Oct 4, 2014

Gilles de Rais, Bangsawan Pembunuh Kejam!

Informasi Dunia. Gilles de Rais hanyalah manusia biasa. Beliau dilahirkan pada 10 September 1404 di Machecoul, Nantes sempadan wilayah Britanny.

Gilles de Rais

Sejak kecil de Rais diasuh oleh datuknya, Jeanne de Craon selepas kematian bapanya. Dua beranak ini hidup dalam keadaan serba kekurangan tetapi datuknya sanggup melakukan apa saja bagi meningkatkan taraf kehidupan de Rais apabila besar kelak.

Cita-citanya, menjadikan de Rais seorang bangsawan. Jeanne beberapa kali cuba menjodohkan de Rais dengan anak bangsawan, malangnya usaha itu gagal.

Pernah sekali, de Rais cuba dijodohkan dengan Beatrice de Rohan, anak saudara kepada oewaris Duke of Britanny tetapi usahanya turut gagal.

Namun, hasrat datuk yang gila kuasa ini akhirnya berhasil apabila berjaya menjodohkan cucunya itu dengan Catherine de Thouars of Brittany, pewaris empayar La Vendee dan Poitou, salah seorang keturunan keluarga tertua di Eropah.

Perkahwinan antara de Rais menjadikan beliau salah seorang ahli House of Montmorency-Laval di Perancis, sekaligus bertaraf bangsawan dan kaya-raya.

Bukan itu sahaja, de Rais dipuja masyarakat Perancis kerana beliau merupakan salah seorang panglima tentera Perancis yang berperang bersama-sama Joan of Arc, iaitu seorang wanita berpangkat panglima tentera termasyhur di Perancis ketika menewaskan tentera Inggeris dan tentera Burgadian.

Namun begitu, segala kejayaan, sumbangan dan kebaikan de Rais hilang sekelip mata. De Rais lebih dikenali rakyat Perancis sebagai lelaki yang tidak berhati perut dan pembunuh kejam!

Melalui biografi tulisan Jean Benedetti, de Rais pada mulanya dikenali sebagai golongan bangsawan berhati mulia. Beliau disukai oleh kanak-kanak terutamanya anak-anak petani.

Gilles de Rais Arrested
Gilles de Rais ditangkap.

Namun, tindakannya berbaik-baik dengan kanak-kanak ada udang di sebalik batu. De Rais menjadikan anak-anak petani ini sebagai pemuas nafsu serakah seksnya! Panglima perang ini seorang pedofilia!

Menurut Jean Benedetti, de Rais mula melakukan jenayah awal dengan lakonannya menggoda kanak-kanak dengan pakaian dan makanan mewah.

Kanak-kanak ini dihidangkan dengan makanan lazat hingga kenyang. Pada masa yang sama, de Rais meletakkan pil yang merangsang nafsu dalam minuman yang diberikan.

Setelah kanak-kanak tadi khayal, mereka dibawa ke sebuah bilik, diikat, diperkosa dan diliwat sebelum dibunuh!

De Rais tidak melakukan jenayahnya sendirian tetapi dia dibantu dua orang kanannya, Guillaume Hilairer dan Erienne Corrillaut.

Peliknya, kebanyakan kanak-kanak yang dibunuh adalah lelaki yang berusia antara 6 hingga 18 tahun, berambut perang, bermata biru, persis wajahnya sendiri ketika di zaman kanak-kanak.

Berdasarkan penemuan satu rekod jenayahnya, apabila mayat kanak-kanak yang dibunuh sudah tidak bernyawa lagi, de Rais dengan bangganya memijak dan berdiri di atas perut mayat kanak-kanak tadi lalu ketawa berdekah-dekah.

Gilles de Rais Trial
Gilles de Rais dibicarakan.

Mayat kanak-kanak tersebut akan dihilangkan buktinya dengan membakar mereka di dalam bilik pendiang. Kemudian, abunya akan dibuang di cesspit (tempat pelupusan sampah di Eropah) dan ditanam jauh di dalam hutan.

Perlakuan liciknya menghilangkan bukti menyebabkan para penyiasat gagal mendapat kata sepakat jumlah sebenar mangsa yang telah dibunuh.

Junlah kanak-kanak yang telah menjadi mangsa korban nafsu de Rais dianggarkan seramai 200 hingga 300 orang dalam masa setahun. Terdapat juga beberapa sumber lain mengatakan jumlah kanak-kanak yang terkorban ialah 600 orang!

Penangkapan de Rais bermula selepas dia menculik seorang pendeta muda bernama Jean le Ferro di sebuah gereja Saint Etienne de mer Morte. Walau bagaimanapun, Jean le Ferro berjaya meloloskan diri dan menyebarkan modus operandi kejam de Rais.

Misteri kehilangan kanak-kanak terungkai satu per satu, tetapi tiada bukti kukuh untuk mengheret de Rais ke tali gantung.

Bagaimanapun, kisah de Rais seorang bangsawan menghidap pedofilia bertiup kencang hingga ke bandar Nantes dan seluruh pelosok Perancis.

Bagi penyokong dan ahli keluarga de Rais, mereka menganggap tuduhan itu hanyalah fitnah yang sengaja direka musuh-musuhnya yang mahukan segala harta kekayaannya.

Kenyataan itu disangkal oleh hakim yang mengadili kes de Rais kerana mahkamah berjaya membuktikan beliau adalah seorang pembunuh bersiri yang sadis.

De Rais dipercayai bertindak membunuh kanak-kanak kerana terpengaruh dengan kata-kata seorang ahli sihir bernama Francesco Prelati.

De Rais diberi keyakinan palsu oleh Francesco bahawa beliau boleh menukarkan segala barangan logam kepada emas dan menjadi kaya-raya dengan syarat perlu membunuh dan menodai kanak-kanak lelaki.
Mayat kanak-kanak lelaki itu kononnya untuk dipersembahkan kepada seekor jin bernama Baron sebagai tukar ganti.

Mahkamah juga tidak menolak kegilaan pedofilia dialami de Rais berpunca daripada simptom-simptom Skizofrenia termasuk bisikan suara ghaib dari Jin Baron.

Namun, nasib tidak menyebelahi de Rais. Satu demi satu rangka mayat ditemui selepas kawasan istananya diselongkar dan kebanyakan bukti menunjukkan de Rais terlibat melakukan jenayah terkutuk ini!

Pada masa yang sama, de Rais mengaku perlakuannya itu sebagai cara untuk mendapat hukuman yang lebih ringan, mati tanpa didera!

Pagi, 26 Oktober 1440, kota Nantes menyaksikan de Rais dan orang kanannya, Hilairet dan Corrillaut digantung sampai mati, kemudian mayat mereka dibakar. Lebih malang lagi apabila abu mayat mereka disemadikan di tempat yang tidak diketahui.

Execution of Gilles de Rais
Gilles de Rais dihukum gantung.

Seperti yang diwasiatkan oleh de Rais, mayatnya yang rentung kemudian disemadikan di biara Notre-Dame des Carmes di Nantes.

Setelah kematian de Rais, anaknya yang bernama Marie, tidak percaya bahawa bapanya seorang pembunuh bersiri, telah meletakkan batu tanda sebagai memorial di lokasi bapanya digantung dan dibakar.

Tempat itu kemudiannya menjadi tumpuan orag ramai terutamanya wanita-wanita mengandung. Mereka percaya dengan melawat ke memorial de Rais dapat memperbanyakkan air susu badan mereka.

Bagaimanapun, memorial tersebut telah dihancurkan oleh puak Jacobian semasa Revolusi Perancis yang menolak pemujaan terhadap de Rais, penjenayah pedofilia sekaligusSkizofrenia yang tidak berhati perut ini!

BACA INI JUGA: Bunuh Diri Kerana Sekeping Gambar Menyedihkan!

-Sentiasapanas.com

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

2 comments

Perancis mmg bnyk sejarah yg tak dirungkai akibat terlalu bnyk revolusi yg berlaku. Ini juga merupakan salah satu darinya.

Antara sejarah paling menyeramkan dalam revolusi tamadun dunia..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon