Aug 10, 2015

10 Perkara Anda Perlu Tahu Mengenai Pengeboman Hiroshima dan Nagasaki

Peristiwa pengeboman Hiroshima dan Nagasaki di Jepun 70 tahun lalu masih terpahat di ingatan ramai, terutama kalangan mereka yang turut terkesan dan terpalit dalam kerakusan manusia mengejar kuasa.

Pengeboman Hiroshima dan Nagasaki
Bom atom di Hiroshima (kanan), Nagasaki (kiri).

Malah peristiwa itu membawa pengajaran hebat tentang keburukan penggunaan senjata pemusnah besar-besaran untuk tujuan peperangan.

Peristiwa pengeboman Hiroshima dan Nagasaki merupakan antara peristiwa bersejarah menghayat hati yang kita pernah pelajari ketika zaman sekolah.

Pengeboman dua bandar itu menggunakan bom atom merupakan serangan yang dikenakan terhadap Empayar Jepun oleh Amerika Syarikat di bawah pimpinan Presiden Harry S. Truman ketika Perang Dunia II.

Menurut beberapa laporan, senjata nuklear Little Boy dijatuhkan di bandar raya Hiroshima pada 6 Ogos 1945, dan diikuti oleh pengguguran bom Fat Man di Nagasaki pada 9 Ogos 1945.

Sempena ulang tahun ke-70 memperingati peristiwa pengeboman bom atom di Hiroshima dan Nagasaki, berikut disenaraikan 10 perkara penting yang anda perlu tahu mengenai serangan bom tersebut.

1. Memetik laporan Damn Interesting, Tentera Udara Amerika Syarikat menjatuhkan risalah amaran pengeboman kepada rakyat Jepun sebelum membuat serangan di Hiroshima dan Nagasaki.

2. Menurut laporan Open Demoracy, untuk beberapa dekad, Datuk Bandar Hiroshima, Tadatoshi Akiba menulis surat bantahan setiap kali ujian nuklear dijalankan, sebagai rayuan untuk menamatkan penggunaan senjata nuklear.

3. Sebuah pesawat Amerika Syarikat (AS) B-29 'Enola Gay' menjatuhkan bom atom bergelar 'Little Boy' di Hiroshima dan ‘Fat Man’ di Nagasaki.

4. Menurut sebuah buku berjudul 'Hiroshima 1946', selepas pengeboman Hiroshima yang pertama di Jepun, seorang mangsa Hiroshima yang terselamat berangkat ke Nagasaki untuk mengajar orang ramai teknik ‘Duck and Cover’. Hasilnya, kebanyakan mereka mampu menyelamatkan diri dalam serangan nuklear di Nagasaki.

Pengeboman Hiroshima dan Nagasaki [2]

5. Pengeboman itu menjadikan bandar Hiroshima mengalami keadaan panas melampau sehingga mampu mencairkan besi dan merosakkan segalanya.

6. Menurut Wikipedia, pengeboman Hiroshima dianggarkan telah meragut nyawa kira-kira 70,000 orang akibat kesan serta-merta peletupan itu. Manakala di Nagasaki, kira-kira 40,000 hingga 75,000 orang terkorban serta-merta.

7. Oleander merupakan bunga rasmi kota Hiroshima kerana ia merupakan bunga pertama yang mekar selepas letupan bom atom pada tahun 1945.

8. Selepas pengeboman atom Hiroshima, beratus-ratus orang (kebanyakan mereka tercedera), membuat perjalanan ke Nagasaki. Daripada jumlah ini, 165 terselamat daripada kedua-kedua serangan yang kemudian menceritakan kisah sebenar peristiwa tersebut.

Pengeboman Hiroshima dan Nagasaki [3]

9. Pada tahun 1945, pengendali radar Jepun mengesan kemasukan beberapa pesawat kecil AS (salah satu membawa bom atom yang dijatuhkan di bandaraya Hiroshima dan Nagasaki), tetapi mengambil keputusan untuk tidak menghalang mereka kerana pesawat kecil itu tidak dilihat sebagai satu ancaman.

10. Difahamkan, Tokyo mengambil masa kira-kira 3 jam sebelum menyedari Hiroshima telah dibom.

BACA INI JUGA: Islam Diperangi Kerana Dolar Dan Minyak!

Sumber: Astroawani

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

2 comments

Assalammualaikum...SP,

Memang sedih melihat kepada mangsa2 pengeboman Hiroshima dan Nagasaki nie... mangsa2 menderita dan sakit yang amat2 sangat.. akibat sulfur yang ada dalam bom nuklear nie. Akibat sulfur ini mangsa menghidap penyakit barah kulit yang teruk...

mselim3

dari insiden inilah dunia tahu bahawa jepun sebuah negara yg power...mampu bertahan sehingga menjadi negara maju

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon