Wednesday, July 22, 2015

Kisah Napoleon Bonaparte Selepas Kalah Di Waterloo


Tidak banyak fakta yang didedahkan mengenai Napoleon Bonaparte iaitu Maharaja Perancis yang berhasrat untuk berhijrah ke Amerika Syarikat selepas tumpas kepada tentera British-Prusia di Waterloo pada tahun 1815.

Battle of Waterloo 1815
Battle of Waterloo 1815.

Tawaran untuk membina sebuah Dunia Baharu dicetuskan pada Jun 1815 selepas Bonaparte terpaksa melepaskan takhtanya. Bagaimanapun, ia menjadi usaha yang sia-sia apabila sekutunya membatalkan cadangan tersebut.

Ketika masih berada di Elysee Palace di Paris, Bonaparte meminta dua kapal perang untuk membawanya dan rombongan merentasi Lautan Atlantik ke AS.

“Rancangan itu dipandang serius oleh kerajaan Perancis yang melihatnya sebagai satu usaha untuk menyingkirkan Bonaparte dengan segera,” kata seorang penjaga Muzium Antarabangsa Chateau de Malmaison, Christophe Pincemaille, yang bertanggungjawab menjaga semua pameran mengenai peristiwa yang berlaku di istana Chateau, terletak di bandar Paris.

Isteri Bonaparte iaitu Josephine de Beauharnais membeli istana tersebut pada tahun 1799 iaitu ketika suaminya berjuang di Mesir.

Bagi Bonaparte, penghijrahan ke AS hanya untuk menghalang dia meneruskan karier politiknya di Perancis. AS mahu mewujudkan jarak dan menghapuskan semua perkara yang membolehkan dia kembali bergiat aktif.

“Ke mana saya perlu pergi? Ke England? Perpindahan saya ke sana tidak masuk akal dan membimbangkan,” kata Bonaparte kepada ahli politik dan penulis Swiss-Perancis, Benjamin Constant dalam Memoirs Louis Antoine de Fauvelet Bourrienne iaitu seorang rakan diplomatnya dari Perancis.

“AS lebih sesuai, saya boleh tinggal di sana dengan bermaruah,” katanya.

Bourrienne berkata, dia kemudian cuba mengubah fikiran Bonaparte dengan alasan yang memihak kepada usiran di England tetapi bekas Maharaja Perancis itu menangkis cadangan tersebut.

Bonaparte menegaskan, kenapa dia tidak dibenarkan untuk berhijrah ke AS.

Bercerai

Bonaparte yakin kemenangan British akan menyokong hasratnya untuk merentasi Lautan Atlantik. Beliau juga mahu membina kehidupan baharu bersama keluarganya. De Beauharnais merupakan isteri pertama Bonaparte tetapi usia perkahwinan mereka hanya bertahan selama enam tahun sebelum bercerai pada tahun 1810.

De Beauharnais yang dilahirkan di Pulau Martinique iaitu Kepulauan Carribean meninggal dunia setahun sebelum peperangan di Waterloo.

“Abang Bonaparte iaitu Jerome telah berkahwin dengan seorang gadis daripada salah satu keluarga terkaya Philadelphia,” kata Pincemaille.

Bonaparte kemudian menguruskan segala aset miliknya sebagai langkah untuk berpindah termasuk barang-barang perabot, lukisan, pakaian, senapang, pelana termasuk tab mandinya.

Buku dan peta tentang AS dikumpul, begitu juga instrumen saintifik. Pada masa sama, ahli astronomi dan fizik, Francois Arago, turut mengikutinya.

Pinggan mangkuk, perabot, barangan perak juga telah dibungkus dan sebahagian daripadanya diambil daripada koleksi luar negeri. Kesemua barang yang dibawa cukup untuk memenuhi kedua-dua kediaman Bonaparte iaitu satu di bandar dan satu lagi di negara itu.

Bagaimanapun, Bonaparte pernah bercita-cita untuk memiliki Empayar Amerika yang bermula dengan Louisiana sehingga ke Perancis.

Namun, percubaan pada tahun 1801 hingga 1803 untuk mendapatkan semula kuasa ke atas tanah jajahan Caribbean Saint-Domingue (kini dikenali sebagai Haiti) daripada seorang bekas orang suruhannya menemui kegagalan. Bonaparte terpaksa menjual Louisiana kepada AS pada harga AS$15 juta (RM56.9 juta).

Menurut Pincemaille, bekas Maharaja Perancis itu mengekalkan kepentingan dalam hal ehwal AS seperti mana yang ditunjukkan dalam surat-menyurat diplomatiknya.

Negara baharu itu dilihat sebagai tanah harapan. Saudara Bonaparte, Joseph (tinggal di Switzerland) telah membeli kawasan tanah yang luas di AS dan sebahagian masyarakat Perancis menetap di sana.

“Orang terkaya di AS adalah seorang warga Perancis yang dilahirkan di Bordeaux, Stephen Girard,” kata Pincemaille.

Kapal perang

Merupakan seorang pembina kapal dan pekerja bank, dia kemudian membiayai kos penjajahan pengikut Bonaparte di Alabama dan Texas.

Pada 8 Julai 1815, Bonaparte menaiki kapal perang La Saale dan berlabuh di pelabuhan barat Perancis tetapi selepas lima hari menunggu, keadaan jelas menunjukkan bahawa tentera laut British tidak akan membenarkan dia belayar dan pengaruhnya dinafikan.

Cara lain untuk meninggalkan tempat tersebut adalah secara bersembunyi.

Adiknya, Joseph mencadangkan supaya dia menggantikan tempatnya dan menyamar tetapi Bonaparte menolak.

Pada 15 Julai 1815, kerajaan sementara Perancis ingin menangkapnya. Bonaparte yang tidak bermaya telah memanjat naik ke dalam kapal British HMS Bellerophon dan menyerah diri kepada musuhnya.

Pincemaille berkata, 10 hari kemudian, Joseph yang menggunakan pasport palsu di bawah nama Surviglieri untuk mengaburi perhatian pihak British menyeludup masuk di atas kapal perdagangan ke New York.

Dia akhirnya menetap di New Jersey dan Philadelphia, AS sehingga tahun 1840.

Bagi Bonaparte, dia dibawa ke pulau British yang diketuai oleh Saint Helena di selatan Lautan Atlantik bersama barang-barang yang ingin bawanya ke AS. Dia akhirnya meninggal dunia di sana pada 5 Mei 1821. –AFP

BACA INI JUGA: Penemuan Gambar Bersejarah Ernesto Che Guevara

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon