Friday, September 06, 2013

Lelaki Yang Pembunuhannya Telah Mencetuskan Perang Dunia Pertama


Walau apa pun yang pernah dilakukan ketika hayatnya, Archduke Franz Ferdinand (1863-1914) dikenali di dunia sebagai seorang lelaki yang pembunuhannya telah memulakan peperangan dunia pertama.

Archduke Franz Ferdinand (1863-1914)

Anak saudara kepada Maharaja Hapsburg, Franz Josed Ferdinand ialah barisan pertama yang mewakili institusi diraja Austro-Hungarian yang telah melawat ke Sarajevo pada bulan Jun 1914.

Dia bersama-sama dengan isterinya, Sophie telah ditembak sehingga mati ketika mereka sedang bergerak melalui bandar itu dalam perarakan kereta pada 28 Jun.

Pembunuh yang dikenali sebagai Gavrilo Princip, salah seorang ahli kepada kumpulan nasionalis Serbia yang dikenali sebagai Black Hand. Kejadian tembakan dan pembunuhan itu telah membawa kepada peperangan yang berlaku di antara Austria dan Serbia yang akhirnya telah berlanjutan sehingga berlakunya perang dunia pertama.

Pasangan yang sebelum ini pernah diserang dengan serangan grenad yang dibaling ke arah kereta, namun Ferdinand berjaya melencongkan grenad itu dan bom tersebut meletup jauh di belakang kereta mereka.

Malah, terdapat kenyataan yang mengatakan bahawa dia telah menjerit dalam keadaan marah kepada para kakitangan rasmi kerajaan tempatan dengan berkata, "Jadi, kamu mengalu-alukan kedatangan tetamu dengan bom".

Pasangan ini berkeras mahu melihat sendiri orang awam yang telah tercedera yang berada di hospital. Setelah bergerak ke kawasan itu, Franz dan isterinya Sophie berhasrat untuk menuju ke istana namun pemandu mereka telah mengambil jalan yang salah dan ketika itulah Gavrilo telah melihat kelibat mereka.


Semasa kereta itu ingin berpatah-balik, Gavrilo telah mendekati mereka dan terus menembak ke arah Sophie di bahagian abdomen kemudian menembak ke arah Franz dan terkena di bahagian leher. Franz dikatakan masih bernyawa ketika bantuan tiba untuk menyelamatkan mereka.

Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Franz sempat berpesan kepada isterinya, "Jangan mati sayang, hiduplah untuk anak-anak kita".

Ketika bantuan tiba untuk memberikan rawatan kepada Franz, mereka sedar kot Franz perlu ditanggalkan namun mendapati yang mereka memerlukan gunting untuk membukanya.

Namun, semuanya sudah terlalu lewat kerana hanya dalam tempoh beberapa minit sahaja, Franz telah meninggal dunia semasa dalam perjalanan menuju ke hospital.

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon