Dec 30, 2015

7 Perkara Wanita Bertudung Selalu Abaikan Tentang Penjagaan Kulit!

'Kulit aku gelap, nampak tua dan berbelang! Stressnya!' Ini antara masalah yang selalu dihadapi oleh wanita bertudung. Kadang-kala wajah mereka nampak lebih tua dari usia.

Wanita Bertudung

Kulit gelap mampu diatasi, tetapi bagaimana pula dengan penuaan dan garis halus? Ramai wanita yang tidak sedar bahawa seawal usia 25 tahun akan terjadinya penuaan.

Ada beberapa perkara penting tentang penjagaan kulit yang selalu diabaikan oleh wanita bertudung. Sebelum masalah kulit jadi lebih teruk, ketahui perkara tersebut dan cuba elakkan!

1. Kurang minum air

Wanita Bertudung [2]

Air sangat penting kalau nak kulit yang cantik. Cuba bandingkan kulit anda dengan mereka yang minum banyak air kosong. Amalkan 8 gelas sehari untuk dapatkan kulit cantik macam Uqasha Senrose!

2. Cara pemakanan tidak sihat

Wanita Bertudung [3]

Percaya tak, kulit anda menunjukkan cara pemakanan anda. Nak kulit yang cantik, amalkan pemakanan yang sihat seperti makan buah-buahan dan sayur-sayuran.

3. Tidur tanpa bersihkan wajah

Wanita Bertudung [4]

Wanita bertudung mudah berpeluh. Kadang-kadang kita rasa letih sangat, sampai terus tidur tanpa bersihkan wajah. JANGAN biarkan wajah dengan mekap, bakteria akan membiak dan akhirnya timbul jerawat.

4. Kerap pakai tudung yang sama

Wanita Bertudung [5]

Masalah wanita bertudung, kalau dah suka satu tudung, tudung tu je la diaorang akan pakai. Tapi, kalau dah pakai berulang–ulang dan tak basuh, mesti peluh banyak melekat dan beri masalah pada kulit.

5. Terdedah lama di bawah cahaya matahari

Wanita Bertudung [6]

Bagi wanita bertudung, terdedah di bawah cahaya matahari tidak menjadi masalah. Tetapi, bagaimana dengan wajah anda? Jika terlalu lama terdedah, kulit akan jadi gelap dan berbelang. Buruknya!

6. Tidak memakai perlindungan SPF

Wanita Bertudung [7]

Ini perkara yang wanita sering abaikan. Bagi wanita bertudung, wajah merupakan subjek utama. Kalau kulit tidak cantik, habislah! SPF juga sangat penting untuk elakkan penuaan dan kedutan.

7. Pengambilan gula berlebihan

Wanita Bertudung [8]

Gula memang tidak baik untuk kesihatan dan juga kulit. Ambil terlalu banyak gula akan menyebabkan glikasi, dimana ia mampu mempengaruhi sel-sel kulit dan terjadinya penuaan.

BACA INI JUGA: Kenapa Bulu Kemaluan Wanita Perlu Dicukur?

Sumber: Hanasuva

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

3 comments

Kurang pasti pulak.. Kena lihat komen kaum wanita, hehe

p/s: Terima kasih sentiasa menyokong BinMuhammad. Andalah blogger terbaik 2015 :)

Terima kasih atas penghargaan ini, tapi rasanya kata-kata itu terlalu berat untuk SP, ramai lagi blogger terbaik diluar sana termasuklah BM..:)

Bab minum air tu memang wajib..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon