Tuesday, November 05, 2013

Rekod Dunia 22 Minit Menahan Nafas Dalam Air!


Lelaki yang berasal dari Denmark, Stig Severinsen telah berjaya mencatatkan namanya di Guinness World Record sebagai lelaki yang mampu menahan nafas selama 22 minit.

Stig Severinsen World Record Under Water

Stig, juga pernah memecahkan rekod sebagai perenang terjauh dalam air sejuk dengan jarak sejauh 236 meter sebelum dia memecahkan rekod menahan nafas selama 22 minit.

Dalam cubaan memecahkan rekod ini, Stig dibantu oleh saudaranya dan seorang doktor yang memantau organ-organ vitalnya.

Sebelum menahan nafas, Stig menghirup oksigen segar terlebih dahulu untuk membersihkan paru-parunya dari nitrogen dan karbon dioksida dan mengisinya dengan oksigen.

Stig juga mengatur suhu air di kolam renang berada di sekitar 30 darjah celsius sehingga dia mampu menurunkan degupan jantung hingga 30 denyutan seminit.

Setelah 20 minit dan 10 saat, Stig berjaya memecahkan rekod yang pernah diciptakannya sebelum ini, tetapi dia memutuskan untuk menambah hingga satu minit 50 saat untuk meningkatkan masa yang dia berjaya capai.



Akhirnya, Stig berjaya menahan nafas selama 22 minit, tepat!

Stig mempunyai kapasiti paru-paru 14 liter, dua kali ganda daripada orang biasa. Selain paru-paru yang sangat kuat, lelaki berusia 40 tahun ini juga selalu melakukan aksi di dalam air terutama air yang sejuk.

Ketika masih muda, dia suka menyelam di dalam lubang ais. Dia juga bermain rugbi dan hoki di dalam air.

Stig menjelaskan bagaimana bernafas yang baik sebelum melakukan cabaran yang mampu membawa maut dalam bukunya yang berjudul "Breatheology".

Meditasi dan mahir mengawal keadaan adalah kunci ketika kita panik.

[Sumber] [Edited by SP]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon