Jun 20, 2015

Petua Merawat Demam Selsema Tanpa Memakan Ubat

Sebenarnya banyak alternatif lain untuk memulihkan demam, badan panas dan selesema selain menggunakan kaedah perubatan seperti memakan ubat-ubatan klinik atau hospital.

Demam

Selain itu, kita perlu mengetahui tanda-tanda awal sebelum demam, badan panas dan selesema bagi mengatasi masalah ini dengan berkesan supaya cepat sembuh

Simptom demam juga berkait rapat dengan selesema dan tanda awalnya adalah seperti hidung berair dan tersumbat mahupun sakit tekak

Menurut petua orang dahulu, jenis makanan yang akan disenaraikan seperti dibawah mampu membantu untuk memulihkan deman, badan panas dan selesema

Halia. Boleh membantu menghilangkan rasa sejuk dalaman badan ketika demam caranya adalah menambah halia dan limau untuk air panas dan minum dua kali sehari

Ikan. Selain kaya dengan protein, ikan seperti tuna, salmon, ikan kembung juga amat kaya dengan Omega-3 asid lemak, sebatian yang membantu dalam mengurangkan keradangan di dalam badan. Kita akan lebih terdedah kepada selesema jika mempunyai keradangan kronik.

Sayuran Hijau. Tidak dinafikan sayuran hijau sangat baik untuk kesihatan dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi dengan makan sayuran hijau ia akan membantu melawan sejuk dan selesema.

Bawang Putih. Sebagai antibiotik semulajadi, bawang putih membantu dalam melawan jangkitan. Selain itu, ia mempunyai beberapa ciri-ciri anti-virus dan juga menghasilkan antioksidan malah lebih baik kalau di makan mentah.

Kunyit. Boleh membantu dalam merawat jangkitan virus dan bakteria. Kunyit membuktikan ia benar-benar membantu jika menambah kunyit ke dalam makanan yang dimakan ataupun menambah kunyit untuk susu panas dan diminum ketika mengalami selesema.

Madu. Boleh membantu dan melawan jangkitan bakteria. Malah, madu bermanfaat jika mengalami sakit tekak.

Air Beras. Selain itu, untuk menghilangkan selesema adalah dengan cara ambil secawan air didihan beras dan minum ketika suam

Ini hanyalah petua tradisional, jika Demam Dan Selesema itu berlarutan, anda dinasihatkan berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan sewajarnya.

BACA INI JUGA: Rahsia Disebalik Demam

Sumber: Epondok

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon