Dec 10, 2014

3 Rahsia Kejayaan Hebat Henry Ford

Henry Ford adalah seorang usahawan Amerika, pengasas Ford Motor Company dan penaja pembangunan teknik barisan pemasangan pengeluaran besar-besaran.

Henry Ford

Dia juga memperkenalkan buat pertama kalinya kereta kos murah, kerana impiannya adalah setiap pekerjanya mampu membeli kereta-kereta yang mereka keluarkan.

3 Rahsia Kejayaan Hebat Henry Ford..

Tidak Pernah Makan Berlebihan

Makan memang penting untuk kehidupan, tetapi kalau makan berlebihan itu tidak baik. Henry Ford sendiri sudah memberi teladan, bahawa kita tidak boleh makan berlebihan. Kalau makan berlebihan maka kesannya kesihatan boleh terganggu.

Inilah yang dikatakan oleh Henry Ford semasa hari jadi beliau yang ke-75.

Tidak Pernah Cemas Secara Berlebihan

Rasa cemas memang semulajadi wujud dalam diri manusia. Setiap daripada kita, biasa merasa cemas. Apalagi ketika menjalankan perniagaan. Cemas adalah perkara yang biasa berlaku. Tetapi yang menariknya, kita tidak boleh terlalu cemas.

Henry Ford sendiri sudah membuktikannya, beliau mengatakan bahawa beliau tidak pernah cemas berlebihan. Cemas yang berlebihan sememangnya tidak baik untuk kesihatan minda. Akan tetapi ada baiknya kita jadikan rasa cemas itu sebagai motivasi untuk melakukan persiapan dan tindakan yang terbaik.

Lakukan sebaik mungkin

Inilah salah satu falsafah yang menjadikan Henry Ford sebagai salah seorang individu paling berjaya di dunia. Kegigihan dan usaha beliau untuk sentiasa memberikan yang terbaik menjadikan pelbagai hasil kerja dan karya Ford sangat bermanfaat bagi orang lain.

Berikut kata-kata dari Henry Ford, "Apa pun yang saya lakukan, akan saya lakukan sebaik mungkin. Dan saya tahu apa pun yang berlaku dalam hidup, perkara itu terjadi demi kebaikan saya sendiri. Saya percaya pada Tuhan."

Menarik kunci kejayaan Henry Ford kan. Bagi saya 3 kunci kejayaan yang dimiliki oleh Henry Ford ini sangat berguna dan bermanfaat.

Anda pernah menyesali masa yang telah berlalu?

BACA INI JUGA: Jika Tidak Mengambil Risiko Anda Akan Menyesal Seumur Hidup

Sumber: Calrasepatrick.blogspot.com

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

8 comments

Bagus tips tu...esp yang tidak perlu cemas berlebihan...kena cool selalu..

Thanks :)

Dan itulah sebenarnya ubat migrain, jangan fikir berlebihan.. :)

Lepas ni saya pun kena cool je selalu... tips terbaik ni utk jadi usahawan jutawan.. :)

Satu yang Sha respect kaum Amerika ni... diorang susah untuk giveup :)

Yang pertama itu pasti sukar untuk diikuti sebab kebanyakkan orang suka makan berlebihan sampai jadi big show :)

Yang baik kita ambil jadikan teladan... :)

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon