Tuesday, October 08, 2013

Spesis Badak Putih Terakhir Di Kawal 24 Jam!


Mungkin ramai yang tidak tahu betapa seriusnya masalah kepupusan badak putih pada masa ini dan jangan terkejut jika dikatakan, hanya tingal lapan ekor spesis badak putih di dunia yang masih hidup.

Badak Putih

Empat ekor daripada jumlah ini berada di Ol Pejeta Conservancy yang merupakan pusat pemuliharaan haiwan liar di daerah Laikipia, Kenya.

(Baca: Spesis Mergastua Yang Telah Pupus Di Muka Bumi)

Pusat ini juga menjadi tempat perlindungan terbesar bagi badak hitam di Afrika Timur.

Bagi melindungi spesis badak putih yang semakin terancam itu, pasukan anti pemburu telah dikerahkan untuk berkawal 24 jam setiap hari bagi menjaga keselamatan spesis tersebut dari kerakusan pemburu haram.

Empat ekor badak putih ini diharapkan mampu untuk membiak sekaligus menyelamatkan spesis ini daripada terus pupus dari muka bumi.

Lihatlah betapa besarnya impak pemburuan haram terdapat spesis haiwan terancam ini dan amat malang buat generasi baru jika spesis ini benar-benar pupus dari muka bumi suatu hari nanti.

Badak Putih
Badak Putih

-Sentiasapanas.com


Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon