Wednesday, April 24, 2013

Misteri Bermimpi Kematian Sendiri


Pada musim bunga 3 Mei 1812, seorang lelaki Inggeris bernama John Williams mengalami mimpi pelik dan sangat misteri sebanyak tiga kali berturut-turut.

Spencer-Perceval

Dia bermimpi seorang lelaki bertubuh rendah memakai kot berwarna hijau gelap menembak mati Perdana Menteri England, Spencer Perceval pada bahagian dada di hadapan bilik kot kawasan lobi Parlimen.

Apabila Williams bangkit dari tidur dan menceritakan pengalaman mimpinya kepada rakan-rakan, dia ditertawakan dan mereka menganggap mimpinya itu mengarut dan sekadar mainan tidur.

Walaupun menganggap mimpi itu sebagai amaran tetapi Williams tidak mengendahkannya lantaran dia sendiri tidak minat berpolitik.

Sungguhpun begitu yang misterinya, watak mangsa bunuh yang muncul dalam mimpi Williams iaitu Spencer Perceval turut mangalami mimpi yang sama pada malam 11 Mei 1812.

Semasa bersarapan pagi, Spencer Perceval menceritakan tentang mimpinya ditembak di dada oleh seorang lelaki gila berkot hijau gelap di lobi Parlimen kepada isterinya.

Isteri dan anak-anaknya yang bimbang menasihati Perceval untuk tidak meneruskan urusan rasminya di Parlimen pagi itu, namun Spencer berdegil.

Perdana Menteri itu cuma menganggap mimpinya itu sebagai mainan tidur dan dia tidak akan meninggalkan tanggungjawabnya sebagai orang penting negara gara-gara mimpi bodoh!

Semasa Spencer berjalan menuju ke lobi Parlimen, seorang lelaki bertubuh kecil memakai kot berwarna hijau gelap mengacu pistol ke arah dada Spencer dan menembaknya.

Hari itu terukir sejarah satu-satunya Perdana Menteri England mati dibunuh.

BACA INI JUGA: Misteri Pembinaan Taman Coral Castle Yang Menakjubkan

-SENTIASAPANAS.COM

4 comments

  1. ada logik juga kadang-kadang walaupun ia adalah mainan tidur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kalanya kita diberikan peringatan walau siapa pun individu itu.

      Delete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon