Monday, October 28, 2013

Siapa Pencipta Patung Barbie Yang Terkenal Itu?


“Setiap kanak-kanak memerlukan sebuah anak patung bagi memberi sumber inspirasi untuk masa depan mereka. Jadi agak tidak masuk akal jika kanak-kanak bermain anak patung yang mempunyai dada yang rata. Jadi, saya mencipta anak patung lengkap dengan payudara cantik,” - Ruth

Barbie Doll

Berbadan ramping, berwajah cantik, berkaki panjang dan mengenakan pakaian anggun merupakan ciri Barbie dikagumi kanak-kanak perempuan. Tapi ternyata, bukan kanak-kanak sahaja menyukainya, golongan dewasa juga menjadikan boneka cantik itu sebagai koleksi peribadi.

Idea menghasilkan Barbie tercetus selepas Ruth Handler melihat anaknya, Barbara bermain anak patung kertas yang mempunyai pelbagai karakter. Pada waktu itu, model anak patung paling popular hanyalah anak patung karakter bayi.

Bermula dari situ, Ruth mencadangkan kepada suaminya, Elliot untuk mencipta anak patung dewasa menyerupai manusia.

Ruth and Elliot Barbie Doll
Ruth dan suaminya, Elliot bersama anak patung pertama ciptaan mereka.

Pada 1956, Ruth bercuti ke Jerman bersama anaknya, Barbara dan Kenneth dan ketika itu terlihat boneka dewasa popular Jerman dikenali sebagai Bild Lili dan bermula dari situ beliau mendapat idea untuk menghasilkan Barbie.

Pada 9 Mac 1959, Barbie pertama dicipta memakai baju renang berjalur zebra ciptaan pereka fesyen Charlotte Johnson dari Mattel dengan padangan rambut perang berikat. Anak patung itu kemudiannya dipasarkan sebagai “Model Fesyen Remaja,” ketika

Pesta Boneka Amerika Syarikat.

Pada keluaran pertamanya, sebanyak 350,000 unit Barbie dijual dan pada 1961 'teman lelaki Barbie' digelar Ken pula diperkenalkan.

Barbie sebagai ikon budaya

Kemunculan Barbie di pasaran antarabansga menjadi boneka itu sebagai ikon budaya.

Pada 1974, sebahagian daripada Times Square di New York diberi nama Boulevard Barbie selama seminggu, manakala pada 2013, restoran pertama bertemakan Barbie dibuka di Taiwan dan dikenali sebagai ‘Barbie Cafe’.

Barbie juga pernah muncul dalam siri filem animasi dan menjadi watak pembantu dan filem Toy Story 2 dan Toy Story 3.

Latar belakang

Ruth berkahwin dengan Isadore Elliot Handler pada 1938 dan kemudian dikurniakan dua cahaya mata, Barbara Joyce dan Kenneth Robert.

Pada 1941, Ruth meletak jawatan sebagai setiausaha dan bergabung dengan suaminya membuka perniagaan perabut dan hiasan dalaman. Selepas mendapat ilham menghasilkan Barbie, mereka kemudianya menubuhkan syarikat Mattel Inc.

Sepanjang berkecimpung dalam dunia perniagaan Ruth pernah meraih anugerah 'Woman of the Year in Business' di Los Angeles sekali gus tersenarai dalam ‘Toy Industry Hall of Fame’.

Era kegemilangan

Selepas kehadiran Barbie di pasaran dunia, anak patung ini menjadi kegilaan kanak-kanak dengan tahun pertama penjualannya mencecah 350,000 unit.

Barbie kemudiannya dicipta dengan inovasi lebih kukuh apabila mampu berinteraksi dan dikenali sebagai Chatty Cathy pada 1964.

Tirai suram

Pada 1970, Ruth disahkan menghidap kanser payudara dan terpaksa membuang keseluruhan payudaranya.

Disebabkan ketika itu payudara palsu belum dicipta, beliau kemudian menubuhkan syarikat 'Nearly Me' pada 1976 yang mengeluarkan payudara silikon.

“Ketika mencipta Barbie, saya merasakan wanita perlu mempunyai payudara. Selepas kehilangan payudara, saya berasa amat penting untuk mendapatkannya kembali,” kata Ruth.

Sepanjang bergelut dengan kanser, beliau mengabaikan Mattel Inc hingga hilang kawalan.

Dugaan menimpa apabila, Ruth disiasat Suruhanjaya Bursa Sekuriti terhadap kesalahan rasuah, penipuan dan laporan palsu.

Beliau bagaimanapun, mengaku tidak bersalah dan memohon rayuan.

Selepa disiasat Suruhanjaya Bursa Sekuriti meminta beliau membayar denda dan melakukan khidmat masyarakat selama lima tahun.

Akur dengan keputusan, Ruth kemudiannya meletak jawatan dariapada syarikat terbabit pada 1975.

Pada 2002, beliau meninggal dunia di Hospital City Centuey, Los Angeles akibat komplikasi selepas menjalani pembedahan usus ketika berusia 85 tahun.

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Asal-usul Penciptaan Payung?

Sumber: Sinar Online

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon