Thursday, December 05, 2013

Ulang Tahun Ke 30 Paling Hebat Dalam Sejarah Manusia!


30 tahun yang lalu, tiada siapa akan menyangka semua ini bakal menjadi fenomena di masa hadapan. Menjadi ikutan, santapan harian malah menjadi keperluan penting dalam kehidupan.

Berikut adalah antara Ulang Tahun Ke 30 Paling Hebat Dalam Sejarah Manusia!.

McNugget


Walaupun sebenarnya chef eksekutif bagi rangkaian makanan segera McDonald's iaitu Rene Arend telahpun mencipta McNugget pada tahun 1979, namun makanan itu hanya berada di pasaran pada tahun 1983 dengan alasan ayam yang tidak mencukupi untuk diproses. Menurut kenyataan Rene, bekalan ayam sememangnya tidak mencukupi ketika itu jadi tempoh pemasaran McNugget terpaksa ditangguhkan sehinggalah pada tahun 1983.

Gaya tarian 'Moonwalk'


Pertama kali Michael Jackson mempersembahkan tarian 'moonwalk' ialah semasa berlangsungnya satu rancangan istimewa di televisyen iaitu Motown 25: Yesterday, Today, Forever yang mana MJ kembali bersatu dengan abang-abangnya dalam rancangan tersebut. Gaya tarian itu dipersembahkan dalam lagu 'Billie Jean' dan para penonton terus teruja melihat gaya tersebut. Walaupun gaya tarian hampir sama pernah ditonjolkan sebelum itu, namun hanya pada tahun 1983 ianya dinamakan 'moonwalk' dan ditarikan oleh MJ.

Star Wars Episode VI: Return of The Jedi


Pada asalnya filem ini dinamakan 'Revenge of The Jedi' namun kemudiannya ditukar menjadi 'Return of The Jedi'. Filem ini berjaya menutup siri-siri filem trilogi Star Wars sebelumnya dengan begitu sukses. Menerusi filem ini ini juga para penonton diberikan sedikit klu bagaimana rupa Darth Vader tanpa topeng mukanya.

Jam Tangan Swatch


Jam tangan Swatch telah diperkenalkan secara tepatnya pada bulan Mac 1983 dan memberikan satu pengalaman dan perasaan baru bagi hasil kerja jam tangan yang diperbuat di Switzerland. Walaupun pada ketika itu jam tangan digital sedang bersaing di pasaran, namun Swatch diperkenalkan masih lagi dalam konsep analog.

Kamkoder Sony


Pada tahun 1983, pihak Sony telah memperkenalkan kamkoder pertama mereka untuk kegunaan orang ramai. Ianya dinamakan Betamovie BMC-100P dan menggunakan pita-pita Betamax untuk membuat rakaman. Pada penghujung tahun yang sama juga, JVC pula telah memperkenalkan kamkoder mereka menggunakan format VHS-C.

Permainan Mario Bros.


Syarikat Nintendo telah memasarkan permainan asal Mario Bros pada tahun 1983 yang memaparkan pelombong Mario dan Luigi dalam dunia permainan video. Walaupun pada asalnya, watak Mario pernah muncul dalam Donkey Kong pada tahun 1981 namun ketika itu namanya ialah 'Jumpman' dan kerjayanya ialah seorang pembuat rumah.

Apple Ile


Syarikat ternama Apple telah memasarkan komputer peribadi mereka yang diberi nama Apple Ile ataupun turut dikenali sebagai Apple //e. Ia mula berada di pasaran pada bulan januari 1983 dan telah dikeluarkan sehingga ke penghujung 1993 menjadikannya salah satu komputer peribadi yang paling lama berada di pasaran. Antara ciri-ciri utamanya yang menjadi perhatian ialah kemampuannya untuk memaparkan abjad berhuruf kecil kerana model-model sebelum itu menggunakan abjad berhuruf besar sahaja.

Pet Sematary


Pada tahun 1983, penulis novel terkenal iaitu Stephan King telah mengeluarkan novelnya yang bertajuk 'Pet Sematary' yang sebenarnya mendapat inspirasi daripada sebuah kawasan pengebumian haiwan peliharaan yang sebenar yang mana di kawasan itulah anak perempuan Stephan iaitu Naomi telah menyemadikan kucing kesayangannya, Smucky pada tahun 1978. Walaupun pada mulanya Stephan agak keberatan untuk menghantar manuskrip novel itu kerana kebanyakan ceritanya berdasarkan cerita yang diinspirasikan dari pengalaman keluarganya sendiri namun isterinya, Tabitha berjaya memujuknya untuk berbuat sebaliknya. Pada November tahun ini, dijangkakan keluaran terhad novel itu untuk menyambut ulangtahunnya yang ke-30 akan dikeluarkan.

Rancangan The A-Team


Episode pertama The A-Team telah bersiaran di saluran NBC pada 23 Januari 1983. Siri ini sebenarnya berakhir pada 30 Disember 1986 namun selama ia ditayangkan di kaca-kaca tv, ia telah menjadi salah satu budaya pop dalam sejarah.

Disney Channel


Pada 18 April 1983, Disney Channel telah dilancarkan dengan dimulai dengn rancangan 'Good Morning, Mickey!' iaitu sebuah program kompilasi selama 30 minit yang menampilkan pelbagai sketsa-sketsa pendek Disney selain satu segmen senaman pendek yang dikenali sebagai 'Mousercize'.

Microsoft Word


Pada asalnya ia dinamakan 'Multi-Tool Word', tetapi ditukar menjadi Microsoft Word. Ianya menggunakan sistem Unix untuk digunakan sebelum ianya muncul di MS-DOS, Mac, Atari dan kemudiannya di Windows. Demo pertamanya telah dikeluarkan oleh Microsoft untuk kegunaan MS-DOS pada bulan November 1983 dalam program 'PC World'.

Letusan berterusan Gunung Berapi Kilauea


Pada 3 Januari 1983, gunung berapi Kilauea di Hawaii mula memuntahkan lavanya dan sejak itu tidak berhenti-henti daripada mengeluarkannya. Ia adalah letusan paling lama yang wujud dalam sejarah gunung berapi dan salah satu rekod paling lama yang pernah berlaku kepada mana-mana gunung berapi.

-Sentiasapanas.com

2 comments

  1. wah.. tahun 1983 sama umur dengan kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa sangka setelah 3 dekad, semakin tua atau semakin popular?

      Delete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon