Thursday, August 20, 2015

Gambar Terakhir Regina Kay, Mangsa Pembunuh Bersiri


Lihat gambar gadis berbaju hitam dibawah. Sekali imbas, kita dapat melihat ada sesuatu yang tidak kena pada gambar ini.

Regina Kay Walters
Regina Kay Walters.

Gadis berbaju hitam ini cantik, berambut pendek dan berkulit putih. Masih muda dan fizikal gadis ini kelihatan cukup sempurna.

Tapi, lihat pula pada raut wajahnya. Ada sesuatu yang disembunyikan disebalik air muka gadis ini. Kelihatan pucat dan pada bahagian hidung serta mulut tampak jelas kemerah-merahan.

Anak mata yang lemah menggambarkan perasaan yang bersarang dalam benaknya. Ketakutan, celaru dan perasaan 'tidak rela diperlakukan sebegitu' jelas terpancar melalui anak mata gadis ini.

Sementara kedua-dua belah tangannya mengacung ke hadapan seperti mahu menahan sesuatu. Jelas dihadapannya ada sesuatu yang sangat menakutkan.

Lalu timbul persoalan, siapakah gadis ini sehingga dia ketakutan? Apa yang sebenarnya telah berlaku?

Gadis cantik berbaju hitam itu bernama Regina Kay Walters. Ketika gambar ini diambil, dia baru berusia 14 tahun.

Gadis ini merupakan salah seorang mangsa pembunuh bersiri di Amerika Syarikat, Robert Ben Rhoades.

Lelaki bernama Robert Ben Rhoades ini merupakan seorang pembunuh psiko yang memandu trak 18 tayar untuk melakukan pembunuhan dibeberapa lokasi di Amerika Syarikat.

Didalam trak tersebutlah dia menyimpan pelbagai peralatan untuk menyeksa dan membunuh mangsa.

Keadaan di dalam lori itu cukup lengkap serba-serbi. Ada tilam untuk mereka tidur, ada cangkuk pada dinding untuk mengikat mangsa. Malah, Robert turut menyimpan sebuah beg bimbit yang dikenali sebagai kit membunuh.

Antara peralatan yang terdapat didalam beg bimbit itu ialah cemeti, jarum, gari, cangkuk besi, kalung anjing, klip buaya dan beberapa peralatan tajam lain.

Didalam trak itu juga terdapat besi 'dildo' berukuran 18 inci yang digunakan untuk merogol mangsa.

Sebelum membunuh, Robert akan merogol dan menyeksa mangsa-mangsanya terlebih dahulu dalam tempoh dua hingga tiga minggu dan kemudian memotret gambar mereka.

Dalam kes Regina Kay Walters, gambar tersebut telah diambil disebuah bangsal usang di Illinois.

Sebelum gadis itu dibunuh, rambutnya telah dipotong dan Regina dipaksa mengenakan gaun berwarna hitam beserta kasut tumit tinggi. Selepas gambarnya diambil, leher Regina dijerut menggunakan kabel tembaga.

Mayatnya telah ditinggalkan dibangsal tersebut dalam keadaan menggerikan, kemaluannya dikelar dan tubuhnya dicangkuk dengan mata kail. Kes ini berlaku pada Februari 1990.

Seperti pembunuh bersiri lain yang pernah direkodkan, Robert juga sama seperti mereka. Dia menikmati setiap kali melakukan penyeksaan terhadap mangsa. Ada mangsa yang dirogol dan ada juga yang hanya dilakukan seksaan semata-mata.

Robert pula akan menyimpan barang-barang peribadi atau gambar mangsa-mangsanya sebagai koleksi.

Kebanyakan mangsa Robert adalah golongan remaja perempuan yang bermasalah. Gadis muda adalah sasaran yang paling mudah ditundukkan.

Robert Ben Rhoades
Robert mengakui telah melakukan jenayah selama 15 tahun.

Mereka lemah dan apabila lari meninggalkan keluarga, gadis-gadis ini memerlukan perlindungan. Disinilah Robert memasang perangkap dan dia membuka pintu traknya untuk 'membantu' mereka.

Dari segi luaran, Robert nampak baik, tenang dan bersifat pelindung seperti seorang bapa. Kesemua itu telah membina keyakinan mangsa untuk terus berdamping dengannya. Namun, semua itu hanya sementara sebelum dia mendedahkan sifatnya yang sebenar.

Gaya hidup sebagai seorang pemandu trak membuatkan modus operandinya sukar dikesan. Robert melakukan jenayah dikawasan yang tersembunyi, didalam traknya sendiri.

Lokasi jenayah yang sentiasa berubah juga membuatkan kegiatan Robert sukar diketahui. Traknya dipandu antara satu bandar ke bandar lain untuk mencari mangsa.

Mangsa yang dibunuh akan ditinggalkan disuatu lokasi, kemudian dia akan bergerak ke lokasi yang lain pula. Ada mangsa yang dibuang didalam tong sampah dan ada juga yang ditinggalkan ditepi jalan.

Kegiatan Robert dipercayai bermula pada awal tahun 1980an. Namun, hanya pada pertengahan tahun 1990 Robert ditahan oleh anggota polis berhampiran bandar Tucson, Arizona, ketika dia meletakkan kenderaannya dibahu jalan.

Polis yang kebetulan melalui kawasan tersebut telah mendengar jeritan seorang wanita didalam trak, kemudiannya memeriksa trak tersebut dan mendapati keadaan didalamnya amat mengerikan dimana terdapat seorang mangsa yang masih hidup.

Robert telah ditahan dan disiasat kerana disyaki melakukan jenayah. Tidak lama selepas itu, seorang lagi saksi bernama Lisa Pennal tampil menceritakan pengalamannya diculik. Dia juga telah diseksa namun berjaya melepaskan diri daripada pembunuh bersiri itu.

Keterangan daripada Lisa Pennal telah membolehkan pihak berkuasa mengeluarkan waran untuk menggeledah kediaman Robert. Dipangsapurinya di Houstan, polis menemui beberapa bukti kukuh yang boleh mensabitkan kesalahan terhadapnya. Antara buktinya ialah gambar Regina Kay Walters yang mengenakan gaun hitam.

Ketika perbicaraan berlangsung, Robert telah dituduh menculik dan membunuh tiga mangsa sebulan sekitar tahun 1990an.

Sekalipun banyak rangka dan mayat yang ditemui sepanjang laluan trak yang dipandu Robert, namun tiada bukti kukuh yang dapat dikaitkan dengannya.

Dalam kes ini, Robert telah mengaku bersalah melakukan jenayah seksual dan membunuh. Dia dihukum penjara seumur hidup pada Mac 2012 walaupun hanya dikaitkan dengan tiga kesalahan membunuh sahaja.

Robert Ben Rhoades in Prison
Wajah terbaru Robert.

Kebanyakan gadis-gadis seperti Regina menjadi mangsa keadaan kerana gaya hidup mereka sendiri. Mereka mahukan kebebasan dalam hidup tetapi mereka tidak mampu menghidu bahaya yang ada didepan mata.

Regina Kay Walters dikatakan telah melarikan diri bersama teman lelakinya, Ricky Lee Jones, yang berusia 21 tahun.

Selepas diperdaya oleh Robert, Ricky telah dibunuh serta-merta dan mayatnya telah ditemui di Mississippi. Manakala Regina telah disimpan untuk dirogol, diseksa dan dibunuh.

Tragis!

BACA INI JUGA: Filem Yang Mencipta Pembunuh Sebenar!

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon