May 6, 2015

Ayam Cemani, Pengeras Upacara Memanggil Syaitan

Pasti anda pernah mendengar, bomoh akan meminta seekor ayam hitam sebagai pengeras sebelum menunaikan hajat seseorang. Itulah ayam Cemani.

Ayam Cemani

Bagi segelintir masyarakat yang mengamalkan kebatinan, penggunaan ayam Cemani adalah wajib dalam setiap upacara memanggil syaitan. Cemani merupakan seekor ayam yang sangat misteri. Sukar dicari dan kalau ada pun harganya sangat mahal.

Ayam Cemani di Malaysia dikenali sebagai ayam Selasih atau ayam hitam, sebenarnya berasal dari Pulau Jawa, Indonesia. Nama Cemani itu sendiri berasal daripada perkataan Jawa kuno, bermaksud hitam legam.

Ayam Cemani ini dikatakan berasal daripada keturunan ayam Kedu Hitam. Nama Kedu itu diambil berdasarkan tempat pusat pemeliharaannya iaitu di Desa Kedu, Jawa Tengah, Indonesia. Spesis Kedu ini banyak ditemui sewaktu zaman pemerintahan Majapahit sekitar abad ke 19.

Ayam Cemani, suatu ketika dahulu merupakan haiwan peliharaan yang sangat terkenal dalam masyarakat Jawa. Ia bayak dipelihara oleh golongan bangsawan dan raja-raja sahaja.

Sebab itulah, ia dianggap istimewa dan mahal kerana simbol status yang pernah disandangnya. Malah, ramai percaya haiwan itu memiliki kuasa ghaib.

Menurut sesetengah pendapat, Cemani yang terbaik biasanya tidak memiliki bayang-bayang apabila diletakkan dibawah matahari.

Ada juga yang mendakwa ayam ini mampu keluar dari rebannya walaupun sudah dikunci dengan puluhan mangga.

Malah, ayam Cemani didakwa tidak jejak tanah pada waktu malam. Sejauh mana kebenarannya tidaklah diketahui.

Seorang penjejak paranormal terkenal Indonesia, Ki Joko Bodo percaya bahawa Cemani sangat disukai jin dan iblis kerana daging, tulang serta darahnya yang berwarna hitam.

Pada zaman dahulu kala, haiwan berbulu ini sering digunakan oleh golongan raja, pendekar dan individu tertentu sebagai syarat untuk menguasai ilmu kebatinan.

Selain itu, ia juga dikatakan mampu membawa tuah dan mendatangkan rezeki kepada pemiliknya. Walau bagaimanapun, Cemani asli sangat sukar ditemui.

Keunikan lain yang dimiliki haiwan ini adalah pada warnanya. Segala sesuatu tentang Cemani menggambarkan hitam.

Sangat legam bukan hanya pada bulu, kaki dan mukanya. Malah, balung, gelambir, paruh, biji mata, rongga mulut, kuku, daging dan semua organ dalamannya termasuk tulang juga berwarna hitam.

Bagaimanapun, darah Cemani tidak berwarna hitam sebaliknya berona merah kehitaman. Cemani jantan biasanya dikenali pada bentuk balungnya yang bergerigi.

Spesis Cemani yang dianggap cantik dan berkualiti tinggi adalah berdasarkan pada keseluruhan warna hitam yang terdapat pada badannya tanpa percampuran warna lain seperti biru dan hijau. Ayam jenis ini dipanggil Ayam Cemani Asli atau Hayam Hideung.

Ayam Cemani jantan boleh mencapai berat sehingga dua hingga dua setengah kilogram. Ayam Cemani betina pula boleh mencapai satu setengah hingga dua kilogram.

Cemani betina dikatakan mampu menghasilkan 80 biji telur setahun. Dan berat setiap telur pula adalah lebih kurang 45 gram.

Telur ayam Cemani pula bukannya berwarna hitam sebaliknya lebih kepada merah jambu. Akan tetapi, apabila telur itu menetas, anak ayam Cemani tetap berwarna hitam.

Sebenarnya, warna hitam yang terjadi pada spesis ini berpunca daripada mutasi genetik. Mutasi tersebut dikatakan pencetus kepada berlakunya pigmentasi berlebihan pada gen dominan.

Ayam Cemani Hitam

Disebabkan permintaan yang terlalu tinggi, Cemani semakin terancam dan hampir pupus. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak tertentu, namun populasi haiwan ini terus berkurangan dari tahun ke tahun.

Menurut pemilik salah sebuah ladang ternakan ayam Cemani di Jawa Barat, Indonesia, Wira Kusumah, 90 peratus pembeli ayam Cemani mengaku hanya mahukan darah haiwan itu sahaja. Darah tersebut kemudian digunakan dalam pelbagai upacara keagamaan serta ritual ghaib.

Menurutnya lagi, walaupun Cemani memiliki banyak kegunaan, ia sama sekali tidak dijadikan menu sajian di Indonesia. Ia digunakan untuk tujuan perubatan tradisional.

Oleh kerana Cemani memiliki pelbagai keistimewaan, keunikan, kegunaan, misteri serta lambang status, nilainya begitu mahal di pasaran.

Sesetengah ayam Cemani yang memiliki warna hitam sempurna boleh terjual sehingga mencecah RM17,000 ke RM85,000 seekor.

Malah, boleh mencapai harga hingga ratusan ribu ringgit!

BACA INI JUGA: Anneliese, Maut Selepas Dirasuk Entiti Misteri!

-SENTIASAPANAS.COM

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

2 comments

Mmg masih ada sehingga kini rawatan sesat yg menggunakan ayam hitam ni.. kebanyakkannya mmg sihir...

012-5245002
Call saya jika berminat dengan ayam cemani serba hitam high quality
p/s: utk tujuan hiasan sahaja

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon