Jun 14, 2015

Kaviar, Hidangan Paling Mahal Di Dunia

Kaviar merupakan hidangan yang terbuat daripada telur ikan daripada spesis Acipenseridae, dan nama paling biasa digunakan untuk kira-kira 25 keluarga spesis ikan ini, ikan Sturgeon.

Kaviar

Telur-telur ikan Sturgeon biasanya akan diproses dan diawet dengan garam terlebih dahulu, sebelum dimakan sebagai hidangan mewah. Harga telur ikan Sturgeon sangatlah mahal sehingga nilainya dikatakan sama dengan harga sebutir berlian.

Berdasarkan sejarah, pelopor sajian Kaviar adalah orang Parsi. Masyarakat ini merupakan generasi pertama yang memakan telur ikan Sturgeon. Amalan memakan hidangan istimewa ini bermula selepas mereka percaya telur ini mampu meningkatkan kekuatan fizikal dan ketahanan badan.

Kerana yakin adanya kuasa penyembuhan dan ciri-ciri perubatan pada Kaviar, orang Yunani dikatakan kerap mengimport telur ikan Sturgeon dari Crimea, selatan Ukraine.

Sturgeon Eggs

Kepercayaan itu terus berkembang sehingga pada zaman pertengahan. Permintaan telur Sturgeon melebihi penawaran, sehinggakan ada yang sanggup mendapatkannya dengan apa juga cara, termasuk melalui penyeludupan dan pasaran gelap.

Namun, berbeza di Rusia, sehingga abad ke 12, nelayan dan petani di sana telah menggunakan telur ikan Sturgeon sebagai sumber protein murah selama beberapa dekad. Lama selepas itu, barulah Kaviar diperkenalkan untuk istiadat diraja seluruh Eropah. Menjelang abad ke 17, Kaviar telah diiktiraf sebagai simbol kemewahan dan paling ekslusif di dunia.

Dari sudut biologi ikan, kebanyakan Sturgeon hidup di Laut Kaspia, berhampiran Iran, dimana kawasan ini masih terpelihara daripada sebarang pencemaran.

Laut dengan keluasan permukaan 371,000 kilometer persegi dan kedalaman 980 meter telah dikenal pasti sebagai lokasi habitat ikan Sturgeon sejak ratusan tahun dahulu. Ikan yang mampu bertelur dengan banyak dan berwarna hitam ini biasanya boleh hidup melebihi 100 tahun.

Sturgeon

Malangnya pada hari ini, sangat sedikit spesis ikan Sturgeon yang mampu bertahan sehingga mencapai usia 100 tahun akibat gangguan genetik pada ikan Sturgeon.

Kesan daripada amalan memakan telur Sturgeon, ikan itu kini semakin mengalami kepupusan.

Atas alasan ini jugalah mengapa telur ikan Sturgeon menjadi antara hidangan paling mahal, terhad dan sangat sukar diperolehi di dunia.

BACA INI JUGA: Hidangan Pencuci Mulut Paling Mahal Di Dunia!

-SENTIASAPANAS.COM

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

2 comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon