Mar 24, 2015

Bliss, Gambar Potret Paling Terkenal Di Dunia!

Bliss adalah nama untuk sekeping potret landskap di Napa Country, Sonoma Valley, California.

Bliss

Ia merupakan sekeping gambar pemandangan hamparan perbukitan hijau dan langit biru.

Jika dilihat sekali imbas, ia mungkin sebuah foto yang biasa.

Tapi tahukah anda, gambar ini sebenarnya merupakan potret paling terkenal di muka bumi?

Pada Januari 1996, seorang jurugambar profesional kelahiran Amerika Syarikat, Charles O'Rear telah memandu disebuah lebuhraya di California.

Ketika melalui lembah Sonoma, dia melihat pemandangan yang subur dan menghijau ditepi lebuhraya.

Tertarik dengan pemandangan itu, Charles menghentikan kereta dan mengeluarkan kamera Mamiya RZ67 untuk memotret pemandangan tersebut.

Dia memetik punat dan menggunakan efek yang sederhana. Gambar itu tidak terlalu sentimental atau beremosi, tetapi ia cukup sifat untuk menggambarkan sebuah pemandangan bukit yang indah. Itu saja.

Namun, pada tahun 2002, pihak Microdoft telah menghubungi Charles untuk menggunakan gambar berkenaan bagi sistem baru Windows XP.

Microsoft telah menamakan imej tersebut dengan julukan Bliss.

Ia telah digunakan sebagai wallpaper sistem operasi Windows XP dan telah diterbitkan pada tahun yang sama.

Dengan kejayaan tersebut, gambar berkenaan menjadi sebahagian daripada sistem operasi.

Pihak Microsoft memilih gambar itu kerana ia menggambarkan tentang kebebasan, ketenangan dan kemesraan.

Kerana ciri-ciri itulah, foto tersebut menjadi salah satu imej yang paling kerap dilihat di planet bumi.

Bliss - Charles O'Rear

Malah, Charles sendiri tidak menyangka gambar yang diambil secara kebetulan itu menjadi sangat popular hanya dalam sekelip mata.

Namun, gambar tersebut juga tidak terlepas daripada kontroversi. Ada pihak mengatakan gambar itu tidak asli, sebaliknya dihasilkan menggunakan teknik komputer untuk mendapat kesan cantik.

Akhirnya, pihak Microsoft telah mengeluarkan gambar pemandangan di Sonoma Valley yang asli tanpa sebarang pokok dan membandingkannya dengan potret yang diambil oleh Charles, barulah segala persoalan itu terjawab.

Ya, gambar yang diberi nama Bliss itu hanya diambil secara suka-suka.

Tapi ia sebenarnya telah menjadi sebahagian daripada sistem operasi Windows XP yang membawa keuntungan AS$200 juta kepada pihak Microsoft.

BACA INI JUGA: Gambar-gambar Terakhir Selebriti Terkenal Dunia

-SENTIASAPANAS.COM

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

4 comments

gambar ini memang populer jadi walpaper kat Windows XP baru tahu data sebenarnya mengenai gambar ini

Cuma tak tahu berapa jurugambar ni kena bayar...

kamera x canggih pun blh tangkap photo cantik gitu ... hebat .

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon