaan peranti pintar yang semakin menyeluruh memudahkan rekaan kerusi kanak-kanak pintar dihasilkan.

Kami pernah memaparkan sistem Gabriel yang dibangunkan oleh Opel. Gabriel terdiri daripada alat pengesan dan anak kunci yang sentiasa berhubungan di antara satu sama lain. Pengesan diletakkan di bawah kerusi keselamatan kanak-kanak. Anak kunci pula diletakkan sekali dengan kunci kereta.

Apabila jarak di antara dua komponen Gabriel bergerak melebihi 5 meter dan ia mengesan bayi masih di dalam kerusi penggera pada anak kunci akan bergema. Ia akan mengingatkan ibu bapa bahawa anak mereka tertinggal di dalam kereta.

Intel juga tidak ketinggalan dengan memperlihatkan Intel Smart Clip yang turut mempunyai fungsi yang serupa.

Di United Kingdom Carkoon dihasilkan bagi meningkatkan lagi tahap keselamatan bayi di dalam kerusi. Kerusi keselamatan ini mempunyai sistem beg udara terbina yang menutup keseluruhan tubuh bayi apabila pelanggaran berlaku.

Apabila beg udara terbuka ia turut mempunyai sistem udara selama 20 minit bagi memastikan bayi tidak lemas di dalam kepompong yang menutupi tubuhnya. Tidak cukup dengan itu, Carkoon juga diperbuat daripada kevlar kalis peluru.

Setiap generasi kerusi keselamatan kanak-kanak mengalami evolusi yang mempertingkatkan keselamatan dan keselesaan bayi. Tetapi kesemua kemajuan dari segi teknologi ini tidak akan berguna sekiranya ia tidak digunakan.

Penggunaan Di Malaysia

Di Malaysia masih tidak ada undang-undang mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak di dalam kenderaan. Faktor ekonomi dan ruang menjadi isu penghalang undang-undang ini diwartakan.

Sebagai seorang bapa kepada seorang anak saya cukup memahami dilema yang melanda ibu bapa yang mempunyai bayi. Terpaksa membuat pilihan barangan bayi mana yang lebih perlu dibeli dahulu kerana faktor kesempitan wang.

Bercakap dari pengalaman peribadi, ianya jauh lebih sukar dari memilih komponen PC pertama ketika di kolej dahulu.

Selepas insiden kemalangan DUKE tempohari adakah kini tiba masanya kerajaan mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan? Dari sudut PR inilah masa terbaik untuk melakukannya kerana isu yang masih hangat.

Setiap tahun ramai penumpang hadapan mati akibat dirempuh penumpang belakang yang tidak memakai tali pinggang tetapi ramai yang masih enggan memakai tali pinggang keledar. Setiap tahun juga kita akan mendengar cerita bayi tercampak dan meninggal dunia.

Kita akan sedih kemudian marah sebelum kembali semula kepada tidak peduli. Ini adalah reaksi biasa rakyat Malaysia apabila timbul isu hangat nasional. Lumrah manusia yang tidak dapat dielakkan.

Persoalannya berapa liter darah harus mengalir, berapa biji tengkorak kecil harus pecah seperti tembikai dan berapa liang lahad mini harus dikambus sebelum kita semua bersetuju bahawa penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak wajib digunakan seluruh negara?

Saya tiada jawapan kepada persoalan ini tetapi saya akan berusaha untuk tidak menyumbang kepada statistik dengan menggunakannya setiap kali memandu puteri saya di dalam kereta.

Anda pula bagaimana?

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2