Sunday, December 22, 2013

Pantai ALANG, Perkuburan Terbesar Kapal Laut Usang!


Pantai Alang di Teluk Khambat di Indiaadalah satu lokasi yang unik untuk industri perkapalan dunia.

Alang Sea for Dead Ship in Khambat

Ia adalah destinasi di mana kapal-kapal laut dihantar untuk ‘mati’ atau dalam erti kata lain, merupakan tempat terletaknya industri terbesar dunia untuk melupuskan kapal laut usang.

Kawasan pantai itu setakat ini menjadi tapak pelupusan untuk lebih daripada 300 jenis buah kapal seperti kapal mengangkut kapal terbang, kapal layar, kapal kargo dan kapal mengangkut minyak.

Industri pelupusan kapal di Teluk Khambat itu sudah pun beroperasi lebih 50 tahun.

Pada 2010, ketika ekonomi dunia mengalami kejatuhan, industri pelupusan di pantai Alang mendapat keuntungan besar kerana banyak syarikat perkapalan terpaksa melupuskan kapal milik mereka akibat kelemahan daya perniagaan.

Di sina,terdapat 40,000 orang pekerja di 125 tapak pelupusan kapal yang terletak di sepanjang persisiran pantai Alang.

(Baca: Misteri Laut Mati Yang Gagal Di Rungkai Dunia Sains)

Para pekerja menggunakan peralatan paling asas untuk melupuskan kapal dan mereka boleh melupuskan sebuah kapal besar dalam masa hanya seminggu.

Biarpun industri melupuskan kapal mengaut keuntungan besar, para pekerja bagaimanapun hanya dibayar kira-kira RM9.70 sahaja sehari.

Lokasi pelupusan kapal ini juga merupakan antara kawasan paling berbahaya di dunia kerana tahap pencemaran dan tahap keselamatannya yang terlalu rendah.

Kerajaan India kini dalam usaha untuk memodenkan sistem pelupusan kapal di pantai Alang dengan bantuan satu konsortium dari Jepun.

Sekurang-kurangnya nyawa pekerja di Alang akan menjadi lebih selamat dan mengurangkan tahap pencemaran akibat industri itu.

Alang Sea for Dead Ship in Khambat

Sumber: Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon