Jul 5, 2015

Makhluk Asing Dari Marikh Serang Bumi!

Pada malam Halloween 1938, stesen radio CBS menyiarkan satu rancangan khas The War of The Worlds tentang kewujudan makhluk asing dari planet Marikh yang telah mengintip manusia beberapa tahun akhirnya bertindak menyerang bumi.

The War of The Worlds Panic 1938

Siaran radio itu yang dikendalikan oleh penyampai Orson Welles seolah-olah satu siaran berita menyebabkan timbul suasana panik dikalangan orang ramai.

Siaran radio CBS itu bukan saja menggemparkan, malah ramai penduduk mengalami masalah sesak nafas dan terkena serangan strok akut.

Lebuh raya menjadi huru-hara. Penduduk yang berpusu-pusu melarikan diri dari pusat bandar menyebabkan beribu-ribu kenderaan terkandas akibat kesesakan lalu lintas yang teruk.

Anggota pasukan National Guard dikerah mengawal keadaan kelam-kabut itu. Persatuan Bulan Sabit Merah pula bertungkus-lumus membantu pesakit yang terkena serangan jantung dan sesak nafas.

Anggota Bulan Sabit Merah mengambil masa berhari-hari untuk meyakinkan orang ramai bahawa tiada apa-apa yang berlaku dan 'keadaan selamat' untuk pulang ke rumah.

Apa sebenarnya yang telah berlaku pada malam Halloween 1938?

Sebenarnya, penyampai radio Orson Welles cuma membuat ulasan berdasarkan buku klasik terkenal The War of The Worlds karya H.G. Well yang diterbitkan pada tahun 1898.

Buku klasik itu mengisahkan makhluk asing dari planet Marikh yang telah mengintip manusia akhirnya betul-betul menyerang bumi.

Sebelum itu, seorang ahli astronomi yakin bahawa pada 23 Ogos 1924, jarak Marikh dan bumi adalah yang paling dekat sejak tahun 1800an.

Ramai yang percaya inilah masanya makhluk asing dari Marikh akan cuba menghubungi bumi. Tambahan pula stesen tentera mengawasi gelombang radio bagi mengesan kewujudan signal frekuensi luar biasa. Kesudahannya, tiada apa-apa yang berlaku.

Penulis buku itu, H.G. Well sebenarnya terpengaruh dengan kajian seorang astronomi, Percival Lowell, yang menjalankan pemerhatian terhadap Marikh melalui balai cerap sendiri di Flagstaff, Arizona, pada tahun 1894.

Percival pula terpengaruh dengan seorang lagi astronomi, Giovanni Schiaparelli yang pernah melukis Canali (terusan) di permukaan Marikh.

Percival yakin terusan itu benar-benar wujud dan akhirnya memetakan beratus-ratus lagi terusan seumpamanya. Percival percaya terusan itu dicipta oleh ras makhluk asing dari Marikh yang bijak untuk membawa air dari tudung kutub ke khatulistiwa.

Fakta-fakta itu yang ditulis H.G. Well dalam bukunya, The War of The Worlds amat mempengaruhi pembaca dan penyampai radio CBS, Orson Welles sekaligus menggemparkan orang ramai!

BACA INI JUGA: Blue Beam, Projek Rahsia NASA, Freemason Dan Illuminiti Terbongkar!

-SENTIASAPANAS.COM

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

2 comments

Misteri yg hanya Allah jua yg tahu disebalik hijabnya.. Allahuakbar..

Ada tangan jahat di dunia yang sengaja merancang kewujudan makhluk asing ni sebenarnya..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon