Sunday, January 29, 2017

Disebalik Kejatuhan Nokia Dan Pengajaran Yang Patut Dijadikan Iktibar

Loading...

Diawal kemunculan android, ketika syarikat pengeluar telefon lain sibuk mengeluarkan smartphone Android yang baharu, Nokia masih lagi selesa dengan telefon-telefon mereka dan akhirnya mereka kecundang.

Nokia

Namun, apa yang menyebabkan Nokia jatuh dengan begitu teruk sekali?

"Kami tak buat apa-apa kesalahan, tapi bagaimanapun, kami kalah," itu kata-kata terakhir dari CEO Nokia, Stephen Elop selepas mengumumkan syarikat gergasi telefon bimbit itu dibeli oleh Microsoft dengan harga $7.17 bilion.

Benar, mereka tidak membuat sebarang kesalahan, tetapi silap mereka adalah terlalu selesa sehingga lupa untuk berubah seiring dengan trend masa kini.

Akibatnya, syarikat Nokia dicantas oleh pesaing dengan begitu teruk sekali.

Nokia yang berpangkalan di Finland gagal menahan asakan pemain utama segmen telefon pintar Apple dan Samsung.

Percubaan Nokia memperkenalkan jenama Lumia dengan tawaran cabutan bertuah kereta Toyota Vios juga tidak berjaya memikat pasaran, terutama dikalangan pembeli muda.

Apple pada asasnya ialah pemain utama teknologi komputer mudah alih, manakala Samsung bermula dengan pelbagai jenama barangan elektronik seperti mesin basuh, peti sejuk dan televisyen.

Namun, apabila teknologi komputer pintar digabungkan dengan aplikasi telefon bimbit, maka Apple dan Samsung mula berperang merebut pasaran di seluruh dunia.

Kejayaan Apple memenangi kes mahkamah yang menyebabkan Samsung terpaksa membayar USD1 bilion (RM3 bilion) sebaliknya menjadikan jenama Samsung semakin popular.

Samsung dari Korea Selatan bukan sahaja menggegarkan pasaran Amerika Syarikat, bahkan menakluki pasaran Russia, United Kingdom dan benua Asia.

Jenama gajet daripada negara matahari terbit Jepun seperti Panasonic dan Sony juga agak tenggelam.

Firma penyelidikan teknologi IHS iSuppli yang berpangkalan di Washington menganggarkan Samsung berganti kedudukan dengan Nokia, penguasaan 29 peratus telefon bimbit, berbanding 24 peratus pada tahun sebelumnya.

Bagi segmen pasaran telefon mudah alih pintar, Samsung jauh di hadapan dengan 28 peratus berbanding pesaing terdekat, Apple, yang sekadar mencatat 20 peratus.

Dalam erti kata lain, Samsung mencatat peningkatan mendadak sebanyak 40 peratus penguasaan pasaran bagi kedua-dua segmen, telefon mudah alih dan telefon pintar.

Kesanggupan Samsung memperuntukkan perbelanjaan besar dalam pelaburan inovasi dan reka bentuk sangat berbaloi.

Kemahsyhuran penyanyi rap gempal Korea Selatan, Psy, dengan Gangnam Style yang mencatat hampir 1 bilion hit di laman perkongsian video YouTube sedikit sebanyak menambah kegilaan remaja di seluruh dunia terhadap jenama Korea Selatan, khususnya Samsung.

Kini, rakyat Korea Selatan bukan sahaja dapat berbangga dengan status sebagai negara perindustrian baharu (NIC), malah kemajuan negara bersaiz kecil itu yang berkembang dalam pelbagai bidang lebih pantas daripada yang dijangka.

Nokia mungkin masih bertahan untuk segmen pasaran tradisional dan pengguna yang lebih dewasa, melainkan suatu keajaiban berlaku dan Nokia berjaya kembali ke persada carta jualan telefon mudah alih, Nokia mungkin hanya mampu bergantung kepada segmen pasaran yang lebih kecil.

Mungkin Nokia juga perlu melaksanakan pelan penggabungan dengan pesaing utama Samsung supaya dapat mewujudkan momentum jualan dan sinergi persaingan yang lebih kukuh.

Pemusatan sebahagian besar proses pembuatan dan pengeluaran jenama gajet mudah alih di China atas faktor upah buruh yang rendah pula dijangka memberi keuntungan kepada negara berkenaan dalam jangka masa panjang.

Huawei, sebuah syarikat gergasi teknologi jalur lebar China sudah mula mencongak langkah untuk menyertai segmen pasaran telefon pintar dengan pembaharuan yang boleh menggugat kedudukan Apple dan Samsung.

Di samping pasaran domestik China yang besar, Huawei merupakan jenama yang sudah mula dikenali di serata dunia.

BACA INI JUGA: Sejarah Kegagalan Kodak, Syarikat Gergasi Yang Tidak Berani Berubah

Sumber: cikguazharrodzi

1 comments so far

bila agaknya nokia cuba bersaing kembali...nokia banyak mencipta nama dahulu

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon