Saturday, October 25, 2014

Asal-usul Penemuan Dan Penciptaan Cermin Mata


Informasi Dunia. Penggunaan cermin mata pada zaman sekarang tidak lagi terbatas sebagai alat bantu penglihatan. Sebaliknya, ia sudah menjadi aksesori fesyen dan pelengkap gaya seseorang. Tapi, tahukah anda sejarah penciptaan cemin mata?

Asal-usul Cermin Mata

Sebelum ini, seorang pengkaji sejarah sains dan teknologi Islam dari Arab Saudi, Lutfallah Gari, pernah menelusuri rahsia penemuan cermin mata secara mendalam.

Daripada penelitian tersebut, beliau mendapati bahawa banyak peradaban termasuk peradaban Islam memainkan peranan penting dalam penemuan cermin mata.

Namun, sebelum manusia mengenali cermin mata, ilmuwan dari pelbagai peradaban dunia seperti Rom, Yunani dan Islam telah terlebih dahulu menemui lensa.

Demikian menurut Lutfallah dalam sebuah tulisan bertajuk http://www.muslimheritage.com/article/invention-spectacles-between-east-and-west/.

Menurut beliau, masyarakat pada zaman ini hanya mengenali cermin mata yang sebenarnya berfungsi sebagai kanta pembesar. Cara penghasilannya juga berbeza-beza dalam setiap peradaban. Sebagai contoh, orang Rom membuat kanta pembesar daripada kristal.

Masyarakat Yunani kuno pula menghasilkan peralatan sama menggunakan bola kaca berisi air.

Tiga ratus tahun sebelum masyarakat Eropah mengetahui perkara itu, peradaban Islam dikatakan terlebih dahulu mengenali dan menemui ilmu tentang kanta. Bukti penemuan itu jelas terungkap dalam karya Ibnu Al-Haitam (965 - 1039 Masihi), bertajuk Al-Manazir.

Ridha_al_Abbasi_Muin_al_Musawwer

Kitab ini menerangkan tentang optik - masalah pembesaran objek dan pembiasan cahaya. Malah, kebanyakan syair berusia sekitar 200 tahun yang dikarang oleh Ibnu Al-Hamdis (1055 - 1133 Masihi) turut mengungkapkan secara terperinci mengenai cermin mata.

Pada tahun 1268, seorang ilmuwan Inggeris, Roger Bacon, telah menulis tentang kanta pembesar dan bagaimana membesarkan objek menggunakan sepotong kaca. Alat ini, menurut Bacon, sangat bermanfaat untuk orang-orang tua dan mereka yang memiliki kelemahan pada penglihatan.

Beberapa orang sejarahwan bagaimanapun mendakwa, Bacon telah mengambil idea itu daripada Ibnu Al-Haitam. Beliau dikatakan terpengaruh dengan tulisan Al-Haitam tentang optik yang sebelum itu pernah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin.

Namun, siapa sangka hikmah daripada perdebatan itu akhirnya membawa kepada siapa sebenarnya pencipta pertama cermin mata pertama.

Pembuatan cermin mata terawal dikatakan telah bermula di China. Masyarakat disana dipercayai adalah orang pertama menggunakan alat tersebut sebagaimana lazim digunakan sekarang.

Cermin mata yang mereka hasilkan biasanya dari lensa berbentuk bujur bersaiz besar, terbuat daripada kristal batu. Manakala bingkai pula adalah daripada tempurung kura-kura.

Pada waktu itu, bukan semua dikalangan pemakai cermin mata mengalami masalah rabun. Bagi orang Cina pada zaman itu, pemakaian cermin mata hanyalah sebagai alat untuk menjadikan mereka kelihatan lebih cerdik dan berwibawa. Sehinggakan, mereka hanya mengenakan bingkai tanpa menggunakan kanta pembesar.

Pada tahun 1270, Marco Polo telah berlayar ke China. Sepanjang berada disana, beliau sangat tertarik dengan cermin mata. Dia kemudiannya membawa benda tersebut bersama-sama dalam pelayarannya.

Bermula dari situ, penggunaan cermin mata tersebar dengan begitu pantas ke seluruh dunia.

Sejak itu juga, pada abad ke 13, cermin mata mula terkenal di Eropah. Pada awal kemunculannya, ia masih menyerupai cermin mata buatan China, terbuat daripada batu kristal.

Motif pemakaiannya juga berbeza. Namun, masyarakat Eropah lebih menggunakan alat itu untuk tujuan membantu penglihatan mereka.

Ancient Glasses

Untuk beberapa waktu, masyarakat Eropah pernah menggunakan cermin mata yang dikepit dengan sejenis peniti ke atas hidung mereka. Ada yang berpendapat, untuk memakainya perlu memasang logam panjang bermula dari batang hidung hingga ke bahagian tengah kepala dan turun ke bahagian leher.

Akan tetapi, gaya cermin mata begitu kurang diminati kerana cara pemakaiannya sangat rumit dan tidak praktikal. Selepas pelbagai percubaan dilakukan, muncullah idea baru dimana kawat keras dibentuk sebagai ganggang ditelinga seperti bentuk cermin mata yang wujud pada hari ini.

Menelusuri evolusi cermin mata, nyatalah ia merupakan salah satu penemuan terpenting dalam sejarah kehidupan manusia.

Tidak hairanlah kenapa banyak peradaban dunia tampil mendakwa sebagai pencipta terawal cermin mata di dunia.

Akhirnya, asal-usul cermin mata - siapa pencipta pertama, dari mana dan bila, sehingga kini terus menjadi rahsia.

-SENTIASAPANAS.COM

7 comments

  1. Bukan terus2 jadi cermin mata mcm skrng ni kan.. banyak melalui pelbagai revolusinya.. Thanks sharing SP..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Panjang sejarahnya cermin mata ni..

      Delete
  2. hebat juga sejarah cermin mata ni kan...part ni memang salute lah...complicated ya amaat...

    "Untuk beberapa waktu, masyarakat Eropah pernah menggunakan cermin mata yang dikepit dengan sejenis peniti ke atas hidung mereka. Ada yang berpendapat, untuk memakainya perlu memasang logam panjang bermula dari batang hidung hingga ke bahagian tengah kepala dan turun ke bahagian leher."

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkongsian yg bermanfaat ini

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon