Jan 9, 2016

Coklat Gelap Kurangkan Risiko Hidap Barah Pankreas

Coklat gelap bukan sahaja membantu meningkatkan metabolisme tubuh, malah makanan yang kaya dengan zat magnesium itu juga didapati boleh membantu merawat kanser pankreas.

Dark chocolate

Penyelidik dari Indiana University School of Public Health-Bloomington, Indiana, Amerika Syarikat, Dr. Ka He berkata, pengurangan 100 miligram magnesium sehari dikaitkan dengan risiko menghidap barah pankreas sehingga 24 peratus.

“Kanser pankreas memiliki sifat unik sekali gus menjadikan ia berbeza daripada barah lain. Kadar survival dalam tempoh lima tahun agak rendah, jadi pencegahan dan usaha mengenal pasti faktor-faktor yang berkaitan dengan barah ini sangat penting,” katanya.

Berdasarkan laporan Institut Kanser Kebangsaan, angka kematian akibat kanser pankreas pada 2002 hingga 2011 meningkat berikutan pengurangan pengambilan magnesium selain turut dikaitkan dengan masalah kencing manis.

“Bagi individu yang berisiko lebih tinggi terkena kanser pankreas, mereka digalakkan menambah suplemen magnesium di samping mendapatkan zat itu melalui diet harian untuk mengurangkan risiko kanser,” jelas Ka He.

Kajian yang diterbitkan dalam British Journal of Cancer itu dijalankan berdasarkan analisis data ke atas 66,000 lelaki dan wanita berusia antara 50 hingga 76 tahun.

BACA INI JUGA: 8 Manfaat Kesihatan Air Mani Kepada Wanita Menurut Sains

Sumber: Kosmo/Nydailynews

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon