Nov 25, 2014

Filem Yang Mencipta Pembunuh Sebenar!

Filem-filem ini hebat, berjaya mengutip jutaan keuntungan. Dan lebih daripada itu, ia rupa-rupanya turut memberi 'inspirasi' kepada sesetengah individu di luar sana. Inspirasi yang bagaimana? Mari kita baca..

Fantasi watak Freddy Kruger

Freddy Kruger

Pada tahun 2004, seorang pemuda, Donald Gonzales, 25, disabitkan bersalah atas tuduhan membunuh empat orang awam di utara England.

Dia telah menikam keempat-empat mangsa sehingga mati dan cuba mencederakan dua lagi mangsa yang sempat menyelamatkan diri.

Donald mendakwa dirinya sangat mengagumi watak Freddy Krueger dalam filem Nightmare on Elm Street.

Memories of Murder lahirkan pembunuh bersiri

Memories of Murder

Filem Korea, Memories of Murder, sebuah filem arahan Bong Jun Ho berkisar tentang pembunuh bersiri yang disiarkan pada tahun 2003 mempunyai misteri tersendiri.

Setahun selepas penyiaran filem tersebut, seolah-olah seperti dilakonkan semula, banyak mangsa ditemui mati dibunuh oleh pembunuh bersiri ini.

Seorang lelaki bernama Yoo Young-Cheol ditangkap, mengaku membunuh kesemua mangsa yang kebanyakannya terdiri daripada golongan pelacur dan lelaki kaya kerana terpengaruh dengan filem itu.

Sekalipun dihukum mati, dia dengan tenang berharap dapat membunuh lebih ramai orang sebelum ditangkap.

Child's Play dorong membunuh

Child's Play

Masih ingat watak patung Chucky yang menakutkan dalam filem Child's Play? Ini kisahnya. Empat orang suspek telah ditahan pada bulan Disember tahun 1991 atas tuduhan membunuh Suzanne Capper.

Keempat-empat suspek tersebut telah mendera mangsa dengan menggunakan playar dan menyuntiknya dengan dadah selain turut membakar rumah mangsa.

Sewaktu melakukan kesemua kekejaman ini, mereka menuturkan dialog daripada filem Child's Play.

BACA INI JUGA: 10 Pembunuh Bersiri Paling Kejam

-Sentiasapanas.com

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

8 comments

Assalammualaikum...SP,

filem2 nie tak sesuai di tonton oleh kekanak ...

mselim3

filem2 m'sia pun apa kurangnya. byk cerita ttg bergaduh, kongsi gelap, samseng dan merempit. syabas

Memang dah biasa sangat le..banyak idea dari movies untuk melaksanakan perbuatan terkutuk ini..

Kuasa pengaruh hati2 ape yg di tonton

Huhuhu.. scary nyerr... ni mesti kes taksub dengan suatu filem nie... hehehe...

Bahaya filem2 ni kpd yg tak berfikir panjang... taksub tak menentu...

Sepatutnya filem filem sebegini tak sesuai masuk malaysia,dan penggiat filem kita pun dilarang membuat filem sebegini....,tapi apakan daya..pihak berkepentingan hanya pikirkan duit

Hebat juga pengaruh filem tu.. merbahaya

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon