Nov 14, 2014

Briged Al-Qassam, Perjuangan Atas Nama Allah

Ketika HAMAS yang merupakan sebuah Gerakan Pembela Islam ditubuhkan secara rasmi pada Disember 1987 di Gaza oleh Syeikh Ahmad Yasin, beliau mula menubuhkan sayap ketenteraan.

Briged Al-Qassam

Walaupun HAMAS merupakan pimpinan 'rasmi' di Palestin, tetapi 'kerajaan' mereka tidak diiktiraf oleh kuasa besar dunia, bahkan dilarang untuk menubuhkan kementerian pertahanan apatah lagi pasukan tentera.

Kerana itu Briged Izzuddin al-Qassam ditubuhkan. Kumpulan ini berjihad demi untuk mempertahankan Palestin.

Nama al-Qassam diambil sempena nama Asy-Syahid Syeikh Izzudin al-Qassam, seorang pejuang Palestin yang memberi kesedaran kepada rakyat Palestin untuk bangkit menyerang musuh umat Islam.

Beliau merupakan ulama mujahid dari Syria yang akhirnya syahid ketika berperang membebaskan Palestin pada tahun 1935.

Dalam Briged al-Qassam, mereka mempunyai beberapa peringkat. Ia terbahagi kepada tentera Asybal, Syabab, Qiyadah dan Rawahil. Setiap lapisan ini mempunyai peranan tersendiri.

Tentera Asybal Briged al-Qassam

Tentera Asybal terdiri daripada kanak-kanak lelaki berusia antara 9 hingga 12 tahun. Mereka belum dibenarkan turun ke medan perang. Mereka bertindak sebagai pasukan simpanan untuk masa depan.

Sejak kecil mereka telah dididik atas dasar kefahaman akidah. Mereka difahamkan mengenai tuntutan-tuntutan Islam yang patut mereka perjuangkan.

Anak-anak yang dipilih untuk menyertai tentera lapisan asybal harus ada kriteria tertentu. Mereka adalah orang yang rajin ke masjid dan tidak pernah meninggalkan solat berjemaah, rajin qiamullail, membaca Al-Quran sekurang-kurangnya satu juzuk sehari dan mempunyai akhlak yang baik.

Malah, setiap masjid di Gaza diadakan halaqah buat kanak-kanak. Sebab itu di Palestin, menjadi satu impian buat setiap keluarga agar anak lelaki mereka dipilih menjadi tentera Al-Qassam.

Sekiranya berjaya dipilih, mereka wajib meminta kebenaran ibu bapa. Sekiranya tidak mendapat keizinan, mereka dilarang menyertai pasukan tentera jihad ini.

Tentera Syabab Briged al-Qassam

Lapisan kedua Al-Qassam adalah golongan syabab, yakni yang berusia 15 hingga 30 tahun. Selepas melepasi ujian peringkat ruhi (rohani), syabab ini akan di uji dari segi jasadi (fizikal).

Disinilah segala-galanya mungkin berlaku kerana ada dikalangan syabab ini tidak melepasi syarat 'standard' ketenteraan. Piawaian dari segi tubuh badan, kecergasan fizikal dan sebagainya.

Sekiranya mereka masih tegar mahu menyertai pasukan ini, mereka perlu berusaha sehingga berjaya. Pun begitu, ada juga yang diserap tetapi bukan di barisan hadapan, sebaliknya ke bahagian lain seperti pentadbiran.

Tentera Qiyadah Briged al-Qassam

Lapisan Qiyadah pula terdiri daripada pemimpin berumur antara 30 hingga 50 tahun. Mereka berperanan menerajui pimpinan HAMAS dan bertindak sebagai ketua komander.

Contohnya seperti Ismail Haniyeh dan Muhammad Abu Dif yang kini menjadi orang buruan teratas pihak Israel.

Tentera Rawahil Briged al-Qassam

Yang terakhir, lapisan Rawahil yang berusia 50 tahun ke atas. Mereka mempunyai peranan tersendiri dan berada di kalangan masyarakat Palestin.

Walaupun bukan semua masyarakat bergelar Al-Qassam, tetapi rakyat Palestin begitu menyokong kerana ini satu-satunya pertahanan yang mereka ada demi perjuangan Islam.

Allah membantu mereka

Yahya Ayyash
Yahya Ayyash.

Mengikut maklumat yang diberi, semua senjata yang digunakan briged Al-Qassam adalah buatan mereka sendiri.

Walaupun tidak mempunyai kelengkapan moden berbanding Israel untuk mencipta peralatan perang tetapi mereka masih mampu berlawan dengan hebat menentang tentera paling moden di dunia itu.

Mengimbas kisah ketika perang lapan hari pada tahun 2012, Al-Qassam membalas serangan Israel dan menuntut bela atas kematian Ketua Komandernya, Syeikh Ahmad Al-Ja'bari.

Dalam serangan balas itu, tentera Al-Qassam melancarkan peluru berpandu M-75 yang meluncur masuk 75 kilometer ke tengah-tengah Israel. Ia jatuh tepat di sebelah bangunan parlimen Israel.

Letupan itu bagai mimpi buruk. Rakyat Israel jadi tidak tentu arah, takut untuk keluar rumah dan ada yang tinggal di bawah terowong.

Ekonomi Israel juga terjejas. Akibatnya, Israel setuju dengan syarat HAMAS untuk melakukan gencatan senjata. Ia merupakan kejayaan besar HAMAS waktu itu apabila ISrael terpaksa tunduk.

Juga kisah mengenai seorang jurutera Al-Qassam, Yahya Ayyash, yang berjaya mencipta bahan letupan sehingga beliau menjadi orang paling dikehendaki oleh tentera ISrael.

Beliau juga digelar 'The Engineer' kerana kejayaannya menyerang balas segala operasi ketenteraan Israel dengan mencipta bom teknik syahid.

Yang lebih menarik, gelaran ini telah diberikan oleh musuh-musuhnya dan bukannya dalam kalangan parajurit al-Qassam sendiri. Dan bukan macam gelaran Dato' dan Datuk yang sering jadi rebutan di Malaysia.

Yahudi penakut dan takut mati

Anak-anak-Palestin-Dibunuh

Kerana itu ketika serangan Israel ke atas Gaza awal Ramadhan lalu, tentera Yahudi tidak berani melangkah masuk ke dalam Gaza.

Mereka hanya berani berkumpul di sempadan Gaza walaupun tentera Israel tahu di pos kawalan sempadan itu hanya dijaga dua orang tentera Al-Qassam. Mereka tidak berani masuk menyerang walaupun jumlah mereka sekitar 200 orang.

Malangnya, semakin lama tentera Israel berkampung di sempadan Gaza, semakin ramai tentera mereka terbunuh. Setiap hari Al-Qassam berjaya membunuh 20 ke 25 orang tentera Israel sepanjang 30 hari peperangan.

Tidak hairanlah bila Israel mengumumkan penarikan tenteranya dari sempadan Gaza, hakikatnya bukan mereka mahu berdiplomasi tetapi hendak melarikan diri. Mereka tidak dapat bertahan dengan serangan balas tentera Al-Qassam.

Walaupun Israel melakukan serangan udara tetapi pesawat mereka tidak berani terbang rendah kerana Briged Al-Qassam telah berjaya mencipta peluru berpandu antipesawat yang boleh sampai ke jarak tertentu untuk menjatuhkan pesawat musuh.

Malah, tentera Israel sendiri bercerita mereka pernah melihat bayangan putih yang disangka tentera Al-Qassam, sedangkan Al-Qassam berpakaian serba hitam.

Tentera Israel juga pernah berkata kepada media Israel yang mereka berlawan dengan seorang lelaki berketinggian tiga meter dan tidak mati apabila ditembak.

Banyak lagi keajaiban lain dan bukti pertolongan Allah untuk para tentera Islam ini. Sebab itu rasa takut dan gerun bersarang dalam hati tentera-tentera Zionis.

Doa senjata umat Islam

Pray-For-Gaza

Dan secara jujurnya, kita amat cemburu kepada mereka ini. Kerana kita amat yakin, merekalah yang disebut oleh Nabi SAW dalam sebuah hadith, "Akan sentiasa ada segolongan dari umatku yang berperang dan berjuang di pintu Damsyik dan di sekelilingnya, dan pintu Baitul Muqaddis dan di sekitarnya, tidak dapat menggugat mereka orang-orang yang enggan menolong mereka. Mereka terus teguh di atas kebenaran sehingga ke hari kiamat." [Hadith Riwayat Abu Ya’la dan Ibn ‘Asakir]

Benar, kita mungkin tidak mampu untuk mengangkat AK47. Kita mungkin tidak terdaya untuk menggalas bazooka dan membaling bom tangan. Kita mungkin tidak berupaya untuk berjihad qital nun di Palestin sana.

Namun kita mampu untuk ambil tahu. Kita berdaya untuk menyebarkan fakta menentang kezaliman pengganas-pengganas besar dunia, Amerika, Israel dan Eropah. Dan kita sangatlah berupaya untuk memboikot barangan dan produk Yahudi, yang sudah terbukti menyumbang kepada keberlangsungan negara haram Israel sama ada secara langsung atau pun tidak.

Seperti kata seorang tentera Al-Qassam, "Kami (pemuda-pemuda Al-Qassam) sudah cukup berada di barisan hadapan melawan tentera laknatullah. Cuma yang kami perlukan adalah sokongan dan doa umat Islam di Malaysia."

"Kami akan tetap berjuang sehingga ke titisan darah terakhir untuk kebebasan Palestin dan Masjid Al-Aqsa".

Semoga Allah merahmati mereka semua dan mengurniakan mereka dengan kekuatan yang luar biasa untuk menghancurkan Zionis laknatullah sehancur-hancurnya. Amin ya robbal a'lamin!

BACA INI JUGA: Pemuda Palestin Yang 'Takut' Mati Kerana Berhutang RM1.30!

-SENTIASAPANAS.COM

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

6 comments

Briged Al Qassam Singa Allah Di Palestina :)

Moga mencapai kemenangan menghancurkan kezaliman zionis. Amiin..

Semoga Allah sentiasa membantu Gaza... aamiin ya Rabbal alaamiin..

Assalammualaikum.... SP,

semoga lahir nya pejuang2 islam seperti Salman Al-Farisi dan Sultan Muhammmad Al-Fateh... yang bakal menghancurkan zionis musuh islam...

mselim3

Skrang al qassam perlukan lagi ke tentera baru??

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon