Rabu, Mei 07, 2014

Hidangan Pencuci Mulut Paling Mahal Di Dunia!


Loading...

Sebuah restoran popular di bandar New York telah muncul dengan idea unik sempena meraikan ulang tahun ke 50 restoran mereka pada tahun 2004.

OMG

Restoran Serendipity 3 mengambil keputusan untuk meraikan ulang tahun mereka dengan menghasilkan sesuatu yang istimewa dan sekaligus dapat memberi publisiti kepada mereka.

Setelah berfikir, timbul idea untuk menghasilkan aiskrim Sundae dengan harga USD$1,000 yang diberi nama Grand Opulence Sundae.

Grand Opulence Sundae
Grand Opulence Sundae.

Disebabkan harganya yang sangat mahal, ais krim sundae mewah tersebut diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai ais krim Sundae termahal di dunia.

Pasti ramai yang tertanya-tanya mengapa ais krim itu dijual dengan harga yang begitu tinggi. Ia terjual dengan harga USD$1,000 kerana dihasilkan dengan bahan-bahan yang istimewa dan sukar diperolehi.

Menurut eksekutif chef restoran tersebut, Joe Calderone, untuk menghidangkan Golden Opulence, mereka menggunakan tiga skup ais krim vanila Tahiti yang diperkaya dengan sedikit vanila Madagascar.

Ais krim tersebut kemudian dibalut dengan kertas emas 23 karat yang boleh dimakan dan diletakkan dalam gelas berkaki. Selepas itu, sos coklat istimewa yang dihasilkan menggunakan coklat Amedei Porceleana yang merupakan antara coklat termahal di dunia dituangkan di atas ais krim tersebut.

Restoran Serendipity 3

Satu lagi lapisan kertas emas yang boleh dimakan menutup bahagian atas dan ais krim itu sebelum dihias dengan ketulan coklat Amedei Porceleana, buah eksotik dari Paris, Truffle, Gula manik emas, ceri mazipan dan bunga gula bersalut emas.

Akhir sekali semangkuk kecil kaviar ekslusif, Grand Passion Kaviar diletakkan di atas bagi melengkapkan ais krim sundae ais krim sundae mewah tersebut.

Golden Opulence dihidangkan dalam gelas berkaki kristal Bacarat Harcourt yang berharga USD$350 dengan sudu emas 18K. Menariknya, pelanggan boleh membawa pulang gelas berkaki tersebut sebagai kenang-kenangan.

Menurut Joe lagi, setiap bulan mereka mampu menjual sekurang-kurangnya satu hidangan Golden Opulence sejak ia ditawarkan dalam menu mereka. Hidangan istimewa ini bukanlah pencuci mulut yangakan dipesan setiap hari. Ia biasanya dipesan sempena hari yang istimewa seperti sambutan ulang tahun.

Dating

Hidangan ini paling popular dan mendapat permintaan tinggi menjelang sambutan hari kekasih. Pelanggan yang ingin merasai hidangan ini perlu membuat pesanan dua hari lebih awal kerana memerlukan masa untuk menyediakan bahan yang sukar diperoleh.

Pada bulan November 2007, restoran Serendipity 3 sekali lagi mencatatkan rekod dengan menambah satu lagi menu pencuci mulut yang mewah iaitu Frrrozen Haute Chocolate hasil kerjasama bersama pembuat barang kemas, Euphoria New York.

Frrrozen Haute Chocolate
Frrrozen Haute Chocolate.

Pencuci mulut yang dijual dengan harga USD$25,000 itu telah diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai pencuci mulut paling mahal di dunia.

Frrrozen Haute Chocolate dihasilkan daripada 28 jenis serbuk koko dimana 14 jenis daripadanya adalah serbuk koko paling mahal dan eksotik di dunia dari Afrika dan Amerika Selatan. Ia dihias dengan coklat truffel, La Madeline au Truffe yang merupakan antara coklat paling mahal di dunia.

Seperti Golden Opulence, Frrrozen Haute Chocolate dihidangkan dalam gelas berkaki kristal Baccarat Harcourt. Yang istimewanya ia mempunyai gelang emas 18 karat bertatahkan berlian yang diletakkan pada kaki gelas tersebut.

Pencuci mulut termahal di dunia ini dimakan dengan sudu emas yang dihiasi dengan berlian dan sesiapa yang memesan menu ini boleh membawa pulang gelas berkaki kristal bersama gelang dan sudu emas.

Pelanggan yang ingin memesan pencuci mulut mewah ini perlu membuat pesanan dua minggu lebih awal kerana bahan-bahan seperti serbuk koko dan truffle mengambil masa untuk diperolehi kerana perlu diterbangkan dari luar negara.

Ada sesiapa mahu mencuba hidangan istimewa ini?

BACA INI JUGA: Ampo, Makanan Pelik Dari Tanah Liat

-Sentiasapanas.com

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

1 comments so far

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon