Wednesday, May 23, 2018

Ketahui Rahsia Kekuatan 6 Infinity Stone Dalam Siri Marvel


Infinity Gauntlet merupakan sarung tangan berkuasa tanpa batas yang dapat berfungsi jika keenam-enam batu permata (Infinity Gems) diletakkan di dalam sarung tangan ini yang muncul pertama kali di dalam komik bersiri keluaran Marvel pada tahun 1991.

Ketahui Rahsia Kekuatan 6 Infinity Stone Dalam Siri Marvel

Infinity Gauntlet digunakan oleh seekor makhluk asing entah muncul dari mana, Thanos, untuk menyapu habis segala makhluk di alam ini (alam Marvel).

Dalam filem The Avengers: Age of Ultron, Tony Stark (Ironman) telah bermimpi melihat kematian para Avengers di tangan ‘seseorang’.

‘Seseorang’ itu adalah Thanos yang bakal membunuh hampir separuh superhero dunia Marvel dalam filem The Avengers: Infinity War.

Kemunculan Thanos dapat dilihat di dalam filem Guardian of Galaxy & The Avengers: Age of Ultron.

Fungsi sarung tangan ini akan menjadi sangat berkuasa jikalau keenam-enam batu permata (Infinity Gems) dikumpul dan diletakkan di dalam sarung tangan ini.

Ketahui Rahsia Kekuatan 6 Infinity Stone Dalam Siri Marvel

1. SPACE GEM

Kekuatan batu ini dapat memanipulasikan ruang waktu dan teleportasi ke dimensi lain.

Pertama kali muncul dan ditayangkan dalam siri pertama filem Captain America: The First Avenger.

Berada di dalam sebuah kiub kecil bernama Tessaract.

Digunakan oleh Red Skull (pemimpin Hydra), musuh Captain America untuk memanipulasi waktu dan scene ini dapat dilihat pada saat Captain America berusaha merebut kiub kecil ini dari tangan Red Skull.

Batu ini digunakan oleh Loki untuk membuka ruang portal di angkasa mengundang bala tentera Chitauri untuk menyerang Bumi.

Akhirnya batu ini dibawa dan disimpan di Asgard oleh Thor di dalam filem The Avengers.

Huruf T dari nama Tessaract adalah huruf pertama dalam nama THANOS.

2. AETHER GEM

Batu infiniti kedua pula telah memasuki tubuh Jane Foster dalam filem Thor: The Dark World dengan bentuk cecair berwarna merah, membolehkan tubuh orang yang dimasukinya memiliki kekuatan luar biasa.

Dikenali dengan nama Aether, kini disimpan di Knowhere, di bawah jagaan pengumpul bernama Tivan.

Di penghujung filem ini, Jane dan Thor telah menghentikan Malekith yang cuba menggunakan kuasa Aether untuk mengembalikan zaman kegelapan ke seluruh alam semesta.

Namun begitu, Thor telah melihat Aether dalam bentuk batu dalam ramalannya dalam filem The Avengers: Age of Ultron.

Huruf A dari nama Aether adalah huruf ketiga dalam nama THANOS.

3. TIME GEM

Kekuatan batu ini yang dapat digunakan untuk memanipulasikan waktu, mempercepat atau memperlambatkan suatu tempoh masa.

Ditunjukkan di dalam filem Doctor Strange.

Disimpan di dalam sebuah rantai yang dipanggil Eye Of Agamoto yang juga digunakan oleh Dr.Strange melawan Dormamu.

Rantai ‘necklace’ merujuk kepada huruf N yang menjadi huruf keempat dari nama THANOS.

4. SOUL GEM

Kekuatan batu ini tidak dikenal pasti.

Disimpan oleh Heimdall di dalam filem Thor (khabar angin).

Huruf H dari nama Heimdall merujuk kepada huruf kedua dalam nama THANOS.

5. POWER GEM

Kekuatan batu ini yang dapat memberikan kekuatan yang tidak terhingga kepada penggunanya.

Kekuatan batu ini dapat dilihat dalam filem Guardian of Galaxy Vol.1.

Digunakan oleh Ronan untuk menghancurkan Xandar tetapi batu ini berjaya dirampas kembali oleh pasukan Guardian of Galaxy.

Batu ini sekarang dijaga rapi oleh pihak Nova Prime.

Asalnya batu ini disimpan di dalam sebuah orb dan huruf O dari perkataan ini merujuk kepada huruf kelima dalam nama THANOS.

6. MIND GEM

Kekuatan batu ini dapat mengawal pemikiran dan minda manusia.

Batu ini digunakan oleh Loki (berada di dalam Spectre/tongkat yang dibawa oleh Loki) di dalam filem The Avengers untuk memanipulasi minda Erik Selvig untuk menstabilkan ruangan portal di atas puncak menara sebuah bangunan pencakar langit.

Batu ini akhirnya diletakkan di dahi The Vision dan adegan ini dapat dilihat di dalam filem The Avengers: Age of Ultron.

Huruf S diambil daripada nama Spectre yang merujuk pada huruf terakhir di dalam nama THANOS.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon