Sep 11, 2014

Awas Bahaya Vita-Lea Shaklee!

Info Kesihatan. Saya terpanggil untuk menulis artikel mengenai bahaya produk Shaklee selepas 'orang rumah' mengalami bengkak pada tiroid selepas memakan Vita-Lea keluaran Shaklee.

Vitalea shaklee bahaya

Selepas klinik mengesahkan 'orang rumah' hanya ada 7 pain darah dalam badan - loya, pening dan cepat pitam, saya dengan segera menghubungi pengedar Shaklee. Sebotol Vita-Lea berharga RM80 selepas diskaun, makan 2 biji sehari 1 jam selepas makan.

2 minggu selepas itu, tiroid 'orang rumah' tiba-tiba membengkak. Tangan terketar-ketar, degupan jantung terlalu laju.

Tapi tak tau la pula kalau selain pembengkakan tiroid, 'getaran' tangan dan degupan jantung terlalu laju sebahagian dari kesan memakan Vita-Lea ni.

Silapnya, kami tidak mendapatkan nasihat daripada doktor sebelum memakan Vita-Lea ni. Mungkin sebab terlalu risau dan nak 'orang rumah' cepat sembuh, siapa tak sayang bini kan..:)

Jadi, selepas merujuk kepada pakcik Google mengenai kesan sampingan apabila memakan Vita-Lea, rupanya bukan semua pesakit sesuai dengan kandungan yang ada didalamnya!

Vita-Lea Shaklee Bahaya?

Sememangnya Vita-Lea mengandungi banyak manfaat TETAPI ia menjadi BAHAYA jika anda berada dalam situasi tertentu.

Pesakit juga dinasihatkan untuk mendapat nasihat pakar kesihatan atau doktor terlebih dahulu sebelum mengambil Vita-Lea Shaklee sekiranya mengalami salah satu daripada situasi di bawah:
  1. Mereka yang mempunyai masalah Hyperthyroid. Pesakit ini mengalami masalah kadar iodin yang tinggi dalam darah. Vita-Lea mengandungi iodin, ini akan meningkatkan lagi paras iodin dalam tubuh pesakit dan mungkin akan menyebabkan keradangan.

  2. Pesakit SLE. Vita-Lea mengandungi alfalfa. Pesakit SLE tidak disarankan untuk mengambil sebarang suplimen yang mengandungi alfalfa. Kerana alfalfa mengandungi asid amino L-canavanine yang boleh mencetuskan serta meningatkan keradangan pesakit SLE.

  3. Alahan herba. Mereka yang mempunyai masalah alahan dengan herba kerana Vita-Lea Shaklee mengandungi herba iaitu alfalfa.

  4. Pesakit Thalassemia (terutamanya Thal. Major). Ini kerana Vita-Lea Shakle diformulasikan dengan Zat Besi. Pesakit Thalassemia sendiri mengalami bebanan berlebihan zat besi dalam badan.

Kebaikan Vita-Lea Shaklee

Vitalea shaklee bahaya [2]

Walau bagaimanapun, tidak dinafikan kebaikan multi-vitamin Vita-Lea Shaklee jika diambil setiap hari, Vita-Lea dikatakan mampu:
  1. Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.

  2. Mengandungi beta karotena yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu.

  3. Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi.

  4. Biotin dan asid pantotenik membantu untuk memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh.

  5. Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.

Jadi, kesimpulannya dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum menggunakan sebarang produk kesihatan dan ubat-ubatan luar, sebab mungkin ianya berbahaya kepada kesihatan kita.

-SENTIASAPANAS.COM

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

5 comments

Nasib baik ada "cikgu google" yang blogger malaysia sentiasa rujuk.

JOM LAWAT BLOG INI

http://syokvitamin.blogspot.my/

Vitalea mmg tidak disarankan utk pesakit tiroid. Mungkin tak cukup q & a sebelum beli. :)

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon