Monday, October 19, 2015

7 Hantu Lagenda Amerika Latin Paling Menakutkan


Kali ini kami sajikan kepada anda tujuh lagenda hantu paling menyeramkan dan sangat terkenal dikawasan Amerika Latin.

*Semua gambar sekadar hiasan semata-mata.

El Silbon
Venezuela

El Silbon

'Si Penyiul' merupakan salah satu karekter yang amat menakutkan di Venezuela. Mengikut lagenda, hantu ini merupakan seorang lelaki berhati hitam yang telah membunuh ayahnya sendiri dengan kejam sebelum memakan organ dalamannya.

Dia dikatakan telah disumpah dan akibatnya, dia merayau-rayau dibumi membawa satu kantung yang berisi tulang bapanya.

Dia digelar Si Penyiul kerana dikatakan setiap kali dia melalui sesuatu kawasan. dia akan mengeluarkan bunyi yang seakan-akan orang sedang bersiul.

La Ciguapa
Dominica

La Ciguapa

La Ciguapa merupakan makhluk mitos dalam lagenda Dominica. Ia digambarkan sebagai seorang wanita liar yang pelik dan tinggal dikawasan gunung selain memiliki kuasa magik.

Wanita misteri yang cantik ini dikatakan mempunyai rambut panjang yang membalut badannya.

Apa yang menakutkan tentang hantu lagenda ini ialah, kaki La Ciguapa dikatakan menghadap ke belakang badan, membuatkan mangsa sukar menentukan dari arah mana sebenarnya mereka datang.

Dikatakan lagi jika ada individu yang memandang tepat ke mata mereka, orang itu akan dipukau oleh kuasa magik La Ciguapa.

Mangsa seterusnya menjadi sasaran mudah bagi hantu yang rakus ini.

El Sombreron
Guatemala

El Sombreron

Lagenda Guatemala ini mengisahkan tentang satu bayangan menakutkan yang sering berlegar-legar selepas waktu senja.

Tiada siapa dapat memastikan apa sebenarnya makhluk ini, sama ada hantu, syaitan mahupun jembelang.

Ia hanya digambarkan sebagai makhluk kecil, berpakaian hitam, memakai tali pinggang besar dan bersinar, kasut but dan memakai topi besar yang menyorokkan wajah sebenarnya.

La Casa Matusita
Peru

La Casa Matusita

La Casa Matusita merupakan sebuah bangunan berwarna kuning yang sering dikaitkan dengan pelbagai peristiwa menyeramkan dan terletak di bandar Lima.

Banyak versi mengenai sejarah bangunan ini. Ada yang mendakwa rumah tersebut asalnya milik seorang lelaki yang telah membunuh semua ahli keluarganya sebelum dia sendiri membunuh diri.

Ada pula yang mengatakan bahawa di rumah tersebut telah berlaku pembunuhan beramai-ramai sewaktu majlis makan malam sedang berlangsung.

Ada juga yang mendakwa rumah tersebut pada asalnya diduduki oleh seorang ahli sihir yang kejam.

Apa pun ceritanya, roh-roh didalam rumah tersebut tidak gembira dengan keadaan mereka. Tiada siapa yang berani naik ke tingkat dua bangunan tersebut!

Menurut kisah, sesiapa yang berani melanggar amaran itu dengan cuba masuk, orang itu akan menjadi gila sebelum menemui ajal dalam keadaan yang menyedihkan.

La Luz Mala
Argentina

La Luz Mala

Cahaya misteri ini merupakan antara lagenda paling terkenal di Argentina. Bagi yang pernah terserampak dengan cahaya misteri ini mendakwa, cahaya tersebut mengejar mereka dengan kelajuan yang sangat menakjubkan.

Fenomena cahaya misteri ini masih belum dapat dirungkai sehingga ke hari ini namun ramai percaya, cahay misteri ini merupakan roh orang mati yang tidak dikebumikan dengan cara yang betul.

El Cucuy
Amerika Latin

El Cucuy

Hantu ini sangat terkenal dikalangan kanak-kanak Latin. Ia sering diceritakan oleh ibu bapa untuk menakutkan anak-anak mereka mereka supaya tidak berkelakuan nakal.

El Cucuy ialah makhluk menyeramkan yang suka menyorok didalam almari dan bawah katil.

Mangsa kegemarannya ialah kanak-kanak degil yang tidak suka mendengar nasihat.

La Llorona
Amerika Latin

La Llorona

Salah satu lagenda Amerika Latin yang paling terkenal sepanjang masa. La Llorona ialah seorang wanita yang telah membunuh kesemua anaknya dengan kejam, hanya kerana mahu hidup bersama lelaki yang dicintainya.

Dia kemudiannya membunuh diri setelah lelaki idamannya menolak cintanya. Dan kini, rohnya yang tidak tenteram dikatakan merayau-rayau sambil meratapi kematian anak-anaknya.

Menurut kisah, La Llorona akan menculik kanak-kanak yang merayau-rayau pada waktu malam.

BACA INI JUGA: 5 Produksi Filem Seram Yang Di Sumpah Di Dunia Sebenar!

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon