Wednesday, September 16, 2015

Kenapa Kulit Jari Berkedut Apabila Berendam Dalam Air?


Penjelasan paling logik kenapa kulit jari mengecut apabila basah adalah kerana ia menyerap terlalu banyak air.

Jari+Berkedut

Proses penyerapan ini menyebabkan permukaan kulit jari mula membengkak, beralun dan membentuk lipatan-lipatan kecil seperti kismis.

Begitulah pendapat Mark Changzi, seorang ahli neurobiologi dari Lab 2A di Idaho, Amerika Syarikat. Menurutnya lagi, kedutan itu merupakan satu proses semulajadi yang aktif dan mempunyai fungsi evolusi.

Maksudnya, hujung jari manusia memang perlu berkedut, terutamanya apabila dalam keadaan basah dan licin, kerana dengan kedutan itu ia dapat membantu jari memegang sesuatu dengan erat dan memberikan cengkaman sama seperti bunga tayar kereta.

Hipotesis Changizi telah diterbitkan dalam jurnal Brain, Behavior and Evolution pada tahun 2011. Oleh kerana idea tersebut dikatakan selangkah lebih maju dari pemahaman umum pada ketika itu, makan ramai ilmuwan mula mengkaji perkara ini.

Pada 9 Januari 2013, seorang pakar evolusi biologi saraf dari Newcastle University di United Kingdom, Tom Smulders, terpanggil untuk menyiasat manfaat jari berkedut selepas terbaca jurnal tulisan Changizi.

Daripada penyelidikan yang dijalankan, beliau menemui kebenaran disebalik kenyataan Changizi.

Kulit mengecut merupakan satu bentuk adaptasi fisiologi. Perubahan fisiologi ini disebabkan oleh saluran darah pada anggota berkenaan mengecut.

Kesan-kesan seperti itu dikawal oleh sistem saraf autonomi yang turut mengawal sistem perpeluhan, pernafasan dan denyutan jantung.

Tom Smulders juga sependapat dengan Changizi mengenai fungsi jari berkedut. Menurutnya, jari berkedut memiliki fungsi sama seperti bunga tayar bekerja dengan membenarkan air melaluinya untuk meningkatkan cengkaman diatas permukaan basah. Dengan demikian, ia dapat mengelakkan cengkaman daripada mudah tergelincir.

Ramai ilmuwan berpendapat bahawa kedutan ini telah membantu nenek moyang kita mengambil bahan-bahan basah seperti mengumpul makanan dari sungai, mencabut tanaman ketika hujan dan mendapatkan cengkaman ketika berjalan diatas batu yang basah.

Persoalannya, kenapa hanya kulit jari tangan dan kaki yang mengecut, manakala bahagian kulit yang lain tidak mengalami perubahan?

Jawapan yang diberikan ialah, lapisan paling luar kulit kita dilindungi sejenis minyak khas dipanggil sebum. Sebum berfungsi melindungi, melincir dan melembabkan kulit.

Dengan kata lain, Sebum bertindak seperti baju hujan, menjadikan kulit kalis air. Inilah sebabnya mengapa air kelihatan mengalir pada kulit ketika kita mencuci tangan.

Sebum, tidak akan sempat keluar dari tubuh apabila kita mandi dengan cepat. Sebaliknya, berendam lama di dalam air mampu mencuci semua minyak dari tubuh kita.

Sebaik sahaja minyak itu hilang, air mula menyerap masuk dan menembusi lapisan luar epidermis lalu menyebabkan kulit berkedut.

Daripada penemuan saintis, perubahan fisiologi ini menunjukkan lapisan kulit pada tangan dan kaki manusia adalah berbeza dengan kulit bahagian badan lain.

Perbezaan paling ketara yang dikenal pasti ialah tangan dan kaki kita mengandungi lebih banyak sel kulit mati daripada bahagian badan lain.

Kehadiran lapisan tebal sel-sel kulit mati ini mampu menyerap air dengan cekap seperti span. Sementara anggota badan yang berkulit nipis pula tidak mempunyai kebolehan sebegitu menyebabkan tiada perubahan berlaku walaupun selepas berendam lama dalam air.

Fakta ini turut diakui oleh dua orang ahli fizik, Profesor Roland Roth dari Tubingen University dan Dr. Myfanwy Evans dari Erlangen University dalam jurnal Physical Review Letters.

Menurut mereka, penyerapan air berlaku dalam lapisan kulit paling luar yang terdiri dari sel-sel mati yang disusun dalam satu lapisan seperti batu-bata. Sel-sel ini dipenuhi dengan rangkaian filamen yang terbuat daripada keratin protein.

Dalam kajian tersebut, mereka turut membangunkan sebuah model bagi menerangkan bagaimana sistem tenaga berubah-ubah seperti perubahan jarak rangkaian. Sama seperti mata air, semakin banyak filamen direnggangkan, semakin besar tenaga elastik terhasil.

Ketika tenaga elastik terhasil, lapisan ini akan menyerap air sehingga membengkak dan membentuk rabung.

Kedutan itu bagaimanapun akan segera kembali ke bentuk asal sebaik sahaja kulit kering.

BACA INI JUGA: Beruntungnya Orang Yang Mandi Pada Awal Pagi

-SENTIASAPANAS.COM

3 comments

  1. alamak pernah alami masa pergi cari ikan di anak sungai kecut kan..buruk nmpak ooo SP

    ReplyDelete
  2. kalau yang tapak tangan berair kenapa tu SP? ada jumpa kawan macam tu basah tangan dia lep[as tu dia tak mahu bersalam..penyakit ke apa tu?

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon