Sep 24, 2014

Plot Membunuh Napoleon Yang Gagal

Nama Napoleon Bonaparte amat terkenal sebagai seorang genius dalam merancang strategi peperangan.

Napoleon Bonaparte

Kehebatannya telah membawa banyak kemenangan kepada tentera di bawah pimpinannya. Dia juga sering digambarkan sebagai lelaki yang kuat, bercita-cita tinggi dan penakluk yang hebat.

Dianggap sebagai salah seorang pemimpin tentera terhebat di dunia, Napoleon dilahirkan pada 15 Ogos 1769 di Ajaccio, Corsica, Perancis. Dia adalah seorang jeneral tentera Perancis yang menjadi maharaja pertama perancis.

Pada tahun 1799, Napoleon telah terlibat dalam satu konspirasi untuk menggulingkan pentadbiran Perancis yang kemudiannya dia sendiri menjadi pentadbir yang digelar First Consul.

Napoleon kemudiannya mengisytiharkan dirinya sebagai maharaja Perancis pada tahun 1804 dan mula membentuk empayarnya.

Sebelum bergelar maharaja, Napoleon pernah menghadapai cubaan untuk membunuhnya pada tahun 1800. Terdapat dua percubaan untuk membunuh Napoleon tetapi kedua-duanya gagal kerana nasib menyebelahinya.

Plot membunuh Napoleon yang pertama adalah dengan menikam Napoleon menggunakan pisau semasa dia keluar dari Paris pada 10 Oktober 1800 namun digagalkan hasil maklumat daripada perisik.

Dua bulan selepas kegagalan tersebut, konspirasi untuk membunuh Napoleon diteruskan. Kali ini mereka telah merancang untuk membunuh Napoleon dengan meletakkan bom di laluan yang akan dilalui kereta kuda Napoleon semasa ingin menonton pementasan opera pada malam 24 Disember.

Mengikut perancangan, Napoleon akan mati akibat letupan bom tersebut namun dia bernasib baik kerana terselamat dalam letupan tersebut.

Napoleon terselamat kerana bom itu lambat meletup disebabkan fius bom yang lambat terbakar. Pada masa yang sama, kereta kuda yang bergerak laju juga menyebabkan dia terselamat dan berjaya melepasi kawasan bom sebelum letupan berlaku.

Manakala isterinya, Josephine yang menaiki kereta kuda yang lain turut terselamat daripada letupan kerana kereta kudanya bergerak terlalu perlahan.

Walaupun Napoleon terselamat tanpa sebarang kecederaan, letupan itu telah membunuh seramai 12 orang dan mencederakan 28 orang awam. Bom tersebut juga memusnahkan beberapa buah bangunan di sekitar kawasan tersebut.

Kejadian letupan itu telah menaikkan kemarahan orang ramai. Napoleon mengarahkan polis menyiasat dan menangkap dalang disebalik kejadian-kejadian itu.

Napoleon Bonaparte Enemy

Beberapa orang telah berjaya ditangkap dan dibicarakan dan selepas didapati bersalah, mereka telah dijatuhkan hukuman mati di atas apa yang telah mereka lakukan.

Bagaimanapun, riwayat Napoleon berakhir pada 5 Mei 1821 di Pulau St. Helena dan dia dikatakan telah diracun dengan arsenik.

Bagaimanapun, hasil autopsi dan kajian yang dijalankan mendapati, punca kematian sebenar Napoleon adalah kerana kanser perut.

-Sentiasapanas.com

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

5 comments

bagus juga entri bro sbb sy tahu ttg sehjarah pemimpin terkenal Eropah ini. tq

terkejut gak gua baca taun kelahiran die...
kire dah nak sebaya ngan gua dah...hahahaha

Ahaha..terima kasih atas teguran en Zahar. Silap taip, dah diperbetulkan, 1769..:)

ooOOooo gitu cerita nyerr... :) tq bro

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon