Friday, June 07, 2013

Misteri Laut Mati Yang Gagal Di Rungkai Dunia Sains


Info Misteri. Semua orang mengenali Laut Mati sebagai kawasan yang kaya dengan mineral garam tapi tahukah anda, Laut Mati merupakan titik paling rendah di Bumi.


Laut Mati merupakan tasik air masin yang terletak di sempadan Jordan dan Tebing Barat. Pantainya berada di kedudukan serendah 418 meter di bawah aras laut yang merupakan kedudukan terendah di atas daratan dunia dan juga tasik masin yang terdalam dengan kedalaman 330 meter.


Airnya mempunyai kemasinan kedua tertinggi di dunia selepas Laut Asal di Djibouti dengan kemasinan sebanyak 33.7%. Ini lebih kurang 8.6 kali lebih masin dari laut biasa.

Oleh sebab itu tiada satu pun hidupan yang boleh hidup di dalamnya dan kapal tidak boleh berlayar di atas permukaannya.

Tasik ini berukuran 67 km panjang dan 18 km lebar. Cabang sungai utamanya ialah Sungai Jordan.

Percaya atau tidak, belum pernah ada seorang manusia pun yang berjaya menyelam ke dasar laut mati.

Dan sehingga hari ini, saintis pun tidak tahu apa sebenarnya yang wujud didasar Laut Mati.

BACA INI JUGA: Misteri Bermimpi Kematian Sendiri

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon