Nov 8, 2014

Kontroversi Penyalahgunaan Dadah Dalam Sukan

Penggunaan drug untuk meningkatkan tahap keupayaan sukan bukan sahaja menyebabkan kesan sampingan yang buruk tetapi boleh membawa maut kepada ahli-ahli sukan tahun demi tahun.

Anti-Doping

Dalam tahun 1967, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa telah bersetuju untuk mengharamkan atau menghadkan penggunaan sesetengah bahan atau kaedah yang boleh meningkatkan tahap keupayaan atlit.

Atlit berisiko disingkirkan dari menyertai pertandingan sekiranya didapati positif mengambil dadah terlarang melalui ujian secara rambang. Mereka juga akan merana akibat kesan dadah samada secara jangka pendek dan panjang.

Apakah maksud Dadah?

Dadah adalah merupakan sesuatu bahan (selain daripada makanan) yang apabila diambil, akan menyebabkan perubahan dalam badan. Jika perubahan itu memberi manfaat kepada badan, dadah ini disebut sebagai ubat. Sekiranya perubahan ini membawa keburukan kepada badan, ianya disebut sebagai racun.

Apakah 'doping'?

'Doping' adalah penggunaan bahan atau kaedah yang diharamkan untuk meningkatkan prestasi sukan oleh atlit.

'Doping' secara tidak sengaja berlaku apabila atlit mengambil ubat untuk merawat sesuatu penyakit dan tanpa disedari ubat berkenaan mengandungi bahan yang dilarang.

Atlit-atlit tertakluk kepada polisi melarang 'doping' dan bertanggungjawab untuk menyemak status bahan-bahan dan ubat-ubatan yang diambil.

Kenapa sesetengah bahan dan kaedah diharamkan?

Alasan diharamkan melibatkan beberapa isu:
  • Kesihatan. Banyak bahan boleh menyebabkan kesan yang tidak baik terhadap kesihatan jika tidak digunakan dengan betul.
  • Etika. Di dalam sesetengah keadaan bahan-bahan dan kaedah-kaedah yang diharamkan boleh meningkatkan tahap keupayaan atlit melebihi tahap biasa.
  • Undang-Undang. Sesetengah drug adalah haram dan dengan itu penggunaannya adalah dilarang dalam sukan.

Apakah polisi penyalahgunaan drug dalam sukan di Malaysia?

Strategi yang diambil bertujuan untuk:
    1. Pencegahan 2. Pembasmian
    • Salah laku dan penyalahgunaan dadah
    • Sikap dan kebiasaan yang cenderung ke arah doping
    3. Memantau
    • Ujian doping di luar pertandingan
    • Parameter latihan dan tahap keupayaan

Langkah berjaga-jaga

Sebelum mengambil sebarang ubat, atlit perlu mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor, pegawai sukan bertauliah dan pegawai pusat doping, jika ingin menyertai acara sukan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.

Ini adalah kerana terdapat banyak ubat yang boleh membawa kesan terhadap tahap keupayaan atlit.

(Senarai komprehensif bahan yang dilarang boleh didapati daripada 'Prohibited List International Standard' pada tahun 2005 atau dengan melayari www.wada-ama.org.

Bahan-bahan dan kaedah-kaedah yang dilarang

Senarai bahan-bahan dan kaedah doping yang dilarang. Penggunaannya merupakan satu penipuan.

Jenis dan deskripsi dan Kesan-kesan sampingan

1. Agen Anabolik
Jenis larangan: Semasa atau di luar pertandingan

Steroid anabolik androgenik adalah merupakan hormon sintetik testosteron. Agen ini sering didapati dari pasaran gelap/haram di gimnasium dan kelab kecergasan kerana untuk mendapatkannya perlu mempunyai preskripsi doktor.

Contoh:
  • Danazol (digunakan untuk mengurangkan bengkak di bahagian dada bagi lelaki)
  • Clenbuterol (agonis beta-2 yang digunakan meningkatkan tumbesaran haiwan).

Kesan sampingan
  • Botak
  • Jerawat
  • Penambahan bulu di muka dan badan
  • Kerosakan hati
  • Bagi lelaki ciri-ciri perempuan lebih terserlah dan sebaliknya.
  • Perubahan 'mood'
  • Potensi untuk menyebabkan mandul
  • Kebanyakan steroid anabolik perlu disuntik, oleh itu pengguna terdedah kepada bahaya perkongsian jarum atau jarum yang tidak steril

2. Agonis Beta-2
Jenis larangan: Semasa atau di luar pertandingan

Agonis beta-2 sering didapati pada ubat-ubatan asma. Hanya Salbutamol, Salmeterol dan Terbutaline dalam bentuk sedutan dibenarkan untuk rawatan dan pencegahan serangan asma

Kesan sampingan
  • Tangan mengeletar
  • Pening
  • Berdebar-debar

3. Agen yang mempunyai aktiviti anti-estrogen
 Jenis larangan: Semasa atau di luar pertandingan

Agen ini digunakan secara haram, untuk mencegah kesan sampingan yang disebabkan oleh steriod anabolik, seperti pembesaran payudara

Contoh:
  • Tamoksifen (digunakan dalam rawatan kanser payudara dan kemandulan)
  • Clomifen (untuk kemandulan)

Kesan sampingan
  • Muka merah dan panas
  • Perut tidak selesa
  • Bengkak

4. Diuretik dan agen 'samaran'
Jenis larangan: Semasa atau di luar pertandingan

Agen samaran berpotensi melindung kehadiran bahan terlarang di dalam air kencing atau sampel lain. Atlit selalunya menggunakan ubat diuretik untuk mengurangkan berat badan atau menyingkirkan steroid anabolik daripada badan.

Contoh:
  • Contoh diuretik (ubat yang digunakan untuk menyingkirkan cecair badan) ialah furosemida dan amilorida
  • Contoh pengembang plasma adalah dekstran dan albumin

Kesan sampingan
  • Dahaga
  • Penyahhidrat

5. Analog peptid dan hormon glikoprotin

Hormon ini bertindak dengan merangsang pertumbuhan, mempengaruhi kelakuan, mengubah kesan sensitiviti terhadap kesakitan dan kemahuan seks.

Bahan kimia yang mempunyai struktur yang sama dengan hormon ini (atau analog) akan memberi kesan yang sama.

Bahan-bahan yang terkandung dalam kumpulan ini adalah eritropoietin (EPO), hormon tumbesaran manusia, hormon korionik gonadotrofin (HCG) dan kortikotrofin.

Kesan sampingan

Hormon tumbesaran digunakan untuk meningkatkan saiz dan kekuatan otot.

Kesan sampingannya termasuklah:
  • Akromegali - pembesaran tangan, kaki dan muka.
  • Masalah otot dan sendi menyebabkan kesukaran menjalankan latihan
  • Diabetis (kencing manis)
  • Eritropoietin merangsang pembentukan sel darah merah
    • Ini akan menyebabkan peningkatan kelikatan darah dan boleh menyebabkan masalah peredaran darah (angin ahmar, serangan jantung).

6. Ubat perangsang
Jenis larangan: Semasa atau di luar pertandingan

Kumpulan ini termasuklah:
  • Amfetamin
  • Kafein (dalam kuantiti yang banyak).
  • Beberapa kandungan aktif ramuan ubat selesema dan ubat demam seperti pseudoephedrin.

Kesan sampingan
  • Meningkatkan kadar denyutan jantung
  • Menjejas kebolehan badan untuk mengawal suhu badan

7. Analgesik Narkotik
Jenis larangan: Semasa atau di luar pertandingan

Ini merupakan penahan sakit yang kuat dan kebanyakannya mengandungi bahan yang terlarang bukan sahaja untuk sukan.

Atlit cenderung menggunakan ubat-ubat sedemikian untuk menahan sakit daripada latihan intensif.

Contoh:
  • Kodein
  • Morfin

Kesan sampingan
  • Narkotik mempunyai potensi ketagihan.

Kaedah-kaedah yang dilarang

i. Menambahkan pertukaran oksigen
  • Doping darah dan penggunaan produk-produk sintetik yang boleh meningkatkan pengambilan dan penghantaran oksigen keseluruh tubuh.

ii. Manipulasi Fizikal dan Bahan Kimia
  • Mengubah, atau cubaan mengubah dengan menggunakan bahan-bahan atau kaedah-kaedah yang mengubah ciri-ciri sampel untuk ujian doping.

iii. Doping Genetik
  • Penggunaan gen dan/atau sel-sel bagi tujuan meningkatkan prestasi.

BACA INI JUGA: Satu-satunya Manusia Yang Sembuh Daripada Jangkitan HIV

Sumber: Myhealth.gov.my

-SENTIASAPANAS.COM

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

6 comments

tapi yang macam kes Datuk Lee Chong Wei tuh macam kesian lak. sebab dia ambik jenis dadah yang tak ada kena mengena dengan hormon. Ubat yang dia ambik tak silap Dexamet apa ntah ubat untuk merawat keradangan.. tak de kena mengena untuk meningkatkan prestasi.. kata pembaca berita tv9 tadi lah heheheheh

Memang betul tapi LCW sepatutnya merujuk doktor pakar terlebih dahulu kan. Perkara paling asas yang sepatutnya dilakukan. Memang sedih bila pemain no 1 kita terbabit dalam kontroversi ni..

Huu dia je hero yang ada, jadi macam ni pulak

Jadi mangsa la jawabnya..hehe

Bagi Datul Lee tu berehat je lah... dia pun dah penat membawa amanah negara...

Tapi sayang mungkin impian ke olimpik buat kali terakhir bakal berkubur..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon