Tuesday, June 11, 2013

Top 10 Janda Paling Hot Indonesia


Janda merupakan gelaran yang agak 'panas' apabila membabitkan wanita. Begitu juga gelaran janda 'hot' kerana banyaknya kes perceraian yang melanda selebriti-selebriti terkenal Indonesia.

Dibawah adalah 10 artis janda paling cantik di Indonesia yang dipetik dari detik.com.

Maia Estianty

Maia Estianty

Maia Estianty merupakan seorang wanita yang cantik dan pintar dalam mengelola dirinya. Walaupun berstatus janda, Maia masih bersinar di arena hiburan Indonesia. Beberapa lelaki pernah digosipkan dengan Maia.

Julia Perez

Julia Perez

Apa yang anda ingat jika mendengar nama Julia Perez? Sensasi tiada henti! Kisah cintanya dengan pemain bola Gaston Castanyo terus menghiasi media, dan tragisnya berakhir dengan kegagalan.

Sejak akhir-akhir ini, Jupe mengaku dijodohkan dengan seorang ustaz, tapi ustaz yang dimaksudkan tidak pernah diperkenalkan ke pengetahuan umum.

Olla Ramlan

Olla Ramlan

Setelah rasmi bercerai dengan Alex Tian pada 2010 lalu, Olla Ramlan terus menjadi buah bibir lelaki kerana status jandanya.

Walaupun telah bercerai, tak luntur kecantikan dan kemolekan bentuk tubuh Olla. Hingga akhirnya Aufar menjadi lelaki beruntung yang berjaya memenangi hati janda cantik itu.

Mereka sangat serius menjalani hubungan percintaan dengan rancangan untuk naik pelamin.

Yuni Shara

Yuni Shara

Seorang lagi wanita yang tak muda lagi yang tetap layak mendapat gelaran ‘Janda cantik’ adalah Yuni Shara.

Ibu dua anak ini masih menjaga kecantikannya hingga tampak awet muda.

Kecantikan itulah yang membuatkan seorang lelaki muda bernama Raffi Ahmad jatuh cinta padanya, padahal jarak usia mereka ialah 17 tahun!

Meriam Bellina

Meriam Bellina

Walaupun tak muda lagi bukan bererti Meriam Bellina tidak layak diberi gelaran ‘Janda Cantik’. Wajahnya yang tetap cantik seperti zaman mudanya menjadi daya tarikan tersendiri bagi para lelaki.

Salah satunya adalah pengacara, Hotman Paris, sayangnya, hubungan mereka dicemari dengan tudingan buruk yang ditujukan kepada Hotman.

Mulan Jameela

Mulan Jameela

Mempunyai suara dan tubuh seksi walaupun sudah mempunyai 2 anak seperti ‘bahan pengawet’ kecantikan Mulan Jameela.

Para lelaki rela berbaris untuk memenangi hati wanita yang berasal dari Sukabumi itu. Malah, Mulan disebut-sebut menjadi duri dalam daging perkahwinan Ahmad Dhani dan Maia Estianty.

Malah, khabar angin mengatakan Dhani dan Mulan mempunyai seorang anak.

Dewi Persik

Dewi Persik

Dikenali dengan kontroversi tapi tetap menawan, itulah Dewi Persik. Kerana dua alasan itulah Depe masih ‘laku’ di hati para lelaki.

Walaupun sudah dua kali bercerai, tapi tetap ramai lelaki yang berbaris untuk menjadi kekasih pemilik nama Dewi Murya Agung itu.

Prisia Nasution

Prisia Nasution

Sederet pujian diberikan buat Prisia Nasution ketika berjaya menyandang gelaran Citra berkat lakonannya di dalam filem ‘Sang Penari’.

Sayangnya, di tengah torehan prestasinya itu, Prisia secara rasmi bercerai dengan suaminya, Ananda Siregar pada Januari lalu.

Namun, perceraian itu tetap mengundang perhatian para lelaki terhadap Prisia. Gelaran janda cantik pun pantas disematkan kepadanya.

Tia Ivanka

Tia Ivanka

Siapa yang tidak kenal Tia Ivanka yang pada zamannya sering muncul di banyak sinetron? Tia sudah menjanda lebih kurang lebih 5 tahun mengharungi bahtera rumah tangga bersama George Manuel Sotello.

Walaupun sudah menjanda, kecantikan Tia tetap terserlah. Susuk ibu satu anak itu tetap memiliki daya penarik bagi lelaki diluar sana, salah seorangnya ialah Steve Emanuel yang dikhabarkan sedang menjalin hubungan percintaan dengannya.

Nova Eliza

Nova Eliza

Mempunyai tubuh yang indah membuatkan ramai orang menyangka Nova Eliza masih seorang gadis. Tapi sebenarnya, Nova adalah seorang janda beranak satu.

Wanita berdarah Aceh itu rasmi menyandang status janda setelah bercerai dengan suaminya, Mirwan Suwarso di hadapan Jabatan Pengadilan Agama Jakarta Selatan.

Walaupun sudah menjanda, dia tetap nampak cantik dan seksi.

BACA INI JUGA: 13 Lagu Dangdut Diharamkan Di Jawa Barat

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon