Sep 5, 2014

Awas! Getah Loom Band Penyebab Kanser?

Info Kesihatan. Pendedahan yang disiarkan di sebuah program televisyen Britain, BBC Midlands Today melaporkan gelang ‘loom band‘ mengandungi 40 peratus phthalates.

Bahaya Loom Band

Jadi, kepada peminat kraf dan pemainan getah berwarna-warni ‘loom band‘, produk yang menjadi kegilaan seluruh dunia ini dikatakan mengandungi bahan kimia karsinogenik yang boleh mengundang kanser.

Ini menyebabkan peruncit mainan bebas terbesar di negara itu, The Entertainer, menarik balik semua produk ‘loom band‘ dari 92 kedainya di seluruh negara.

Phthalates, bahan kimia yang mempunyai keupayaan mengganggu hormon, digunakan terutamanya untuk meningkatkan fleksibiliti dan meningkatkan pelbagai ciri-ciri lain plastik.

Bagaimanapun, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia, Ratna Devi Nadarajan, pengawalan terhadap produk ini di Malaysia masih tidak jelas.

Ini kerana getah aneka warna ditenun menjadi gelang, tidak diklasifikasikan sebagai kategori mainan untuk mematuhi Standard Keselamatan bagi Mainan Kanak-Kanak 2010 di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk diambil sebarang tindakan

Bahaya Loom Band [2]

“Getah ‘loom band’ adalah aksesori dan tidak bertujuan untuk dimasukkan ke dalam mulut. Ia perlu diklasifikasikan sebagai mainan sebelum pihak berkuasa boleh berbuat apa-apa,” katanya memetik laporan portal berita Awani.

Ia adalah hasil ciptaan seorang rakyat Malaysia, Ng Cheong Choon, yang menetap di Detroit, Amerika Syarikat. Produk itu telah popular sejak tiga tahun lalu melalui syarikatnya, Rainbow Loom, dengan jualan melebihi empat juta unit di seluruh dunia.

‘Loom band‘ pernah dilihat di lengan selebriti seperti David Beckham, Miley Cirus, Harry Styles dan Duke dan Duchess of Cambridge.

Sumber: Mynewshub.my (link)

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

9 comments

bahasa rupanya. sekarang dah jadi trend budak-budak sekolah

Jangan kerana terikut-ikut kesihatan tergadai. Anak-anak remaja ni biasanya terikut-ikut dengan trend semasa je..

Bahaya gelang ni.. nak bergaya boleh merana pulak nanti...

Kandungan artikel ni sebijik mcm artikel dlm english yg sy pernah terbaca..cume bezanya,artikel tu sebut "loom band CHARMS".charms dgn looms berbeza...kene pastikn btol2 tu... :)

x bahaye....bahaya kalo pakai ketat2 n pakai bawah matahari...cth kat pantai ke mmg x leh

bahaye kat budak kecik sbb bodoh nye mak bapak...kat plastik ke kotak mende ni mane ade cop mc...pastu budk tu main terlestik tekene mate die tu yg bleh bute tu....loom band ni ade 2 jnis...1 jenis die yg ble pegang rse cam ade mende melekat tu tiruan...yg second ni plak die macam plastik warne die pon jernih n banyak warne galaxy...yg ni asli....bleh terjadinye kanser bile pakai ketat,pakai banyak,pakai bile matahari terik sesangat ....tu yg gatal tgn...tumbuh bintik merah....

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon