Sunday, August 24, 2014

Penempatan Tebing Purba Yang Menakjubkan


Hasil kerja yang dibuat oleh manusia ribuan tahun dahulu, dan kesan-kesan yang mereka tinggalkan sangat mengagumkan dunia moden. Diantaranya adalah Penempatan-penempatan Tebing Purba Yang Menakjubkan dibawah. Jom baca..

Penempatan Bandiagara Escarpment
Dogon Country, Mali

Bandiagara Escarpment

Kawasan ini telah didiami manusia sejak zaman Paleolitik lagi tapi hari ini kawasan ini dikenali dengan nama 'Land of The Dogons'. Antara orang-orang terawal yang membuat penempatan di sini ialah orang-orang Tellem.

Mereka turut dikenali sebagai 'orang merah kecil'. Mereka membina kediaman mereka di bahagian bawah tebing tetapi ianya dibina masuk ke dalam dinding batu.

Pada sekitar tahun 1,300, mereka telah digantikan dengan puak lain iaitu Dogon dan dikatakan masih ada yang menetap di situ sehingga ke hari ini dan masih menggunakan sebahagian daripada bangunan-bangunan asal puak Tellem.

Sesetengah penduduk Mali hari ini mengatakan yang puak Tellem mempunyai kuasa magik dan boleh terbang. Jadi tidak hairanlah kalau rumah mereka tinggi di tebing.

Monumen Nasional Bandelier
New Mexico, Amerika Syarikat

Monumen Nasional Bandelier

Semasa ahli antropologi terkenal, Adolph Bendelier melawat ke kawasan tebing ini pada tahun 1880, dia berkata kawasan itu adalah salah satu benda yang paling hebat yang pernah dilihatnya.

Manusia zaman purba telah membuat penempatan dikawasan tersebut dengan membuat terowong melalui dinding-dinding ngarai manakala sesetengah lagi bangunan dibina dibahagian bawah tebing.

Mengikut sejarah, puak Pueblo menjadikan kawasan itu kediaman mereka pada tahun 1150. Malah, artifak yang ditemui juga menunjukkan yang penduduk awal di situ turut terlibat dengan kegiatan rangkaian dagangan yang berlaku sehingga ke Mexico.

Yang menariknya, bila pihak musuh menyerang, penduduk di situ akan segera menarik tangga mereka ke atas menyebabkan musuh tidak dapat memanjat ke atas gua.

Penempatan Uchisar
Cappadocia, Turki

Uchisar

Di Cappadocia, Turki pula, manusia mula membuat rumah mereka di kawasan berbatu di situ sejak 1,400 yahun yang lampau lagi. Di bahagian tertinggi Cappadocia, terdapat Istana Uchisar yang mempunyai begitu banyak bilik, laluan dan juga tangga yang mana sesetengahnya tidak lagi boleh digunakan.

Mengikut teori, bandar seperti Uchisar adalah sebahagian daripada rangkaian terowong-terowong tersembunyi yang digunakan untuk tujuan pertahanan tetapi teori itu masih belum dapat dibuktikan sehingga kini.

Walaupun tiada akses untuk sesetengah laluan rahsia, namun masih banyak lagi kawasan lain yang boleh diterokai di kawasan tersebut.

Penempatan Tebing Manitou
Colorado, Amerika Syarikat

Manitou Springs

Biasanya kediaman di tebing adalah kekal di satu-satu lokasi, tetapi yang menariknya tentang kediaman tebing di Manitou Springs ialah, ia telah dipindahkan dari tapak asalnya beratus-ratus batu jauhnya dari situ.

Puak Pueblo telah membina kediaman asal mereka di wilayah Four Corners yang didiami mereka antara tahun 1200 dan 1300 namun akhirnya pada tahun 1900, rumah mereka telah dipindahkan ke lokasi yang ada sekarang.

Lokasi ini seterusnya dijadikan muzium dan terus kekal sehingga kini. Ianya masih terpelihara dengan baik dan sangat mudah diakses oleh orang ramai.

Penempatan Tebing Gila
New Mexico, Amerika Syarikat

Mogollón Gile Monument

Oleh kerana keadaan geografi di penempatan ini agar sukar dan curam, maka ianya kelihatan seperti kediaman yang sukar untuk didiami tetapi sebenarnya orang-orang Mongollon yang tinggal di situ sekitar penghujung kurun ke 13 mempunyai akses atau keperluan asas yang mencukupi seperti air, tanah untuk berkebun atau memburu, sumber kayu dan juga tempat berteduh.

Tebing di kawasan ini terbentuk hasil aktiviti volkanik dan puak Mogollon telah membina rumah mereka di dalam lima buah gua yang sudah sedia ada di situ. Penempatan itu pula adalah bersambung antara satu sama lain dan setakat ini 46 buah bilik telah berjaya ditemui.

Kawasan ini telah ditemui oleh seorang imigran dari Eropah pada tahun 1878 dan pada awal kurun ke 20, beberapa mumia turut ditemui di situ.

Salah satu daripadanya ialah mumia bayi yang dikenali sebagai 'Zeke' yang kemudiannya telah disimpan di Smithsonian, manakala yang selebihnya telah disimpan oleh pengumpul-pengumpul barangan persendirian.

Penempatan Tebing Puye
New Mexico, Amerika Syarikat

Puye Cliff Dwellings

Satu lagi penempatan yang didiami oleh orang-orang Pueblo yang tinggal disitu antara kurun ke 10 sehinggalah ke tahun 1580. Kediaman di sini terdiri daripada dua paras gua dan tebing yang berbea selain terdapat sebuah struktur tambahan di bahagian paling atas.

Bahagian pertama adalah di bahagian bawah sepanjang satu batu manakala bahagian kedua pula adalah sepanjang 2,100 kaki. Pada mulanya kediaman ini mempunyai 740 buah bilik dan pernah menjadi kediaman terbesar untuk puak Pueblo di Pajarito Plateau.

Malah, keturunan puak ini masih wujud sehingga ke hari ini dan kini tinggal tidak jauh dari penempatan tersebut iaitu di Santa Clara, Pueblo, kira-kira 10 batu dari situ.

Penempatan Tebing Mesa Verde
Colorado, Amerika Syarikat

Mesa Verde

Kediaman di Mesa Verde adalah sebahagian daripada kawasan yang tersenarai dalam UNESCO World Heritage Site dan dianggap sebagai salah satu kawasan paling terpelihara dan paling penting dalam kelasnya.

Kawasan ini turut didiami oleh orang-orang Pueblo yang mendudukinya sekitar tahun 1190 hingga 1300. Di sini mereka mendirikan pelbagai jenis bangunan dan struktur seperti istana dengan 200 buah bilik termasuk sebuah bilik luas yang digunakan untuk penyimpanan.

Mereka yang tinggal di situ meneruskan aktiviti pertanian di bahagian atas kediaman mereka. Penghuni di situ juga terpelihara daripada gangguan cuaca kerana kediaman mereka akan menjadi hangat pada bula-bulan yang sejuk dan tidak panas pada musim panas kerana cahaya tidak dapat masuk ke situ kerana terhalang.

Penempatan Tebing Guyaju
Yanqing, China

Guyaju, Yanqing

Penempatan ini agak misteri kerana tiada sesiapa yang mempunyai rekod mengenai orang-orang yang telah membinanya. Namun dikatakan bahawa kediaman ini telah berusia lebih daripada 1,000 tahun dan berkemungkinan adalah hasil senibina etnik Xiyi yang juga kurang diketahui latar belakang mereka.

Kediaman disitu telah dibina dengan mengukir di batu yang sedia ada dan adalah tinggalan terbesar daripada jenis penempatan tebing yang boleh ditemui di negara China. Penempatan ini mempunyai 170 buah gua dengan lebih 350 buah bilik boleh ditemui.

Tinggalan seperti katil batu, sistem pengudaraan dan takungan untuk air hujan telah ditemui di situ dan juga sebuah gua yang digunakan untuk menyimpan kuda turut ditemui.

Penempatan Kandovan
Azerbaijan Timur, Iran

Kandovan, Iran

Tidak seperti kebanyakan penempatan tebing yang dinyatakan di atas, penempatan ini masih lagi dihuni sehingga ke hari ini selepas 700 tahun. Gua-gua disini telah dikorek dengan lebih dalam untuk dijadikan rumah.

Keistimewaan penempatan ini ialah seperti juga di Mesa Verde, mereka yang tinggal di sini akan merasa hangat pada musim sejuk dan merasa sejuk pada musim panas. Tapi yang paling menarik ialah, terdapat sebuah hotel lima bintang di situ.

Jadi, bagi mereka yang mahu merasa sendiri pengalaman tinggal di kawasan sedemikian, bolehlah menyewa di hotel tersebut dan merasakan sendiri keunikannya tapi dalam suasana yang lebih selesa.

Penempatan Sassi di Matera
Basilicata, Itali

Sassi di Matera

Sassi di Matera bermaksud 'Batu-batu Matera' yang merujuk kepada kediaman-kediaman yang terbina sepanjang jurang di bandar Matera, selatan Itali. Penduduk telah mendiami gua-gua di situ sejak era Paleolitik dan berkemungkinan besar ianya adalah penempatan terawal yang terdapat di Itali.

Kediaman di situ telah di bina masuk ke dalam batu-batu di tebing dan kerana kemajuan peralatan pada zaman tembaga dan besi satu ketika dahulu, ianya telah memudahkan kerja-kerja membuat kediaman tebing tersebut.

Namun, tahun-tahun berlalu, dinding-dinding mula ditutup dan air hujan telah dibiarkan melaluinya menuju ke terusan berdekatan.

Walaupun penempatan ini kurang bersih untuk di diami sehinggalah ke tahun 1950an, beberapa buah gua di situ telah diubahsuai dan ditukar menjadi restoran-restoran dan hotel selain kawasan kediaman yang lebih selesa.

BACA INI JUGA: Tamadun Purba Yang Ditenggelamkan Ke Dasar Lautan

-Sentiasapanas.com


Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon