Tuesday, July 23, 2013

Tahukah Anda Bila Pertandingan Gladiator Yang Terakhir?


Tahukah Anda? Pertandingan gladiator terakhir yang dijalankan di Rome, Itali telah direkodkan pada 1 Januari 404.

Salah satu aksi pertarungan dalam filem Gladiator.

Gladiator ialah para pahlawan-pahlawan pada zaman silam Rom yang akan melawan antara satu sama lain, menentang haiwan liar mahupun pesalah-pesalah yang telah dijatuhkan hukuman.

Selalunya, pertandingan ini akan membawa maut namun ia masih dianggap sebagai salah satu bentuk hiburan yang ada di Rom pada masa itu.

Biasanya pertandingan gladiator ini akan diadakan di arena-arena yang berada diseluruh kawasan pemerintahan kerajaan Rom.

Gladiator

Seorang gladiator di Rom biasanya berasal dari pelbagai kalangan, diantaranya hamba, pesalah yang sudah dihukum ataupun tawanan perang.
Gladiator biasanya dibeli dari orang-orang yang mengkhususkan diri dalam melatih dan gladiator.

Namun, gladiator juga boleh berasal dari orang bebas yang memutuskan untuk menjadi seorang petarung.

Pada masa itu terdapat juga gladiator wanita walaupun dalam jumlah yang lebih kecil dibandingkan dengan lelaki.

Pertarungan gladiator boleh menjadi peristiwa besar. Sebelum dimulakan, penonton akan dihiburkan dengan pertarungan haiwan atau persembahan.

Ketika bertarung, gladiator akan melawan sesama gladiator atau melawan binatang buas seperti singa.


Walaupun pertarungan adakalanya berlangsung sengit, kematian sebenarnya relatif jarang terjadi.

Banyak perbelanjaan perlu dikeluarkan untuk melatih seorang gladiator, sehinggakan tidak berbaloi seorang gladiator mati dalam sekali pertarungan.

Namun, ketika seorang gladiator menunjukkan sikap pengecut dan tampil dengan prestasi kurang memuaskan, maka kematian biasanya akan menjadi pengakhiran bagi mereka.

Bukti sejarah menunjukkan bahawa pertarungan gladiator bermula sekitar abad ke-3 SM.

Pada abad ke-2 M, pertandingan gladiator telah menjadi peristiwa besar di Rom dengan pelbagai acara diadakan untuk menarik perhatian penonton.

Pada abad ke-4 M, gladiator hampir lenyap dari budaya Rom.

Gladiator memiliki posisi menarik dalam masyarakat Rom. Sementara dipandang rendah sebagai hamba, mereka juga dihormati sebagai petarung berbakat dan berani.

Gladiator dibayar untuk semua pertarungan yang mereka lakukan dan beberapa diantaranya mampu membeli kebebasan mereka.

Ramai gladiator menjadi selebriti dan bekerja sebagai pengawal setelah mereka bersara dari aksi pertarungan mereka.

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon