Aug 30, 2014

Peel P50, Kereta Paling Kecil Di Dunia

Setiap kali tersangkut dalam kesesakan lalu lintas, pasti timbul rasa cemburu melihat gelagat penunggang motosikal. Bagi yang berkereta, akan tersangkut dalam barisan berjam-jam lamanya.

Peel P50

Naik kereta mewah pun tak guna kalau tersangkut ditengah-tengah jalan raya.

Tapi, tahukah anda di Isle of Man, Ireland, terdapat sebuah kereta comel yang diberi nama Peel P50. Keluasan kereta kecil beroda tiga ini hanya boleh memuatkan seorang pemandu dan beberapa keping plastik mebeli-belah.

Apa yang menarik, kebanyakan aksesori yang dibina pada kereta ini hanya satu. Misalnya, sebuah pintu disebelah kiri kereta, sebilah swiper serta sebiji lampu besar di hadapan kereta. Memang sangat kecil dan tidak sesuai untuk ber'dating'.

Untuk pengetahuan anda, Peel P50 tidak memiliki gear undur. Ia digantikan dengan pemegang di belakang kereta untuk membolehkan pemandu menarik kenderaan itu jika mahu undur. Caranya, turun dari kereta, pegang pemicu di belakang dan tarik secara membulat.

Peel P50 Rivest
Undur dengan cara membulat.

Peel P50 adalah sebuah kereta mikro yang dikeluarkan pada tahun 1962 hingga 1965 oleh syarikat Peel Engineering Company yang berpangkalan di Isle of Island. Ia telah direka oleh Cyril Cannel. Manakala pembinaannya pula diketuai oleh George Geeling.

Pada tahun tersebut, kereta mini ini dijual pada harga $199 Pound atau RM1,053. Sepanjang tempoh kegemilangannya, kereta mini hanya dikeluarkan sebanyak 50 buah sahaja.

Bagaimanapun, hingga ke hari ini hanya terdapat 27 buah sahaja yang masih boleh digunakan.

Sejak dari awal kemunculan hingga tahun 2009, Peel P50 berjaya merangkul gelaran kereta terkecil di dunia sekaligus memegang rekod dunia.

Peel P50 Lut Sinar
Bumbung lut sinar serlahkan gaya terkini.

Ia hanya berukuran 54 inci panjang, 41 inci lebar dan berat tanpa muatan sebanyak 59 kilogram. Inilah kereta paling ringan dan comel di dunia!

Badan kenderaan ini pula dibuat menggunakan gentian kaca serta plastik berteknologi tinggi seperti yang digunakan dalam pembuatan 'Super bike' dan motor bot.

Jika dilihat reka bentuk sahaja, tentu kita menyangka ia berkelajuan rendah. Ia mampu meluncur laju di atas jalan raya dengan kelajuan 60 kilometer sejam. Agak laju bagi sebuah kenderaan kecil beroda tiga sebegini.

Dari segi bahan api pula, ia hanya memerlukan 2.8 liter petrol untuk jarak 100 kilometer dengan kuasa kuda 49 cc.

Selain Peel P50, terdapat juga beberapa model lain seperti Peel Trident dan Peel P50 Prototype. Semua model ini berlainan ciri dan berbeza.

Seperti Peel Trident, ia direka lebih kemas dan cantik. Selain memiliki bumbung lut sinar, kereta ini juga boleh memuatkan dua orang penumpang dalam satu-satu masa. Keunikan kereta ini adalah pintu utama perlu dibuka dari atas.

Peel P50 Door
Pintu dibuka dari belakang ke atas.

Pada tahun 2010, sebuah syarikat lain bernama Peel Engineering Ltd. yang berpangkalan di England telah membina semula Peel P50 dalam bentuk replika untuk pasaran hari ini. Rekaan replika itu mirip Peel P50 yang asal.

Namun begitu, terdapat beberapa penambahan dan pengurangan seiring dengan teknologi semasa. Antara perubahan besar adalah menukar enjin petrol kepada kuasa elektrik.

Kelajuan pula dikurangkan kepada 16 kilometer sejam. Takat kelajuan ini menyebabkan ia tidak boleh digunakan di atas jalan raya.

Pada tahun 2011, ia sekali lagi diubah. Kali ini, pereka Peel P50 menggunakan gabungan enjin petrol dan elektrik. Tambah menarik, ia telah diluluskan oleh undang-undang jalan raya dan selamat digunakan di jalan raya utama.

-Sentiasapanas.com

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

8 comments

bentuk kereta macam kereta mr bean....hehe

Kereta yang sangat 'comel' tapi kalau eksiden entah apa akan jadi..hehe

Assalammualaikum... sentiasa panas,

entry yang sungguh informatif.. tu yang best visit disini.. mselim3 baru pertama kali tgk kereta macam nie... hehe terbaik. .

mselim3

Waalaikumsalam mSelim. Terima kasih atas penghargaan tu. Selamat Menyambut Hari Merdeka..:)

Huuhu...comel ni. Mesti tarik perhatian ramai kalau kita pandu di jalan.

Tapi saya rasa kalau kat Malaysia kereta ni tidak akan dibenarkan..

So cute..part mengundur tu memang "kreatif"

Senang nak mengundur, tak perlu risau kemalangan hehe..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon