Sep 5, 2015

Makanan Pedas Mampu Panjangkan Hayat!

Satu kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Perubatan British memberitahu bahawa, memakan makanan pedas dengan lebih kerap dalam diet harian boleh membantu seseorang untuk hidup lebih lama.

Pedas

Kajian yang dijalankan oleh sekumpulan pakar terhadap 500,000 orang mendapati, responden yang menikmati hidangan pedas sekali atau dua kali seminggu akan hidup lebih lama berbanding mereka yang langsung tidak memakan makanan pedas.

Hidangan pedas yang dimaskudkan adalah seperti cili segar, cili kering, cili sos dan minyak cili yang dimasukkan ke dalam hidangan.

Kajian sama turut dijalankan oleh Akademi Sains Perubatan China mendapati, makanan pedas bagus untuk pesakit yang menghidap kencing manis, kanser, jantung dan masalah pernafasan.

Bahan bioaktif dalam rempah seperti capsaicin yang merupakan kandungan utama dalam rempah mengandungi antiobesiti, antioksidan, antiradang dan antikanser yang bagus untuk tubuh badan.

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Cili Yang Paling Pedas Di Dunia?

Sumber: Kosmo

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

1 comments so far

saya paling suka topik ni hehe,.sebab saya jual sambal kering ,seperti orang lain juga sy penggemar sambal ni sbbnya bila mkn sambal sy boleh berpeluh dan kduanya bila mkn sambal sy akan mnum lbh bnyk air ..kan bgus begitu kn ..hehe thanks untuk artikel plg favourite ni ya (^_~)

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon