Monday, July 27, 2020

6 Rahsia Disebalik Pembuatan Gajet Terkenal Di Dunia Yang Akan Membuatkan Anda Terkedu!

6 Rahsia Disebalik Pembuatan Gajet Terkenal Di Dunia Yang Akan Membuatkan Anda Terkedu!

Gajet-gajet canggih yang ada di dunia ketika ini didatangkan dengan pelbagai jenis model dan jenama, serta pelbagai jenis strategi pemasaran yang mampu memukau orang ramai.

Dilabelkan sebagai futuristik, moden, canggih, teman peribadi kita serta bermacam lagi gelaran yang menggambarkan kehebatan gajet, kita sebagai pengguna akhirnya menjadi peminat setia jenama yang kita gemari.

Namun, ini adalah 6 rahsia tentang gajet berteknologi tinggi yang ramai tak tahu.

1. OnePlus, Oppo dan Vivo Datang Dari Syarikat Yang Sama

OnePlus, Oppo dan Vivo

Kerap kali kita melihat perdebatan yang memandang 'hina' individu menggunakan telefon pintar jenama Oppo, padahal dia pun pakai Vivo.

Ada ramai juga ramai rakyat Malaysia yang taksub dengan jenama OnePlus dan strategi pemasarannya yang unik, sehingga membuatkan telefon lain nampak tak setanding dengan telefon itu.

Hentikan perdebatan ini, kerana OnePlus, Oppo serta Vivo sebenarnya datang daripada syarikat yang sama.

Syarikat itu bernama BBK Electronics, sebuah syarikat di China yang mempunyai kilang sebesar 10 hektar dan mempunyai jumlah pekerja seramai 17 ribu orang.

Seperti banyak syarikat elektronik di China, BBK Electronics bermula sebagai sebuah syarikat pengeluar konsol tiruan Nintendo satu masa dulu.

2. Peminat tegar produk Apple? Anda patut tahu tentang Quanta Computer

iPhone made by Quanta Computer

Quanta Computers juga seperti Compal, adalah ODM antara yang terbesar di dunia, namun senarai pelanggan Quanta mempunyai satu nama yang digemari ramai, Apple.

Sebagai sebuah syarikat ODM, Quanta sebenarnya bertanggungjawab mereka bentuk dan membangunkan kebanyakan produk Apple yang popular seperti Apple Watch, Apple Macbook Air dan Apple Macbook Pro.

Secara ringkas, Quanta akan menerima spesifikasi daripada Apple, apa peranti di dalamnya serta rekaan asal yang dimahukan oleh Apple, kemudian Quanta mencari jalan bagaimana hendak merealisasikan rekaan tersebut berdasarkan visi rekaan awal Apple.

Setakat ini, Quanta tidak pernah mengecewakan Apple kerana kebanyakan pesanan Apple berjaya disiapkan, malah Quanta menjadi antara pengeluar terbaik beberapa gajet Apple yang sangat sukar untuk direalisasikan, pada kos yang rendah.

3. Compal Electronics Inc.

Compal Electronics Inc.

Pernah dengar jenama Compal? Pasti anda tak pernah tahu kewujudan syarikat ini walaupun anda berkemungkinan besar ada peranti hasilan mereka.

Compal Electronics Inc adalah sebuah syarikat berstatus ODM atau Original Design Manufacturers yang bertanggungjawab mereka bentuk dan membina kebanyakan komputer riba jenama Dell, Toshiba, HP dan Acer.

50 peratus komputer riba jenama terkenal Dell adalah ciptaan Compal dengan rekaan serta penghasilannya dilakukan sepenuhnya oleh Compal, dengan Dell hanya bertanggungjawab secara sangat minima dalam penghasilan komputer itu.

Memang sejak dulu lagi kebanyakan komputer riba yang ada dijual, datang daripada syarikat seperti Compal.

Beberapa model yang dikeluarkan Compal ada dijual sendiri oleh mereka tanpa pemasaran besar, walaupun dibangunkan pada asalnya untuk jenama lain seperti Acer dan Dell misalnya.

Compal juga membuka jualan kepada mana-mana syarikat kecil yang mahu membangunkan jenama sendiri.

Jualan dilakukan menggunakan model keluaran mereka, tanpa jenama dan pembeli bebas meletak apa saja jenama yang mereka mahu. Sebab itulah ada pelanggan membeli peranti mahal berjenama tetapi menjumpai peranti yang sama, cuma jenamanya saja berbeza. Harganya pula murah berkali-kali ganda.

4. Produk Anda Mungkin Dihasilkan Oleh Buruh Kanak-kanak

Cobalt in Congo

Berikutan penggunaan bateri lithium-ion dalam kebanyakan gajet kita hari ini, penggunaan bahan cobalt menjadi sangat penting dalam industri elektronik.

Cobalt adalah bahan penting dalam penghasilan bateri dan tidak banyak tempat melombongnya dengan kos yang minima kecuali di Congo.

Sebuah laporan yang dikeluarkan Amnesty International pada tahun 2016, wujud sindiket perlombongan cobalt untuk bekalan industri elektronik menggunakan tenaga buruh kanak-kanak, dengan setiap 'pekerja' dibayar mengikut jumlah cobalt yang berjaya ditemui.

Cobalt yang ditemui akan dijual kepada syarikat bernama Congo Dongfang Mining, sebuah anak syarikat pemproses cobalt terbesar bernama Huayou Cobalt.

Huayou Cobalt pula bertanggungjawab memasarkan bahan tersebut kepada syarikat-syarikat pembuat bateri yang dilantik, dengan bateri yang siap dibekalkan terus kepada syarikat-syarikat ini.

Setakat ini, beberapa syarikat seperti Apple, Samsung dan Sony menafikan dakwaan ini walaupun Huayou Cobalt dengan jelas menyenaraikan mereka sebagai pelanggan.

5. Apple Bukanlah Pengeluar Jenama iPhone Yang Pertama

Infogear iphone

Kita mengenali nama Apple dengan penggunaan huruf 'i' di depan, yang menjadi identiti produk-produk Apple, bagaimanapun, iPhone pertama sebenarnya bukan milik Apple.

Sebuah syarikat bernama InfoGear adalah pengeluar iPhone pertama di dunia, iaitu sebuah telefon meja yang mempunyai skrin, papan kekunci dan kebolehan mengakses internet.

Pada tahun 2000, InfoGear dibeli oleh Cisco dan menjadi pemilik baru nama iPhone sebenar.

Mereka mengeluarkan gajet baru bernama Linksys iPhone dan selepas Steve Jobs mengumumkan iPhone pada tahun 2007, Cisco menyaman Apple kerana menggunakan hak cipta mereka yang telah didaftarkan. Penyelesaian diterima kedua-dua pihak untuk sama-sama berkongsi nama iPhone dengan Apple dikatakan membayar sejumlah amaun yang tidak diketahui berapa jumlahnya.

6. "Samsung? Eeuww!"

Samsung vs iPhone

Bagi peminat Apple yang tahu, mereka pasti tidak akan memandang rendah jenama telefon lain kerana mereka tahu apa sebenarnya isi kandungan sesebuah iPhone.

Semenjak diperkenalkan lagi, iPhone sebenarnya mempunyai banyak komponen jenama Samsung terkandung di dalamnya.

Samsung adalah pengeluar terbesar prosesor A9 yang dipasang dalam setiap iPhone 6, A7 pada iPhone 5 dan A6 pada iPhone 5.

Hanya bermula pada siri prosesor A10 yang digunakan pada iPhone 7, Samsung tidak lagi terlibat dalam pembuatan prosesor untuk iPhone.

Namun, untuk setiap satu iPhone X yang dijual, Samsung mencatatkan keuntungan lebih RM450 setiap jualan berikutan banyak komponen buatan Samsung seperti skrin dan RAM digunakan di dalamnya.

Untung Samsung menghasilkan bahagian dalaman iPhone X sebenarnya melebihi untung Samsung dalam menghasilkan telefon mereka sendiri, Samsung Galaxy S8.

Jadi, tak perlulah kita nak "euwww euwww" hanya kerana kita percaya pada strategi pemasaran produk Apple, kerana anda mungkin nampak jenama Apple, tetapi isi perutnya tetap Samsung.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Wednesday, May 20, 2020

HUAWEI Y6p, Bateri 5,000mAh, 4GB RAM, Cuma Berharga RM559!

HUAWEI Y6p, Bateri 5,000mAh, 4GB RAM, Cuma Berharga RM559!

Bateri smartphone tahan lama, skrin besar dan gaya hebat antara kriteria diutamakan dalam pemilihan telefon pintar namun, untuk memiliki tiga aspek penting itu, harganya juga pasti mahal, kini HUAWEI mempunyai telefon pintar diimpikan pada harga yang sangat berpatutan iaitu HUAWEI Y6p, dilengkapi hayat bateri besar, skrin besar dan gaya besar.

HUAWEI Y6p

Huawei mengumumkan kemasukan telefon baharu, Huawei Y6p di pasaran Malaysia pada harga RM 599 seunit dan tidak ketinggalan, model Y5p turut diperkenalkan pada tanda harga RM359.

Huawei Y6p

Menampilkan tiga pilihan warna iaitu, Emerald Green, Phantom Purple, dan Midnight Black, model Y6p mengguna pakai cipset MTK 6765. Ia dipadankan dengan RAM 4GB berserta storan 64GB.

Skrinnya pula seluas 6.3 inci, dengan resolusi 1600×720 HD. Kuasanya dijana oleh bateri sebesar 5,000mAh.

Di bahagian pengimejan, Huawei Y6p mempunyai trikamera belakang dengan sensor 13MP kamera utama, 5 MP (wide-angle) dan 2 MP bokeh. Kamera hadapannya pula mempunyai sensor 8 MP.

Huawei Y5p

Model Y5p mempunyai skrin lebih kecil, iaitu 5.45 inci, TFT LCD dengan nisbah 18:9.

Operasinya dijana oleh cipset Mediatek MT6762R dan dipadankan dengan RAM 2GB serta storan 32GB yang boleh ditingkatkan kepada 512 GB dengan tambahan kad memori SD. Baterinya juga lebih kecil iaitu, 3,020mAh.

Y5p hanya mempunyai satu kamera belakang dengan sensor 13 MP dan 5 MP kamera hadapan untuk swafoto.

Sama seperti Y6p, model ini boleh didapati dalam warna Phantom Purple, Midnight Black dan Mint Green.

Huawei AppGallery

Kedua-dua model ini tidak disertakan dengan stor aplikasi Google Playstore, yang secara langsung ia tidak menyokong Google Mobile Services (GMS).

Namun, HUAWEI dengan pantas mengisi AppGallery dengan lebih banyak aplikasi seperti Maybank2U, RHB Bank, PB Engage, e-dompet Touch n go, shopee, lazada, Facebook, Whatsapp, Astro Go, Here WeGo dan banyak lagi.

Dengan mekanisme pengesanan empat lapisan, ia memastikan aplikasi diperiksa secara menyeluruh untuk mengelakkan perisian hasad sekali gus pengguna akan lebih yakin terhadap keselamatan aplikasi yang dimuat turun dari AppGallery.

AppGallery HUAWEI juga dikenali secara berterusan memberikan faedah tanpa henti kepada pengguna seperti:
  • Pelbagai ganjaran dan faedah yang dapat ditebus daripada AppGallery.
  • Aplikasi yang dibina di seluruh dunia dapat diakses berbanding Google di mana aplikasi tertentu disekat di sesetengah kawasan.
  • AppGallery adalah lebih selamat, lebih banyak simpanan dan lebih ganjaran.

Walaupun HUAWEI sentiasa mengisi AppGallery dengan aplikasi yang banyak, kadang kala pengguna menginginkan aplikasi tertentu yang belum tersedia di platform itu.

Pengguna boleh memuat turun aplikasi FindApps di AppGallery, yang berfungsi sebagai hub membantu pengguna mencari aplikasi diinginkan dan mengarahkan mereka ke sumber yang ada untuk memuat turun aplikasi terbabit seperti Grab, Facebook, Telegram, Facebook lite dan lain-lain.

Harga Murah

HUAWEI Y6p & Y5p

Untuk mereka yang mencari telefon bajet, Huawei Y6p mempunyai beberapa kelebihan seperti bateri yang besar, RAM dan storan yang agak standard pada harga bawah RM600 serta pemproses yang cukup baik untuk mereka yang juga suka bermain permainan video.

Bagi yang ingin mencari telefon untuk anak kecil, Y5p mungkin lebih sesuai dan murah.

Untuk info lebih lanjut, layari https://huaweitogether2020.3ex.com.my dan https://consumer.huawei.com/en/mobileservices/appgallery/.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: soyacincau

Tuesday, May 12, 2020

Realme 6 Pro Dan Realme 6, Spesifikasi Hebat Pada Harga Termurah!

Realme 6 Pro Dan Realme 6, Spesifikasi Hebat Pada Harga Termurah!

Mulai melancarkan model Realme 6 pada akhir bulan April 2020, nampaknya realme meneruskan lagi siri terbaharu ini dengan pelancaran model beserta spesifikasi yang lebih tinggi iaitu realme 6 Pro.

Realme 6 Pro
Realme 6 Pro.

Seperti model-model keluaran realme sebelum ini, penawaran spesifikasi yang hebat dengan harga mampu milik antara yang turut ditawarkan pada model ini.

Spesifikasi
  • Dari segi spesifikasi, realme 6 Pro hadir dengan skrin 6.6-inci beserta refresh rate 90Hz.
  • Prestasi realme 6 dikuasakan oleh processor Snapdragon 720G beserta RAM 8GB.
  • Ruang storan bagi model ini pula adalah 128GB.
  • Hadir dengan kapasiti bateri yang besar iaitu 4,300 mAh, model ini turut disokong dengan pengecasan pantas 30W.

Kamera
  • Tidak hanya memfokuskan kepada prestasi semata-mata, realme 6 Pro turut dilengkapi dengan empat kamera utama melalui gabungan lensa 64-megapixel, 12-megapixel, 8-megapixel dan 2-megapixel.
  • Pada bahagian hadapan pula, realme 6 disertakan dengan dua kamera swafoto dengan lensa 16-megapixel dan 8-megapixel.

Harga
  • Di sebalik spesifikasinya yang memukau, realme 6 Pro sedia ditawarkan dengan harga RM1,399 sahaja bermula 12 Mei.
  • Jualan menerusi pengedar rasmi realme pula bakal bermula pada 16 Mei 2020.

Hadiah Menarik Dan Waranti Tambahan

Menariknya, setiap pembelian realme 6 bakal turut diberikan dengan beberapa hadiah menarik beserta waranti tambahan selama 12 bulan dan hadiah menarik bernilai RM149.

REALME 6

Realme 6
Realme 6.

Realme Malaysia sebelum ini telah pun melancarkan satu lagi variasi terbaharu untuk siri realme 6, memberi pilihan tambahan buat pemain permainan video dengan kehadiran Pro Camera Pro Display.

Spesifikasi
  • Realme 6 sedia untuk dimiliki dengan 8GB + 128GB pada harga RM1199.
  • Peranti ini menggunakan skrin Paparan Ultra Smooth 90Hz, dijana cip MediaTek Helio G90T, storan 128GB, Kamera AI 64 MP AI dan bateri 4300mAh dengan pengecasan pantas 30W.
  • Manakala bagi rakaman gambar, realme 6 menggunakan empat-kamera belakang dengan gabungan 64MP +8 MP + 2MP + 2MP dan kamera swafoto 16-megapixel dihadapan.
  • Realme 6 ini boleh didapati dalam dua warna, Comet White dan Comet Blue.

Realme Malaysia turut menawarkan jaminan tambahan selama 6 bulan dengan pembelian peranti ini.

Menarik bukan?

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Tuesday, March 17, 2020

Huawei Mate XS 5G Boleh Lipat Berharga RM11,111

Huawei Mate XS 5G Boleh Lipat Berharga RM11,111

Mula diumumkan sejak tahun 2019 lalu mengenai projek telefon boleh lipat dari Huawei, penantian untuk memiliki Huawei Mate XS, bakal tamat setelah Huawei Malaysia mengumumkan model Mate Xs bakal ditawarkan seawal 20 Mac 2019 ini dengan harga RM11,111.

Huawei Mate XS 5G

Sesuai dengan harganya yang premium, Huawei pada model ini berjaya menawarkan spesifikasi terbaik, antara yang tercanggih di pasaran ketika ini.

Dilengkapi dengan skrin boleh lipat 8-inci serta boleh dilipat kepada telefon 6.6-inci, Huawei Mate Xs dikuasakan oleh prosesor Kirin 990 5G dan bateri berkapasiti 4,500mAh.

Buat pasaran Malaysia, model ini hadir dengan RAM 8GB dan ruang storan 512GB.

Tidak hanya memfokuskan pada bahagian spesifikasi, kamera Huawei Mate Xs dilengkapi dengan kamera 40-megapixel, 16-megapixel dan 8-megapixel.

Huawei Mate XS 5G Boleh Lipat

Bagi anda yang berminat serta mahu muncul yang terawal untuk memiliki telefon pintar boleh lipat pertama dengan rangkaian 5G ini, anda boleh mula membuat pra-tempahan pada harga RM11,111.

Model Huawei Mate XS ini bakal ditawarkan secara rasmi di Malaysia pada 20 Mac dimana pembeli juga bakal menerima Huawei Freebuds 3.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Sunday, June 30, 2019

Nokia 2.2 Android One 2GB RAM Hanya RM399

Nokia 2.2 Android One 2GB RAM Hanya RM399

Nokia nampaknya kembali lagi dengan smartphone android terbaharu, Nokia 2.2, dengan penyertaan sistem operasi Android One mampu milik dengan harga yang dianggap sangat rendah dan sememangnya berbaloi dimiliki, terutama kepada peminat tegar jenama ini.

Ulasan Nokia 2.2
Nokia 2.2.

Dari segi spesifikasi, Nokia 2.2 disertakan dengan skrin 5.71-inci, processor MediaTek Helio A22, 2GB RAM. Ruang storan bagi model ini adalah 16GB manakala kapasiti baterinya adalah 3000mAh.

Menariknya, model Nokia 2.2 ini turut dilengkapi dengan butang fizikal Google Assistant.

Meskipun model ini hadir dengan harga yang rendah, Nokia tetap memberi penekanan pada bahagia kamera dengan penyertaan AI photography.

Kamera belakang model ini dilengkapi dengan lensa 13-megapixel manakala lensa hadapan adalah 5-megapixel.

Nokia 2.2 ditawarkan bermula 28 Jun 2019 dengan harga serendah RM399.

Berdasarkan spesifikasi dan kualiti yang ditawarkan, jelas mendapatkan Nokia 2.2 dengan harganya yang amat murah merupakan pembelian yang berbaloi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Wednesday, June 05, 2019

Oppo A1K, 2GB RAM 32GB Storan Berharga RM499

Oppo A1K, 2GB RAM 32GB Storan Berharga RM499

Oppo Malaysia kini telah membawa masuk satu lagi telefon pintar terbaharu untuk pasaran tempatan, iaitu Oppo A1K, pada harga mampu milik, RM499.

Oppo A1K

Oppo A1K hadir dengan spesifikasi rendah-pertengahan dan menawarkan ciri-ciri asas telefon pintar melaluinya.

Dari segi spesifikasi, Oppo A1K hadir dengan skrin 6.1-inci, dijana cip MediaTekMT6762, memori 2GB RAM dan storan 32GB.

Ia turut menggunakan kamera belakang 8-megapixel, selain kamera hadapan 5-megapixel dan melengkapkannya juga adalah bateri 4000mAh.

Berbeza dengan beberapa peranti diluar sana, Oppo A1K tidak menyertakan pengimbas cap jari, selain menggunakan rekaan skrin bertakuk kecil.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: amanz

Tuesday, May 28, 2019

Smartphone SONY Tidak Lagi Di Jual Di Malaysia

Smartphone SONY Tidak Lagi Di Jual Di Malaysia

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini dapat dilihat dimana Sony Malaysia semakin kurang aktif dalam menawarkan promosi terbaru serta menawarkan telefon pintar terbaru buat para pengguna malah, telefon pintar flagship mereka Sony Xperia XZ3 turut tidak ditawarkan di Malaysia.

Smartphone SONY

Melalui perkongsian XperiaBlog, Sony tidak lagi akan memfokuskan penjualan mereka di beberapa negara melibatkan pasaran Eropah, Hong Kong, Jepun dan Taiwan sahaja.

Malaysia juga tidak lagi tersenarai di dalam rancangan Sony untuk menawarkan telefon pintar keluaran mereka sebagai langkah strategik terbaharu syarikat ini.

Difahamkan langkah ini dibuat bagi memastikan Sony berjaya mencapai keuntungan kembali sekitar tahun 2020 depan.

Buat anda yang menggunakan telefon pintar SONY, pastinya jenama ini meninggalkan nostalgia yang banyak buat anda.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket