Apr 10, 2015

Penemuan Bandar Tertua Di Eropah

Pada bulan November 2012, sekumpulan penyelidik arkeologi dari Bulgaria telah melakukan ekskavasi berhampiran bandar Provadia.

Bandar Tertua

Ketika proses cari gali dilakukan, pasukan penyelidik mendakwa telah menemui sebuah bandar kecil dan dipercayai tertua di Eropah.

Secara tepat, lokasi cari gali ini dilakukan disekitar kawasan perindustrian garam tertua di benua tersebut.

Dianggarkan, kewujudan bandar ini direkodkan muncul sekitar 4,700 hingga 4,200 Sebelum Masihi.

Menurut ketua kumpulan penyelidik dari Institut Kebangsaan Arkeologi dan Muzium Bulgaria, Profesor Vasil Nikolov, pihaknya telah melakukan ekskavasi dilokasi tersebut sejak sedekad yang lalu. Kini, hasil usaha itu telah membuahkan hasil setelah penemuan bandar purba ini.

Hasil ekskavasi yang dilakukan mendapati, terdapat dua buah binaan telah ditemui di situ.

Jika dilihat daripada strukturnya, binaan ini tidak ubah seperti sebuah rumah yang dianggar berukuran 1000 kaki persegi.

Ia dibina mengikut bentuk yang seragam sama seperti kediaman yang digunakan dalam set filem The Hobbit.

Pada masa yang sama, wujud bukti geologi yang menunjukkan kawasan tersebut pernah dihuni oleh sebuah komuniti purba.

Bandar Tertua [2]

Ia berdasarkan bukti penemuan rangka manusia yang ditemui berhampiran binaan berkenaan. Hasil ujian radiokarbon yang dilakukan mendapati, rangka itu menunjukkan padanan yang mungkin milik seorang lelaki dewasa dan dua orang kanak-kanak.

Bagaimanapun, pemeriksaan awal Nikolov masih belum menunjukkan maklumat tepat berkaitan identiti masyarakat tersebut yang dipercayai wujud 1000 tahun lebih awal daripada tamadun Yunani purba.

Meskipun begitu, komuniti purba tersebut amat mahir dalam kerja-kerja pertukangan batuan garam.

Menurut Nikolov lagi, perkara itu jelas sekali dapat dilihat melalui kesemua bahagian penempatan kuno ini seperti struktur binaan dan peralatan-peralatan lain yang dibuat sepenuhnya menggunakan batu.

Mengikut rekod penyelidikan, batuan garam merupakan bahan asas yang cukup penting pada suatu ketika dahulu.

Vasil Nikolov
Vasil Nikolov.

Difahamkan, penggunaan batuan ini sangat terkenal sekitar 600 tahun SM. Pada waktu itu, batuan dianggap mempunyai nilai yang tinggi sama seperti nilai emas pada hari ini.

Ketika ekskavasi dilakukan, kumpulan penyelidik tersebut turut menjumpai beberapa peralatan lain seperti tembikar, objek berbentuk seakan bola dan senjata-senjata yang dihasilkan daripada batuan garam.

Antara penemuan lain adalah aksesori perhiasan seperti rantai leher, manik-manik, loket dan cincin.

Berita mengenai penemuan itu turut mendapat perhatian beberapa orang pakar arkeologi di seluruh dunia.

Pakar-pakar ini yang berasal dari Jerman, Jepun dan Britain turut sependapat dengan Nikolov dan mengesahkan bahawa bandar tersebut memang bandar tertua yang pernah wujud di benua Eropah.

BACA INI JUGA: Penempatan Tebing Purba Yang Menakjubkan

-SENTIASAPANAS.COM

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

2 comments

Banyak lagi rahsia sejarah bumi ni yg tak kita ketahui lagi rasanya...

Semakin banyak yang terbongkar semakin banyak lagi rasanya rahsia yang kita tak tahu kan...

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon