Wednesday, October 16, 2013

Saffron, Rempah Paling Mahal Di Dunia


Pada orang yang tidak pernah menggunakannya atau kurang mengenali pelbagai jenis rempah dari serata dunia, mungkin tidak begitu mengetahui tentangnya tetapi inilah bahan rempah yang paling mahal di dunia.

Saffron

Saffron sebenarnya mempunyai warna yang sangat menarik dan cantik. Rasanya pula sangat sedap dan ianya diperbuat daripada organ sejenis bunga yang dikenali sebagai 'crocus sativus'.

Jika kita menggunakan saffron, biasanya warna makanan kita akan bertukar menjadi kekuningan.

Ladang Saffron

'Benang-benang' Saffron biasanya diperbuat daripada stigma-stigma bunga.

Sekuntum bunga hanya mempunyai 12 daripadanya sedangkan untuk menghasilkan 1 paun saffron, memerlukan lebih 75,000 helaian 'benang' saffron menyebabkan harganya melambung tinggi.

Bunga Saffron

Sepertimana yang diketahui, antara saffron yang paling bermutu tinggi akan dijual pada harga USD15 untuk satu gram.

-Sentiasapanas.com

2 comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon