Jumaat, Disember 21, 2012

Kereta Ferrari GTO Terjual RM125.2 Juta!


Hanya enam bulan lalu, kereta Ferrari 250 GTO hijau keluaran 1962 yang dibuat untuk Sir Stirling Moss bertukar tangan pada harga AS$35 juta (RM106.9 juta), menjadikannya kereta paling mahal pernah dijual.


Rekod itu akan bertahan lama jika seorang peniaga Amerika Syarikat tidak dikenali berjaya menjual kereta Ferrari 250 GTO miliknyapada harga A$41 juta (RM125.2 juta).

Ia adalah tanda-tanda bahawa pasaran untuk kereta perlumbaan paling terkenal Enzo Ferrari akan menjadi lebih hebat. Ditawarkan untuk dijual oleh broker London, tidak ada maklumat terperinci mengenai yang mana satu daripada 39 Ferrari GTO yang akan dijual. Ia juga adalah satu daripada siri GTO 29 I dan satu daripada 22 versi pemanduan kiri. Broker itu mendakwa ia mempunyai ‘riwayat yang hebat dan dijaga dengan baik oleh pemilik dahulu dan sekarang’.

Ini bermakna ia belum digunakan untuk tujuan pemanduan lasak di litar.

Ketika Ferrari membina V-12, GTO yang berkelajuan 170 batu sejam untuk perlumbaan dan berjaya mencatat kemenangan di Le Mans serta seluruh dunia, tidak pernah disangka kereta itu satu hari kelak akan bertukar kepada barangan yang disanjung.

Malah sedekad selepas zaman kegemilangannya, GTO sering dianggap seperti kereta sport lusuh oleh pengumpul kereta. Hanya sejak beberapa tahun kebelakangan ini, apabila hartawan dunia mula menganggap mengumpul kereta sebagai kesenian, kehebatannya menjadikan harga kereta itu melambung tinggi.

–Agensi

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon