Feb 8, 2016

Maksud Gong Xi Fa Cai Yang Ramai Tak Tahu

“Gong Xi Fa Cai” ialah ayat di dalam bahasa Mandarin yang membawa maksud “tahniah moga mendapatkan lebih kekayaan”. Ucapan ini telah digunakan secara meluas sejak sebelum zaman Dinasti Qin lagi iaitu 221 Sebelum Masihi!

Gong Xi Fa Cai

Menurut Prof Dr Yam Kah Kean dari Universiti Malaya, ayat tersebut tidak melambangkan semangat Tahun Baru Cina yang kuat kerana maksudnya yang lebih menjurus ke arah material berbanding semangat kebersamaan.

Maka, ada diantara orang Cina lebih menyukai sebutan “Xin Nian Kuai Le” yang bermaksud “selamat tahun baru”.

Cara sebutannya: “zeen neean kwai luh”. “Kuai Le” bermaksud “happy” atau “joyous” dan “Xin Nian” bermaksud “tahun baru”.

Jadi, siapa yang sesuai mengucapkan “Gong Xi Fa Cai” sebagai greetings Tahun Baru Cina?

Kebiasaannya, “Gong Xi Fa Cai” disebut oleh mereka yang sesama berniaga dan rakan sekerja.

Gong Hey Fat Choy” pula ialah sebutan di dalam bahasa Kantonis yang membawa maksud yang sama seperti “Gong Xi Fa Cai” iaitu “tahniah dan kekayaan”.

Gong Xi” (恭禧) bermaksud tahniah atau dengan hormat berhasrat kegembiraan. “Fa Cai” (發財) bermaksud menjadi kaya atau mahu buat duit. Cara sebutannya yang betul ialah “gong zee fah chai”.

Selain “Gong Xi Fa Cai”, “Xin Nian Kuai Le” dan “Gong Hey Fat Choy”, ada satu lagi cara yang menyeronokkan apabila menyapa seseorang di musim Tahun Baru Cina ini, iaitu, “Hong Bao Na Lai” yang bermaksud “angpau merah please!”

BACA INI JUGA: Asal-usul Pesta Tadau Kaamatan (Pesta Menuai)

Sumber: The Star, Good Characters, Life Is Like That

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

6 comments

Baru tahu maksudnya...tau dgar ja..

ha baru tahu ni SP..ramai juga kenalan cina ni..harap belum terlambat ucap..malu juga jika tak ucapkan..sebab saya terleka dengan kerja2 sebenar semasa cuti..di kebun dan bertukang sikit2 blog terbengkalai dah ni

Sbg rakyat Malaysia yg berbilang kaum ni mmg kita pun patut tau kan. Thanks sharing SP.

ini maksud secara tepat..bagus lah info ini..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon