Saturday, December 15, 2018

Kereta Ditarik Bank: Ketahui Proses Di Bawah Akta Sewa Beli 1967


Sebelum ini terdapat satu video viral yang mengenai ketidakpuasan hati seorang tuan punya kereta terhadap penarik kereta yang memperlihatkan tuan punya kereta tersebut telah melanggar dari belakang sebuah kereta lain yang berkemungkinan kepunyaan penarik kereta.

Kereta Ditarik Bank

Kita tidak ingin membincangkan siapakah yang bersalah didalam kes ini. Apa yang ingin diterangkan sedikit sebanyak proses penarikan balik kereta oleh pihak Bank.

Pertama, kita perlu dan kena tahu, bilamana kita memasuki Perjanjian Jual Beli dengan pihak Bank, maka, kereta yang terlibat bukan milik kita. Hak milik adalah dituntut oleh pihak BANK.

Selagi hutang bank tidak dijelaskan sepenuhnya kepada pihak bank maka terimalah hakikat bahawa kereta tersebut adalah milik pihak BANK.

Pun demikian, pihak bank bukanlah sewenang-wenangnya boleh menarik balik kereta kita. Terdapat beberapa proses yang perlu diikuti oleh pihak bank.

Bilakah pihak Bank boleh memulakan proses tarikbalik kereta anda?

Jawapannya adalah, bila mana anda mempunyai kemungkiran pembayaran ansuran 2 kali berturut-turut, pihak Bank akan mengeluarkan dan menyerahkan Notis Jadual Keempat kepada anda melalui alamat sebagaimana didalam Perjanjian Jual Beli atau alamat terakhir yang dimaklumkan kepada pihak Bank oleh anda.

Keadaan ini terpakai sekiranya jumlah baki pinjaman belum mencapai tahap 75% dari jumlah keseluruhan jumlah pinjaman.

Tetapi sekiranya anda mempunyai kemungkiran bayaran ansuran 2 kali berturut-turut dan anda telah membayar harga tunai keseluruhan kereta melebihi 75%, maka selain mengeluarkan Notis Jadual Keempat, pihak Bank perlu mendapatkan Perintah dari Mahkamah.

Proses ini akan mengambil masa dan sekiranya anda mempunyai kesedaran, cubalah menyelesaikan tunggakkan yang ada.

Perlu diingat bahawa Notis Jadual Keempat memberikan tempoh 21 hari kepada anda untuk membuat penyelesaian dan selepas tamat tempoh 21 hari, sekiranya anda masih tidak menyelesaikan tunggakan, Bank hendaklah mengeluarkan Notis Niat Menarikbalik Kenderaan di bawah Peraturan 15 Peraturan-Peraturan Sewa Beli (Permohonan Permit dan Tatacara Pemilikan Semula Barangan) 2011 yang memberikan masa selama 14 hari kepada anda untuk membuat penyelesaian.

Hanya selepas tamat tempoh 14 hari Notis Peraturan 15 itulah Bank boleh mengeluarkan perintah penarikan balik kenderaan kepada Ejen Perolehan Semula (EPS).

Masalah yang selalu timbul adalah semasa EPS hendak menarikbalik kereta anda, seringkali berlaku ketidakpatuhan samada dipihak anda sendiri mahupun dipihak EPS.

Di sini beberapa fakta mengenai EPS.

1. EPS tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Sewa Beli (Permohonan Permit dan Tatacara Pemilikan Semula Barangan) 2011.

2. Semua ejen EPS hendaklah mempunyai permit yang sah yang dikeluarkan oleh Kementerian.

3. Apabila hendak menarikbalik kenderaan, EPS hendaklah:
  • mengemuka dan menunjukkan permit yang sah,
  • mengemuka dan menunjukkan kad pengenalannya dan
  • mengemukakan perintah pemilikan semula daripada bank atau daripada Mahkamah.

EPS wajib berjumpa dengan anda semasa hendak menarik kereta. Laporan polis tidak diperlukan oleh EPS untuk menarik kereta atau selepas menarik kereta anda.

Apabila berlakunya penarikan, peminjam dinasihatkan untuk meminta salinan perintah penarikan, melihat kad kuasa penarikan agen yang sah dan mendapatkan butir-butir diri agen penarikan bagi mengelakkan berlaku kecurian atau penipuan.

Jika tidak keberatan diminta peminjam pastikan bahawa agen membuat repot polis di balai.

Kerap terjadi penipuan dimana pencuri kenderaan mengambil kesempatan diatas kelalaian ini.

Peminjam dinasihatkan agar jangan cuba membayar ‘wang kopi’ kepada agen yang menarik kereta kerana selalunya pihak bank akan mengeluarkan perintah penarikan kepada beberapa agen yang sah.

Membayar wang kopi tidak menyelesaikan masalah anda dan ianya diketogerikan sebagai RASUAH kerana agen hanya boleh mendapat upah daripada syarikat atau bank dan untuk mengelakkan daripada dikenakan bayaran atau cas yang melampau oleh pihak agen penarikan.

4) EPS hanya boleh menarik kenderaan dari jam 9 pagi hingga 9 malam.

Semasa pihak EPS hendak menarik kereta anda, jangan panik, jangan menangis, anda sepatutnya sudah menjangkakan bahawa suatu hari nanti pihak Bank pasti akan menarik kereta anda sekiranya terdapat tunggakan.

Apa yang perlu anda buat semasa kereta ditarik adalah catatkan perkara-perkara berikut.
  • nama ejen,
  • nombor permit,
  • nama dan alamat bank dan
  • tempat menyimpan kenderaan yang ditarik.

Selepas kereta anda ditarik oleh pihak Bank, masalah anda tidak habis disitu sahaja. Anda perlu berusaha untuk membayar jumlah tunggakan yang ada bagi membolehkan anda mendapat kembali kereta anda.

Pihak Bank akan mengeluarkan Notis Jadual Kelima dengan memberikan tempoh 21 hari kepada anda untuk menyelesaikan tunggakan dan/atau keseluruhan hutang.

Notis Jadual Kelima juga akan disertakan suatu notis penerimaan kereta yang ditarik yang mesti menyatakan jenis kereta yang ditarik, bila ditarik dan tempat ditarik.

Jika tamat tempoh 21 hari tersebut penyewa masih tidak menyelesaikan tunggakan dan tidak mengambil semula kenderaan, maka anda bertabahlah kerana pihak Bank boleh melelong kereta anda dengan mengeluarkan Notis Lelongan dengan menyatakan tarikh, masa dan tempat lelongan yang akan dijalankan.

Anda perlu ingat juga bahawa sekiranya jumlah lelongan kereta masih tidak dapat menampung jumlah hutang pinjaman, pihak Bank berhak untuk meneruskan prosiding seterusnya ke Mahkamah bagi mendapatkan lebihan hutang, masalah anda masih belum selesai.

Berbalik kepada tindakan EPS yang sekiranya terdapat penyalahgunaan kuasa atau menggunakan kekerasan semasa proses penarikan kereta, anda boleh membuat aduan kepada pihak Bank dan pada masa yang sama anda juga boleh membuat aduan kepada pihak Bank Negara Malaysia.

Siasatan dan tindakan akan diambil sekiranya terdapat sebarang ketidakpatuhan Undang-Undang samada dipihak Bank mahupun dipihak EPS.

Serahkan Kereta Kepada Bank

Oleh yang demikian jika seorang peminjam sudah hilang upaya untuk meneruskan pembayaran adalah lebih baik kenderaan tersebut diserahkan kembali kepada syarikat atau pihak bank kerana pihak bank TIDAK boleh mengenakan sebarang cas tambahan seperti Kos penyimpanan, kos penarikan dan lain-lain cas sehingga kenderaan tersebut dilelong atau dijual.

Jika selepas jualan masih terdapat baki hutang yang perlu dijelaskan (loss after sale).

Peminjam boleh berbincang dengan pihak bank atau syarikat mengenai pembayaran semula yang mampu dibuat untuk menyelesaikan hutang yang masih ada.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: careta

1 comment

  1. banyak sangatla prosedurnya, kumpul duit sikit sikit lepas tu beli kereta "cash" tak payah hutang, hati pun senang, betul tak admin!

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon