Sep 23, 2014

SR1M, Sim Kad Rakyat 1Malaysia Terbaru

Dapatkan Sim Pack SR1M. Memperkenalkan talian baru untuk rakyat Malaysia, Sim Kad Rakyat 1Malaysia (SR1M)!

SR1M Sim Kad Rakyat 1Malaysia [2]

Kadar rendah yang hanya ditawarkan melalui SR1M akan secara tidak langsung memberi harapan baru kepada rakyat atau golongan berpendapatan rendah untuk menggunakan sistem telekomunikasi yang terkini dan canggih seperti perkhidmatan jalur lebar dan 4G.

Ini sekaligus akan merealisasikan harapan kerajaan untuk menggalakkan penggunaan telefon pintar melalui SR1M oleh setiap rakyat di negara ini.

Mengenai SR1M

Sejajar dengan usaha kerajaan dalam menyediakan kehidupan yang lebih sempurna dengan memperkenalkan produk-produk 1Malaysia, maka Sim Kad Rakyat 1Malaysia (SR1M) akan menambahkan satu lagi produk 1Malaysia yang secara jelas memberi manfaat kepada rakyat Malaysia.

Produk SR1M yang bakal diperkenalkan ini bukan sahaja akan ditawarkan dengan harga rendah malah ianya juga mempunyai kualiti yang setanding dengan jenama lain yang menyediakan perkhidmatan yang sama di Malaysia.

Sasaran pengguna utama adalah daripada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana tidak kira di luar bandar atau di bandar.

Pengguna daripada kalangan lepasan sekolah pula merupakan golongan sasaran kedua yang berpotensi untuk menikmati kadar rendah SR1M.

Selain daripada itu, usaha mencambahkan peniaga Bumiputera yang baru dalam bidang telekomunikasi juga amat dititikberatkan dalam menjayakan program ini.

Produk Simkad Rakyat 1Malaysia ini pastinya akan memberi banyak manfaat kepada pengguna atau rakyat samada secara langsung atau tidak langsung.

Antara manfaatnya ialah dengan pewujudan produk ini maka akan membuka akses golongan berpendapatan rendah terhadap dunia telekomunikasi yang terkini iaitu dengan perkhidmatan jalur lebar, 4G dan sebagainya.

Akses kepada lebuhraya maklumat akan berada di hanya hujung jari selain memudahkan hubungan dua hala antara pengguna di bandar dengan penguna di luar bandar.

Inisiatif ini adalah merupakan hasil usaha pihak Optic Tech Sdn Bhd sebagai pengedar tunggal dengan kerjasama Clixster sebagai rakan kongsi dalam menyediakan jaringan telekomunikasi yang terkini dan mampu milik untuk rakyat Malaysia.

Ciri-ciri SR1M

1. Tiada Pelan, Tiada Komitmen

Kadar rendah SR1M

Tidak perlu mendaftar dalam mana-mana pelan untuk menikmati kadar rendah yang ditawarkan.

2. Kadar Rata Ke Seluruh Negara

Nikmati kadar rata panggilan ke seluruh negara bersama 20% rebat kredit untuk setiap isian semula dari pengedar berdaftar SR1M.

3. Kualiti Liputan & Rangkaian

SR1M menawarkan liputan rangkaian di seluruh Malaysia setaraf dengan pembekal rangkaian sedia ada.

Panduan Pengguna SR1M

1. Cara menambah nilai SR1M

Tambah nilai di mana-mana pengedar SR1M yang memaparkan tanda SR1M yang terdapat di pelbagai lokasi di seluruh negara, termasuk di cawangan pengedar SR1M dan kedai serbaneka terpilih.

Anda boleh menambah nilai pada bila-bila masa dan di mana jua supaya anda boleh terus berhubung dengan kenalan anda.

2. Cara memeriksa baki SR1M

Anda boleh memeriksa baki dengan menekan *126# dan kemudian tekan butang panggil.

3. Nombor USSD

*126# dan tekan butang panggil untuk Pertanyaan Baki.
*129# dan tekan butang panggil untuk Menu Pengguna.

4. Khidmat pelanggan

Hubungi talian 011-2211-3311 untuk mendapatkan khidmat pelanggan SR1M.

BACA INI JUGA: SR1M, Sim Kad Rakyat 1Malaysia Akhirnya Dilancarkan

Sumber: SR1M.com.my

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

31 comments

Bagus SR1M ni. Boleh nak cuba juga nanti.

Beli, jangan tak beli. SR1M terdahulu ada yang free internet sampai sekarang..hehe

Nampak menjimatkan juga kan.. betul2 berbaloi ni..

Bagus! Tapi kenapa tidak diwar2kan secara meluas! Harap2 perkhidmatannya bagus hingga keluar bandar.

Saya pun dah tanya kat kedai jual hphone tapi nampaknya belum ada dipasaran. Kita nantikan bersama. Tapi biasanya cepat habis..:)

SR1M masih belum dilancaarkan secara rasmi buat masa ini dan akan dilancarkan secepat mungkin..sesiapa yang berminat untuk menjadi dealer kami di seluruh negeri selangor, sila add friend kami di facebook atas nama AL Sb..pm kami nama dan nombor telefon..cepat sebelum kawasan anda disambar oleh dealer lain yg telah berdaftar dengan kami.

SR1M Simkad Terbaru Untuk Rakyat... Jadi org pertama memiliki Simkad Rakyat 1Malaysia ini.. PM saya utk beli dan Pilih Nombor kesukaan Anda di website berikut: http://SR1M.blogspot.com ... Thanks... Reseller setiap Kawasan Diperlukan...!!!

ada 4G? Clixster pun tkde 4G... Funny

Jika sapa2 yang berminat dengan Sim SR1M boleh whatsapp sy dengan segera..memang berbaloi2..puas hati..0164807146

Cuba contact dealer komen kat atas tu, rasanya dia ada info lebih terperinci..:)

Nak beli bleh Wassap 0133202513 (Wassap sahaja)

area mana bro

Kalau 1mb rm 0.05 maksudnyA 1gb@1000mb adalah rm50. Betol tak

Harga berapa sim ni

Berapa harga 1 sim kad

ada lg ke stok sr1m ni?
wassap no 0129680568

caj panggilan mcm mana?

Macam mana nk dptkan topup..boleh tak sesapa share info...nk sgt beli..tp takut susah nk dpt topup

slm..tanya sikit..kalau nk langgan internet rm17,kena topup 30 atau 20 je?

pening dah aku nih.

macam-macam simkad dah ada sekarang.

yang ni nak topup pakai syarikat mana?

dulu 1malaysia punyae ..sekarang dengan clixster laak..clixster sebelum nie poin adaao problem..kata olang s aknan bak ketrgeori bankrupts kata oarang laa..mykifayah dengan clicster poin dah bagi problems..sekarang mykifayah sendirian..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon