Monday, May 27, 2019

Pengiklanan Di WhatsApp Akan Mula Diperkenalkan Bermula Tahun 2020

Pengiklanan Di WhatsApp Akan Mula Diperkenalkan Bermula Tahun 2020

Sejak mula diperkenalkan, aplikasi WhatsApp berjaya menjadi fenomena dan dimuat-turun hampir seluruh pengguna seluruh dunia kerana mudah diakses, percuma dan tidak menawarkan sebarang iklan, menjadi sebab utama orang ramai memilih aplikasi ini.

WhatsApp Ads

Walau bagaimanapun, nampaknya aplikasi ini bakal mula memaparkan iklan bermula tahun hadapan.

Difahamkan, penawaran iklan di WhatsApp ini sebagai salah satu cara untuk aplikasi ini memperoleh keuntungan daripada jumlah pengguna yang ramai.

Idea ini dilihat mula diperkatakan sejak Facebook mendapatkan aplikasi ini.

Penawaran iklan pada aplikasi WhatsApp ini sememangnya tidak mengejutkan memandangkan ura-ura pada platform ini sudah lama diumumkan sebelum ini.

Melihat kepada trend platform milik Facebook seperti Facebook Stories dan Instagram Stories yang sudahpun mempunyai iklan, jelas penawaran iklan WhatsApp Stories sememangnya tidak mengejutkan.

Buat anda yang menggunakan WhatsApp sekadar untuk tujuan permesejan dan tidak menggunakan fungsi Stories, anda mungkin tidak akan terkesan dan melihat iklan yang terpapar pada aplikasi ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Thursday, May 09, 2019

Pixel 3a, Smartphone Mampu Milik Terbaharu Google

Pixel 3a, Smartphone Mampu Milik Terbaharu Google

Google, bersempena dengan acara Google I/O 2019 telah mengumumkan telefon pintar terbaharu mereka, mengeluarkan model kelas pertengahan serta ditawarkan dengan harga mampu milik buat para pengguna. Model yang diumumkan adalah Google Pixel 3a dan Pixel 3a XL.

Google Pixel 3a
Google Pixel 3a.

Dari segi spesifikasi, Google Pixel 3a hadir dengan skrin 5.6-inci OLED FHD+ manakala Google Pixel 3a XL dilengkapkan dengan skrin 6.0-inci OLED FHD+.

Kedua-dua model ini berkongsi spesifikasi yang sama dengan menggunakan processor Snapdragon 670, RAM 4GB beserta 64GB ruang storan. Kedua-dua model ini turut disertakan dengan headphone jack.

Mengekalkan identiti Google Pixel, model ini turut hadir dengan hanya satu kamera pada bahagian belakang.

Kamera 12-Megapixel f/1.8 digunakan pada bahagian belakang manakala kamera 8-megapixel digunakan pada bahagian hadapan.

Berdasarkan percubaan The Verge, model ini nampaknya berjaya menawarkan kualiti imej seakan Google Pixel 3 yang pastinya menjadi sebab utama orang ramai memilih untuk mendapatkan model ini.

Menariknya, Google turut menjanjikan penawaran kemaskini Android versi terbaru selama tiga tahun.

Dalam erti kata lain, pengguna pastinya tidak akan menyesal dalam menantikan kemaskini terbaru dan ianya ditawarkan dengan pantas bersama model Pixel 3 dan Pixel 3 XL.

Disebalik penawaran spesifikasi yang menarik, kualiti kamera yang baik serta kemaskini yang pantas Google berjaya menawarkannya dengan harga mampu milik dimana Google Pixel 3a mula dijual dengan harga $399 (~RM 1655) manakala Google Pixel 3a XL ditawarkan dengan harga $479 (~RM 1988).

Model ini hadir dengan tiga pilihan warna terdiri daripada Just Black, Clearly White dan Purple-ish.

Buat pengguna Malaysia yang berminat untuk mendapatkannya, pastinya mereka perlu mendapatkan melalui pihak ketiga yang membawanya ke Malaysia memandangkan tiada pengedar rasmi buat Google di Malaysia.

Walau bagaimanapun, berdasarkan apa yang ditawarkan model ini nampaknya berbaloi untuk dimiliki.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Friday, April 26, 2019

Pengecas Infinity Gauntlet Milik Thanos Ini Boleh Anda Dimiliki

Pengecas Infinity Gauntlet Milik Thanos Ini Boleh Anda Dimiliki

Apa yang anda sanggup lakukan untuk membuktikan diri sebagai peminat tegar filem-filem Avengers kerana kini, pengecas smartphone iPhone berbentuk Infinity Gauntlet telah dicipta dan akhirnya boleh dimiliki.

Infinity Gauntlet charger

Seperti biasa, produk aksesori mewah ini dihasilkan oleh firma Caviar dari Rusia dan peranti anda boleh dicas di telapak tangan sarung tangan ini yang diperbuat daripada emas.

Terdapat enam batu berharga dalam sarung tangan emas ini iaitu topaz, chrysolite, amethyst, garnet, citrine dan ambar.

Berapakah harga yang perlu dibayar untuk memiliki pengecas wireless Infinity Gauntlet ini? Jawapannya ialah, hanya USD$7660 sebuah dan jauh lebih murah dari mengorbankan nyawa orang tersayang di Planet Vormir!

Pengecas Dengan Infinity Stone

Infinity Gauntlet charger

Pemilik Gautlet akan menyatukan kuasa batu, melihat kekuasaan sebenar di tangannya!

Aksesori dengan rekaan hebat, menyembunyikan pengecas wayarles iPhone ditapak tangan yang akan menggunakan seluruh kuasa batu infiniti untuk mengecas telefon pintar anda dengan pantas.

Jadi, apa tunggu lagi.

BACA INI JUGA:

sumber: amanz

Wednesday, April 24, 2019

Lenovo Z6 Pro Kamera '100MP' 6GB RAM, Hadir Dengan Teknologi 5G

Lenovo Z6 Pro Kamera '100MP' 6GB RAM, Hadir Dengan Teknologi 5G

Smartphone terbaharu Lenovo Z6 Pro bakal dilengkapi processor Snapdragon 855, turut tampil dengan kelainan apabila disertakan bersama sistem penyejukan cecair yang biasanya cuma ditawarkan dalam sistem komputer.

Spesifikasi Lenovo Z6 Pro

Kemungkinan tiga model akan ditawarkan buat Lenovo Z6 Pro dengan penyertaan RAM 6GB, 8GB, 12GB dengan ruang storan 64GB, 128GB dan 256GB.

Malah, teknologi internet terkini, 5G antara yang dijangkakan pada model Lenovo Z6 Pro ini.

Spesifikasi Lenovo Z6 Pro

Lenovo Z6 Pro hadir dengan dimensi 157.5 x 74.6 x 8.7 mm dengan berat 185 g. Skrin berukuran 6.39 inci menggunakan panel Super AMOLED dengan aspek ratio 19.5:9.

Resolusi skrin Z6 Pro adalah 1080x2340 dengan kepadatan ~403 ppi.

Selain itu, bahagian skrin turut menyokong DCI-P3 dan HDR10 yang akan menghasilkan kualiti paparan skrin yang jernih.

Kamera 100MP

Tidak hanya memfokuskan kepada spesifikasi semata-mata, Lenovo Z6 Pro turut memberi penekanan kepada kamera bahagian belakang dengan penyertaan kamera lensa merangkumi lensa 48MP, 20MP dan dua lensa 16MP.

Gabungan empat lensa Lenovo Z6 Pro ini secara tidak langsung membolehkan pengguna mendapatkan imej dengan kualiti kamera 100-megapixel.

Sama-sama kita nantikan apa lagi kejutan yang bakal diperkenalkan bagi model Lenovo Z6 Pro terbaharu ini.

Mampukah Lenovo Z6 Pro menjadi pencabar kepada telefon pintar flagship yang lain atau sebaliknya?

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Friday, April 12, 2019

Vivo Y93, 3GB RAM, Storan 32GB Berharga RM599

Vivo Y93, 3GB RAM, Storan 32GB Berharga RM599

Vivo Y93 yang dilancarkan pada November tahun 2018 lalu di China, akhirnya dijual di Malaysia bermula 13 April 2019, adalah peranti kelas permulaan bagi mereka yang hanya mahu menggunakan smartphone untuk melakukan panggilan telefon dan aplikasi pemesejan.

Harga Vivo Y93
Vivo Y93.

Vivo Y93 hadir dengan skrin 6.2-inci LCD, dilengkapi cip Snapdragon 439, memori 3GB RAM dan storan 32GB.

Ia turut menggunakan dwi-kamera belakang 13MP + 2MP, selain kamera swafoto 8-megapixel.

Melengkapkan Vivo Y93 juga adalah bateri berkapasiti 4030mAh yang dicas menggunakan mikro-USB.

Spesifikasi Vivo Y93

Terdapat juga pengimbas cap jari pada panel belakang, masih menggunakan Android 8.1 dengan pelancar ColorOS 4.5.

Di Malaysia, Vivo Y93 dijual pada harga RM599 sebuah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: amanz

Monday, April 08, 2019

Realme 3 Mula Dijual Di Malaysia, 3GB RAM, Bateri 4230mAh

Realme 3 Mula Dijual Di Malaysia, 3GB RAM, Bateri 4230mAh

Berbekalkan slogan ‘Proud To Be Young’, telefon pintar Realme dikhaskan buat mereka yang mahu mendapatkan telefon pintar dengan harga berbaloi tetapi berdasarkan spesifikasi yang menarik dan jenama yang semakin diminati di Malaysia ini telah melancarkan telefon pintar kelas pertengahan mereka, Realme 3.

Realme 3 review
Realme 3.

Dari segi spesifikasi, Realme 3 hadir dengan processor Mediatek MT6771 Helio P60 beserta 3GB RAM. Ruang storan pula 32GB.

Penawaran skrin 6.22-inci pastinya memberi kepuasan berganda buat para pengguna.

Menariknya, model ini hadir dengan kapasiti bateri yang besar iaitu 4230mAh serta dibantu dengan teknologi penjimatan bateri.

Dalam erti kata lain, anda berpeluang menggunakan Realme 3 tanpa risau mengenai bateri untuk kegunaan seharian.

Material yang digunakan pada model ini iaitu Gradient Unibody secara tidak langsung berjaya membuatkan model ini sedap dipegang serta tampak premium.

Dari segi kamera, Realme disertakan dua lensa pada bahagian belakang merangkumi 13-megapixel dan 2-megapixel.

Dari segi harga, Realme 3 mula ditawarkan pada harga serendah RM599 sahaja dan ditawarkan melalui tiga warna menarik.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Saturday, March 16, 2019

Samsung Galaxy S10 Diiktiraf Smartphone Dengan Skrin Terbaik 2019

Samsung Galaxy S10 Diiktiraf Smartphone Dengan Skrin Terbaik 2019

Sekiranya Huawei Mate 20 Pro merupakan raja bagi kamera terbaik mengikut DxOMark, Samsung nampaknya terus konsisten dalam menawarkan skrin terbaik bagi telefon pintar berdasarkan model yang ditawarkan.

Samsung Galaxy S10 Skrin
Samsung Galaxy S10 Skrin.

Kali ini, model Samsung Galaxy S10 dan S10+ berjaya menjadi telefon pintar dengan skrin terbaik mengalahkan Samsung Galaxy Note 9 berdasarkan laporan daripada DisplayMate.

Penawaran skrin AMOLED Quad HD+ sekali gus berjaya memberi paparan terbaik buat para pengguna.

Selain daripada skrin yang memukau, Samsung Galaxy S10 dan S10+ turut dilengkapi dengan spesifikasi yang terbaik khusus buat anda yang sedang mencari telefon pintar Android dengan penggunaan processor Exynos 9820 serta RAM 8 GB.

Samsung Galaxy S10 sudah mula ditawarkan di Malaysia dengan harga RM3,299 manakala S10+ hadir dengan harga RM3,699.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket