Mar 28, 2015

Siapa Manusia Hebat Itu Yang Mencipta Tulisan Braille?

Cuba lihat titik-titik dibawah? Anda faham apa maksudnya? Ya, kombinasi titik-titik ini sebenarnya adalah tulisan Braille.

Braille

Tulisan Braille adalah satu sistem penulisan yang digunakan oleh orang yang cacat penglihatan untuk membaca.

Tahukah anda siapa pencipta tulisan Braille? Seorang pemuda berbangsa Perancis, Louis Braille, telah mencipta sistem penulisan ini pada kurun ke 19 atau lebih tepat lagi pada tahun 1824.

Dan tahukah anda, Braille juga sebenarnya seorang yang buta? Dia kehilangan kedua-dua indera penglihatan sewaktu berusia lima tahun akibat kemalangan.

Walaupun telah diberikan rawatan terbaik ketika itu, kecederaan yang dialami pada sebelah matanya telah merebak sehingga menyebabkan Braille menjadi buta.

Braille mendapat inspirasi untuk menghasilkan tulisan ini sewaktu mengikuti pengajian disebuah institusi yang dikhaskan untuk orang-orang cacat penglihatan.

Pada tahun 1821, seorng bekas tentera bernama Kapten Charles Barbier telah datang ke institusi berkenaan untuk memberikan kuliah.

Charles menceritakan tentang bagaimana dia telah mencipta satu kaedah komunikasi untuk berhubung pada waktu malam.

Sistem tulisan timbul itu membolehkan askar-askar menyampaikan mesej tanpa perlu bersuara dan tidak memerlukan cahaya.

Braille ternyata berminat dengan apa yang dipelajarinya. Dia mula memahirkan dirinya untuk memahami sistem yang diberi nama 'Sonografi' itu.

Kemudian, Braille menambah baik tulisan tersebut dengan mewujudkan tanda bacaan dan huruf bagi setiap karya seperti orang biasa.

Tiga tahun selepas itu, Braille akhirnya berjaya muncul dengan sitem tulisannya sendiri.

Tulisan Braille yang terdiri daripada enam titik timbul itu telah dinomborkan mengikut abjad.

Kombinasi titik-titik tersebut menggambarkan setiap huruf dan tanda baca yang diwakili.

Namun, ketika awal kemunculannya, tulisan ini pernah mendapat tentangan hebat daripada ahli akademik.

Mereka mengatakan bahawa tulisan Braille adalah sangat berbeza dengan huruf rumi dan terlalu janggal untuk digunakan.

Malah, sistem tulisan ini juga pernah diharamkan dan segala buku yang dicetak menggunakan tulisan Braille dibakar bagi mengelakkan penyebarannya.

Sehinggalah pada tahun 1851, kerajaan Perancis akhirnya memperakui tulisan Braille sebagai satu sistem tulisan.

Louis Braille
Louis Braille.

Sejak itu, penggunaan tulisan Braille mula berkembang luas dan memasuki negara-negara lain dibenua Eropah.

Setahun selepas itu, Braille meninggal dunia akibat batuk kering pada usia 43 tahun.

Tulisan ini diangkat secara universal pada akhir kurun ke 19 dan diberi nama Braille, diambil sempena nama penciptanya sendiri.

Simbol Braille juga telah diperbaiki sehingga boleh digunakan untuk membaca nota muzik dan matematik.

Kini Braille telah diubahsuai dengan menambah dua lagi titik menjadi kod lapan titik timbul. Ia bagi memudahkan pembaca Braille mengetahui huruf tersebut ialah huruf besar atau kecil.

Pada pertengahan abad ke 20, rumah Braille yang terletak di Coupvray, 40 kilometer di timur kota Paris telah dijadikan muzium oleh Majlis Kebajikan Orang Buta Sedunia.

Selain itu, tanggal 4 Januari setiap tahun turut diperingati sebagai Hari Braille Sedunia yang diambil sempena tarikh kelahiran Louis Braille.

BACA INI JUGA: 10 OKU Yang Memberi Inspirasi Kepada Dunia

-SENTIASAPANAS.COM

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

1 comments so far

pandai dia buat.

hasilnya, ramai orang buta boleh membaca dah lepas nih.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon