Tuesday, November 21, 2017

Tanda-tanda Terkena Sihir Ilmu Pengasih


Zaman sekarang ini ilmu hitam dan jampi masih lagi wujud. Sebab itu masih ada tanda seseorang tu terkena sihir cinta atau ilmu pengasih. Tapi apakah tanda-tanda tersebut?

Tanda-tanda Terkena Sihir Ilmu Pengasih

Bacalah artikel di bawah untuk penerangan yang lebih jelas, tentang sihir cinta atau ilmu pengasih.

Tanda disihir

Orang yang dari dulu kita tidak suka, tiba-tiba jadi suka sangat dan nak kahwin. Sebelum tidur selalu terbayang dan mimpi indah tentang orang sama berhari-hari. Perkahwinan tiba-tiba dibatalkan kerana suka orang lain, tiba-tiba malas melayan suami, isteri.

Bagaimana disihir

Selalunya orang akan menggunakan minyak dagu. Korek kubur orang mati kemalangan atau mati beranak sulung (bomoh-bomoh selalu update dengan berita dalam newspaper untuk tahu dimana mayat ditanam), gantung mayat kaki ke atas kepala bawah dan nyalakan api di dagu. Keluarlah minyak jadi minyak dagu. Nauzubillah.

Selalu minyak dagu dicalit pada mangsa atau di baju mangsa dan ada juga dicalit di baju jemuran.

Juga boleh sihir guna rambut mangsa, baju (terutamanya yang belum berbasuh dan ada peluh), baju dalam, gambar dari Facebook (gambar full lagi cepat disihir berbanding gambar separuh).

Ikatan Jin Pengasih (Pemikat)

Lazimnya jin pengasih yang digunakan oleh pemakai untuk memikat wanita atau lelaki lain dalam merealisasikan niatnya.

Pengakhirannya adalah ikatan perkahwinan tanpa rela. Pemakai menikmati kehidupannya seperti biasa dengan kemegahan dan mangsa akan menuruti segala perintah suami atau isteri seperti kerbau dicucuk hidungnya.

Penghantaran Jin adalah melalui

Angin (gambar mangsa).

Minyak Pengasih (lazimnya terdiri daripada air mandian mayat, minyak bunga tanjung, minyak zaitun atau minyak wangi biasa).

Minyak akan dipuja terlebih dahulu dan di masukkan signal untuk jin bertindak apabila minyak ini telah dicalitkan kepada si mangsa.

Kezaliman ini selalunya tidak kekal lama. Ianya bergantung kepada jangka masa perjanjian yang telah dimeterai.

Berdasarkan pengalaman perawat, perjanjian biasanya berkekalan sehingga 3-5 tahun. Sepanjang masa itu, pemakai terpaksa melayan karenah jin pengasih selagi dia terikat dengan perjanjian tersebut.

Lokasi rumah jin di dalam badan mangsa
  • Kemaluan (lazimnya wanita).
  • Belakang badan (tulang belakang).
  • Pinggang.
  • Bawah ketiak.
  • Jantung.
  • Bawah dagu.
  • Kepala.
  • Perut.

Diantara simptom terkena jin pengasih
  • Lupa atau sentiasa dalam keadaan khayal.
  • Mimpi lelaki atau wanita penyihir berulang kali.
  • Mimpi kenduri, berkahwin, mimpi berahi, syahwat
  • Mimpi seperti diikat benda tertentu (Binatang, berjumpa jin jantan bagi wanita dan jin perempuan bagi lelaki).
  • Mimpi budak-budak, kanak-kanak.
  • Sering menghidu bau busuk pada masa dan hari tertentu. Contohnya: Maghrib, Asar, bau telur hanyir, lumpur, selut, darah, bau badan orang yang biasa kita dekati.
  • Sukar mengandung.
  • Sering sakit apabila datang bulan. Kemaluan seperti diikat, terasa pergerakan di dalam rahim.
  • Kemaluan menjadi kecil secara tiba-tiba.
  • Hilang nafsu makan.
  • Sukar solat, tidak khusyuk.
  • Sering bercakap seorang diri.
  • Murung, stress keterlaluan.
  • Merasa diri seperti berada di dalam sangkar, sukar bernafas.
  • Sering merindui pemakai.
  • Sukar tidur sekiranya pemakai tiada disisi.

Apabila perjanjian ini terbatal, tawar pesakit atau mangsa akan tersedar dari kehidupannya sebelum ini.

Dia akan mengingati kembali peristiwa-peristiwa sebelum ini dan menyedari bahawa selama ini dirinya telah disihir.

Lazimnya, mengikut pengalaman perawatan, mangsa akan merasa benci, marah dan dendam apabila rahsia pemakai (tukang sihir) terbongkar. Ketika inilah penceraian dan pergaduhan besar akan berlaku.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA: Minyak Kayu Balabak Ilmu Pengasih Paling Ampuh

-Sentiasapanas.com

11 comments

  1. INI lab perbuatan syirik..

    Minta dijauhkan

    ReplyDelete
  2. INI lab perbuatan syirik..

    Minta dijauhkan

    ReplyDelete
  3. Salam.. skrg ni tunang saya seperti mcm diatas yg dinyatakan. Tibe2 jadi benci dgn saya malah dgn keluarganya jgk. Bile dia dlm keadaan sedar sementara, dia kata dia x suka abahnya atas sbb abahnya ada lembaga hitam yg bersamanya. Skrg dia dlm keadaan murung, suka termenung, ckp bkn2 dan mrh2. Sering sebut nama lelaki ni bile tgh khayal.😔😔

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba berubat dengan pengamal perubatan Islam sebelum terlambat ya.

      Delete
  4. Assalamualaikum..kelmarin saya ada mimpi seorang lelaki yg sy kenal ..tak ingat pukul berapa sy mimpi..sy mimpi ada org tanya lelaki tersebut..adakah dia pakai minyak pengasih? Lelaki itu kata iya.. dan sy nampak nama minyak pengasih itu..bila sedar.. sy dah lupa nama minyak itu.. apakah makna mimpi itu ya?

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum.. Saya suda berubat tetapi langsung tiada perasaan benci.. Sbelum ni saya cuma stress sbb hbgn dihalang keluarga.. Saya protes.. Nangis.. Sbb family xnk terima pilihan saya.. Disebabkn cara saya protes.. Family bawa berubat.. Tetapi saya tetap syg dan tiada rasa benci..
    Adakah itu disebabkan minyak jg??

    ReplyDelete
  6. Sayanbercinta selama 5tahun & breakup dah 1 tahun getback tp sy rasa perangai dia sama je then end up saya buat keputusan yg tinggalkan dia n dia dtg kepada saya dia kta nak bawa sy chek takut ada org letak Pemisah & saya kata taknak g chek bcz b4 tu saya ada ajak dia g tengok pasal ni n dia taknak lepastu smlm tetiba dia ajak sy g tengok org pandai alasan dia kata selalu ada makluk alus ikut saya n dia suruh saya bawa baju yg sbb kna buang & saya kna bawa 20Pcs limauuu adakah dia sebenarna nak Bomo sy Pengasih plzzz bg pendapat ni email saya schasaidiempire@gmail.con

    ReplyDelete
  7. Assalammualaikum.. kakak saya berubah sejak beberapa bulan yg lalu, kata suaminya. isterinya selalu cakap pasal lelaki lain depan suaminya.. suaminya tanya kenapa kamu selalu cakap pasal orang lain,sedangkan aku ada di depan mata kamu. kakak saya terus marahkan suaminya.Kakak saya cakap, dia lebih sud
    ka,selesa,selamat dan tidak ingat siapa2 lagi kalau bersama lelaki tu. kakak saya mula dingin dengan suaminya sikit2 marah. kalau di bawah bersetubuh, banyak alasan nya..penatlah..mengantuklah..peninglah.. kadang2 suaminya terasa sangat panas dalam kemaluannya dan tidak selesa untuk bersetubuh, tetapi isterinya tidak pun demam.

    Adakah itu angkara pugai/sihir..?

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum..Sy baru baik dr terkena ilmu pengasih oleh sahabat baik sndiri. Sy tk tau ape motifnya dia calit mnyk tu pd tapak tgn sy? Yg pelik tu kami sama2 wanita punya keluarga bahagia suami yg baik dn ank2 yg dh brusia 21thn - 10thn. Sy rasa tempoh minyak yg dia calit pd sy tu dh expired sbb tu la bila tempoh tu habis, sy jd angau, rindu yg membuak2, hilang selera mkn, jantung berdegup kencang, skt kepala sblh kanan, terbyg wajah dia, berkurung dlm bilik, adakala nangis sorg diri sbb bt dek terlalu rindu pdnya. Bila keadaan dh separa abnormal, ada kwn syorkan sy berjumpe dgn ustaz As Syifa. Sy tnjuk pd ustaz gambo sahabat sy tu. Ustaz kate dia terlalu sayangkan sy. Sbb tu la dia tknk lepaskan sy. So pd dia, jln terbaik ada la calit minyak pengasih spaya sy sntiasa ingt pd dia. Even sy dh buang jin dlm tbuh, sy tk pnh ada perasaan dendam, benci dn marah pd sahabat sy tu. Sy anggap dia tk matang even umr kami dh 45thn. Sy hanya mampu berdoa spaya Allah bukakan pintu hatinya utk bertaubat ats perbuatannya dn kembali ke pangkal jalan.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon